
Berani membuat perubahan,walaupun mengenai diri sendiri,adalah puncak segala keberanian..
Tuesday, December 7, 2010
Surau dijadikan Markas PAS..

Rakyat Terbeban
Saturday, September 4, 2010
Kenyataan Ketua Perg. Pemuda UMNO Lembah Pantai diatas tindakan Nurul Izzah yg mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
Wakil Rakyat PKR itu sewajarnya diambil tindakan undang-undang kerana menpersoalkan Perkara 153.Menurut Sdr Sazali, pihak Perg. Pemuda UMNO Lembah Pantai berasa sungguh malu kerana masih ada orang Melayu yang mempertikaikan hak kaum sendiri.Beliau mungkin tidak berasa susah payah berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan atau membentuk Negara ini.Oleh Kerana itulah ia dipersoalkan sewenang-wenangnya.
Friday, July 23, 2010
'Pengkhianat Negara'-Ganas Bunyinya.


Panas..Artikel ni aku dapat minggu lepas dekat area rumah aku.Harap mereka yang terlalu mendambakan Anwar Ibrahim cepat-cepatlah sedar.Silap-silap bila dia memerintah nanti habis Malaysia dijualnya..
Untuk memulakannya kita harus menolak anak beliau(izzah).Tiada apa pun yang beliau buat di Lembah Pantai.Hanya tahu mengambil kesempatan diatas kerja orang lain.Dengar cerita dalam PKR Lembah Pantai sekarang ni pun tengah berantakan.
Friday, July 16, 2010
Pelakon Harapan Terbaik!!
Tuesday, June 29, 2010
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai


Thursday, May 20, 2010
Monday, May 17, 2010
Menyakitkan Hati..
Ia menjadi satu tanda tanya.Sedangkan dari dulu hingga kini apa yang aku nampak kepimpinan BN sentiasa memenuhi kehendak mereka.Seperti di Sibu, hampir 20 juta peruntukan telah disalurkan pada mereka.Tapi keputusan yang kita dapat begitu hampa.Kita kalah dan undi kita begitu merosot.
Wahai kaum cina.Tolonglah sedar..Balas kembali segala budi yang telah diberi pada kaum kalian.Tidak cukupkah apa yang telah dinikmati selama ini.Kekayaan yang melimpah ruah.Sedangkan kami tuan di bumi sendiri pun hanya sekadar dapat tempias-tempias je.
Kepada kepimpinan BN, buat masa ni cukuplah apa yang kita salurkan pada mereka selama ini.Kini kita tegas.Minta mereka buktikan dulu sokongan mereka dan barulah kita bantu mereka.Cukuplah kita dipermain-mainkan.
Bila direnungkan balik apa yang disuarakan PERKASA, pada aku ada betulnya.Fikir-fikirkanlah.. Sampai bila kita harus takut,diam dan hanya ikut telunjuk mereka.Jangan sampai bangsa melayu kembali memerontak dan larikan sokongan pada Pakatan Rakyat.Kita masih belum terlambat.Carilah pendekatan baru yang lebih berkesan.
Sunday, April 18, 2010
Gerakan FREEMASONRY..Kita Harus Berhati-Hati
Seperti yang diketahui musuh Islam ada dimana-mana sahaja dimuka bumi ini..Terutamanya mereka dikalangan bangsa Yahudi.Perancangan mereka telah bermula beratus-ratus tahun dahulu untuk membawa penganut Islam ke lembah kesesatan..
Bermacam cara mereka telah gunakan akhirnya mereka hampir berjaya.Seperti yang diketahui merekalah yang telah menjatuhkan empayar Islam yang begitu tersohor iaitu Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Mereka sanggup korbankan apa sahaja demi keinginan meraka memerintah dunia ini.Walau mereka tidak membuat secara terang tapi kita sedia maklum merekalah dibelakang kuasa besar dunia yang ada sekarang.Boleh dikatakan apa yang berlaku ketika ini seperti peperangan yang tiada penghujung di negara-negara tertentu adalah dari perancangan mereka.
Salah satu gerakan yang meraka gunakan adalah gerakan Freemasonry.Budaya yang ada dimana-mana ketika ini.Mereka telah melatih orang-orang yang terpilih untuk menjalankan gerakan mereka.Di negara kita pun gerakan ini telah merebak begitu lama.Tapi ramai dikalangan kita tidak sedar.Gerakan ini bergerak melalui dua cara iaitu politik dan hiburan.
Jika kita amati betul-betul kita boleh nampak dikalangan pemimpin politik yang cenderung kearah gerakan ini.Tak perlu aku sebut siapa.Masing-masing boleh nampak dan menilainya.
Gerakan ini juga bergerak melalui NGO-NGO yang tak perlu aku sebutkan namanya.Mereka bertopengkan kebajikan tapi jika kita siasat susur galur dari mana datang sumber kewangan mereka sudah semestinya dari gerakan Freemasonry yang diwujudkan oleh Yahudi.Begitu juga dalam penggunaan simbol-simbol.Aku bersetuju dengan pendapat seorang bloggers sebelum ini yang mengatakan semasa muzik-muzik akhir tempoh hari banyak menggunakan simbol-simbol Freemasonry.Cuma kita tidak pasti ia digunakan secara sedar atau secara kebetulan.
Kalau ia secara sedar,kita kini dalam keadaan bahaya.Ini kerana lama kelamaan akan menjadi ikutan pada anak-anak muda kita yang tidak tahu akan perancangan jahat Yahudi yang memang ingin mempengaruhi minda anak-anak muda kita melalui hiburan.
Kini kita harus sedar dan bersedia untuk hadapi semua ini.Musuh Islam ada dimana-mana tidak kira kiri,kanan,depan atau belakang.Walau orang tu sahabat baik kita,kita masih tidak boleh percaya seratus peratus.Termasuk juga pemimpin-pemimpin yang ada terutamanya pemimpin pembangkang yang kita tahu mempunyai hubungan rapat dengan bangsa Yahudi.
Mereka kini sedang berusaha untuk menjajah kembali negara kita dengan pelbagai cara.Sebab utamanya ialah kerana negara kita sangat dihormati dikalangan negara Islam.Bila mereka dapat mengikat kita mudahlah mereka uruskan yang lain.
Thursday, April 15, 2010
Samy Dan MIC Tak Sedar Diri.
Tuesday, April 6, 2010
Kami Prihatin
Sunday, April 4, 2010
PERKASA Tempat Untuk Melayu Bersatu
Tidak perlu kita mengatakan PERKASA Racist dan mengutuk TUN M seperti yang dilemparkan Pengerusi Gerakan Penang, Datuk Teng Hock Nam.
Kita tidak halang pun apabila mereka tuntut macam-macam melalui NGO-NGO mereka.Sedangkan semua orang tahu yang kita Bangsa Melayu ini lebih berhak untuk mendapat keselesaan yang sepatutnya dari mereka yang entah datang dari mana.
Pada aku Bangsa yang adil dan bertimbang rasa adalah Bangsa Melayu.Kita tak tuntut yang bukan-bukan seperti yang bangsa lain tuntut.Dalam soal projek,walau yang dapat Melayu tapi akhirnya bangsa lain yang rasa untung berkali ganda.Ambil contoh dalam bidang pembinaan,walau kontraktor Melayu yang dapat projek tapi barang-barang untuk buat kerja semua ambil dari pembekal-pembekal Cina.Jadi disitu kita boleh nampak siapa yang akan untung besar.
Tiada pun kita nak pertikaikan dan kacau perniagaan mereka.Kita ni dengan baik hati boleh berkongsi kesenangan yang ada.
Sekarang ni pula aku tengok banyak media-media luar dan pro pembangkang akan provokasi pemimpin-pemimpin UMNO.Mereka ingin melihat adakah pemimpin UMNO akan perjuangkan 1Malaysia atau Bangsa Melayu seperti PERKASA.Pada aku ia tidak kena mengena pun.UMNO ada Melayu.Memang sejak dulu lagi UMNO adalah payung pada bangsa Melayu.1Malaysia adalah apa yang dilaungkan Kerajaan.Bila Kerajaan dah tentulah dia kena jaga keseluruhan bangsa yang ada.Seperti juga pemimpin Cina atau India.Sudah tentu mereka juga akan perjuangkan hak bangsa mereka dulu lepas tu barulah hak bangsa lain.Cuba kita tanya pada Pemimpin Gerakan,MCA,MIC adakah mereka ingin perjuangkan hak bangsa Melayu dahulu lepas tu baru hak bangsa mereka diperjuangkan.Dah tentu tiada punya.
Mereka ni pada aku takut tengok bangsa Melayu bersatu.Mereka akan rasa tergugat.Pada PERKASA teruskan perjuangan sebuah bangsa.Tahniah buat Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas dan mereka yang bersama beliau dalam menterjemahkan penubuhan PERKASA.
Friday, March 26, 2010
PRK Hulu Selangor Medan Uji Gagasan 1Malaysia
Kini peluang UMNO dan BN untuk tengok adakah rakyat sudah kembali pada mereka atau belum.Adakah gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri diterima rakyat keseluruhannya.
Ia juga menarik untuk diikuti kerana tembelang Ketua Pembangkang yang dah dibocorkan di Parlimen.Ia boleh dijadikan modal politik UMNO dan BN di Hulu Selangor nanti.Selama ini banyak isu yang pembangkang gunakan untuk fitnah pemimpin kita.Tapi kini mereka pula yang akan terkena akibatnya.Dan kita bukan fitnah tapi ia berpandukan pada kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh sahabat mereka sendiri yang telah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka yang putar belit.Aku berharap pengundi-pengundi dikawasan tersebut dapat menilai sebaiknya mana pilihan yang terbaik.Janganlah tersilap memilih lagi.Kerajaan yang diterajui DS Najib telah banyak berubah.Kini segala-galanya Rakyat Didahulukan.
Dalam soal calon pula,diharap DS Najib buatlah pilihan terbaik.Tak salah pada aku kita cuba bagi peluang calon dari UMNO bertanding.Ini kerana kita dapat menguji adakah mereka dari parti lain akan bertungkus lumus untuk pastikan calon dari UMNO menang.Dan ia juga dapat menguji adakah kaum Cina dan India sudah kembali pada kerajaan atau belum serta dapat menerima gagasan 1Malaysia.Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan Perdana Menteri kita.
Saturday, March 20, 2010
MP BN Tolonglah Cerdik Sikit..
Tapi hari ini lain pula jadinya.MP BN yang namanya telah disebut terus melenting dan serang Zahrain dengan mengatakan ini satu pembohongan..Kalau betul pun segalanya palsu sepatutnya mereka semua menyerang Anwar Ibrahim.Ini kerana dia telah guna nama mereka untuk kepentingan peribadi dia.Paham tak apa yang Zahrain dedahkan tu?Kalau mereka tak paham lebih baik mereka semua jangan jadi Wakil Rakyat..
Dengan kenyataan yang telah dibuat ini ia akan menyebabkan Anwar Ibrahim bebas dari segala tuduhan itu.Dan dia boleh berkata apa yang Zahrain cakap tu merapu semata-mata.
Sekarang nama-nama yang disebut tu dah macam cacing kepanasan..Kalau tak salah jangan melenting..Kena la bertenang beb.Ini telah menunjukkan kelemahan mereka semua dan Anwar sekarang sedang bersuka ria tak payah jawab apa-apa dah.Pasal mereka dah tolong jawabkan untuk dia.Aku harap mereka nie sedarlah dari lamunan.Fahami maksud yang tersurat dan tersirat.Gunakan peluang yang diberi sebaiknya.Kalau tak bersalah tak perlu takut apa-apa.
p/s-Harap-haran janganlah mereka ni telah dibeli.Ini kerana kenyataan mereka hari ini telah membersihkan nama Anwar tentang isu lompat parti.Harap PM dan TPM akan ambil perhatian.
Friday, March 12, 2010
Hilangnya Nama Kg Kerinchi



Kini siapa harus dipersalahkan?Pihak tuan punya pembangunan ini juga iaitu UOA kenapa tidak memikirkan hati dan perasaan penduduk setempat.Jangan ingat yang kami ini tiada perasaan.Walau kami diam ketika ini tapi diam kami ada batasnya.Lepas tu wujud pula pub dikawasan tersebut.Ingatlah yang Kg Kerinchi dan Pantai Dalam ini 80% penduduknya beragama Islam dan Melayu.Pada mulanya kami masih boleh menerima dan menganggap ia sekadar kafe atau restoran biasa.Tapi sungguh mengejutkan kini telah naik pula banner yang mempromosi minuman keras.Cukup-cukuplah dengan tempat hiburan yang dah ada.Jangan nak jadikan Pantai Dalam dan Kg Kerinchi seperti Jalan Telawi di Bangsar.
Pada aku inilah dia bentuk penjajahan baru yang berlaku ketika ini.Tanpa sedar sedikit demi sedikit segalanya dirampas dan ditukar sewenangnya.Pada UOA tolong tukar nama tempat ini kembali ke asal.tak salah kalau letak nama Kerinchi South.Ia sedap juga didengar.Dan ia lebih sesuai kerana akan menaikkan nama asal sesuatu kawasan itu pada dunia luar.
Berbaloi-Baloi Hanya Pada Nama
Bukannya di kawasan pendalaman pun.Lain la kalau aku tinggal didalam hutan atau dalam gua.Harap pihak celcom tolonglah ambil perhatian.Jangan hanya mengira keuntungan semata-mata,tapi perkhidmatan yang diberi pada pelanggan jatuh gred c.
Sampaikan sekarang kalau aku nak perkhidmatan yang bagus aku terpaksa pergi tempat yang menyediakan wifi atau pun kena kena pergi ke tempat yang ok perkhidmatannya seperti ke kawasan tumpuan ramai.Sampai bila harus sebegini?Kalau pengguna bayar lambat cepat je nak potong.Tapi jika sebaliknya berlaku pada perkhidmatan yang disediakan sampailah msg pada pelanggan yang sistem nak dinaik taraf atau sebagainya.Janganlah buat pengguna tertipu.Beri khidmat terbaik dengan apa yang telah dijanjikan pada pelanggan semasa sesi pendaftaran.Buktikan Slogan BERBALOI-BALOI kena pada tempatnya.
Monday, March 8, 2010
Kembalikan Aura Pemuda Wahai Khairy
UMNO dan BN harus mengambil perhatian dalam hal ini.Perkuatkan kembali sokongan rakyat.Kepada pemimpin-pemimpin sambutlah apa yang Perdana Menteri rancangkan.Jangan kita biar Perdana Menteri kita jalan bersendirian.
Perkara yang paling merisaukan kini adalah kepimpinan Perg Pemuda UMNO Pusat.Pendapat ramai mengatakan Pemuda UMNO kini telah hilang taring.Pemuda UMNO tidak bersatu dan masih belum nampak program yang menjurus untuk menarik sokongan golongan muda.
Kita sedia maklum Ketua Pemuda yang menang bukan pilahan akar umbi.Dan dikalangan Exco yang menang pun ramai yang bukan pilihan beliau.
Jadi sepatutnya Ketua Pemuda harus selesaikan hal dalaman ini dari awal.Satukan kembali ahli-ahli pemuda.Pemuda adalah benteng hadapan UMNO dan Kerajaan.Kalau hal ini pun tak boleh diselesaikan macam mana kita nak menarik mereka yang duduk diluar parti UMNO.
Buktikan dulu yang Pemuda kembali kukuh barulah jawatan dalam Kerajaan dikejar.Berapa lama lagi kami harus menunggu Perg Pemuda UMNO kembali bertaring seperti zaman Tan Sri Rahim,Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Hisham.Jangan sampai ramai orang menganggap yang pemuda tidak wujud dalam UMNO.
Harap direnung-renungkanlah wahai kepimpinan Perg Pemuda UMNO Malaysia.
Saturday, March 6, 2010
Zulkifli Mangsa Mainan Politik PR
Kini secara rasmi MP Kulim-Bandar Baharu Sdr Zulkifli Noordin telah dipecat dari PKR.Kepada Zulkifli,tak perlulah buat rayuan.Teruskan perjuangan saudara bersama UMNO atau saudara boleh bertindak secara bebas seperti mereka yang terlebih dahulu telah keluar dari PKR sebelum ini.Andai perjuangan saudara berlandaskan kebenaran saudara tidak perlu tunduk dengan apa jua desakan mereka seperti kenyataan mereka yang meminta saudara meletak jawatan sebagai MP Kulim-Bandar Baharu.Lebih baik saudara jelaskan pada pengundi setuasi sebenar supaya mereka faham apa yang sedang berlaku didalam PKR.Apa yang jelas kini PKR hakikatnya terpaksa mengikut telunjuk DAP.DAP lah yang paling berkuasa didalam Pakatan Rakyat.
Kita boleh nampak secara terang,cakaplah apa yang tak betul pasal DAP pun tiada siapa pemimpin atasan didalam PR akan layan.Akhir sekali mereka yang bersuara akan ditendang secara senyap atau terang.Dan yang untungnya adalah DAP.Mereka diam dan kini mereka paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat.Disini aku cabar DAP supaya tuntut Jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen dari Anwar Ibrahim.Adakah mereka berani?
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
Monday, March 1, 2010
UMNO Pilihan Fairus..
Diharap lebih ramai dapat mengikuti jejak langkah Fairus untuk kembali kepada UMNO.Dari bergerak secara bebas ada baiknya bergerak dalam UMNO.Ini kerana lebih mudah untuk perjuangkan nasib pengundi-pungundi di kawasan masing-masing dengan mengunakan peruntukan yang telah disediakan.Anwar kini tentu pening kepala memikirkan apa yang berlaku ketika ini.Dulu beliau yang mulakan isu lompat parti..Kononnya Ahli Parlimen BN akan keluar beramai-ramai untuk mengikut beliau.Tapi kini semuanya hanya tinggal angan-angan.
Sebaliknya sorang-sorang dikalangan Ahli Parlimen serta ADUN yang mewakili PKR telah lembali ke pangkuan UMNO..
Siapa seterusnya selepas ini?Kita tunggu dan lihat.
Thursday, February 18, 2010
Bantahan Pemuda Malaysia
Friday, February 12, 2010
Selamat Tinggal PR..
Monday, February 8, 2010
Warga Lembah Pantai Mula Bersuara

Thursday, February 4, 2010
Anwar yang penuh muslihat
Perancangannya dia amat berharap yang perbicaraan ini dapat berlanjutan sehingga PRU13.
Ini untuk mewujudkan gelombang baru sokongan terhadap beliau dan pakatan rakyat.Beliau kini berusaha meraih simpati rakyat dengan mengadakan ceramah di seluruh negara.Maklumlah,beliau sekarang berasa amat tergugat apabila sokongan rakyat terhadap BN telah kembali pulih.BN kini dengan BN 2 tahun lalu telah banyak berubah.Ia secara tidak lansung telah berjaya memikat hati rakyat untuk kembali memberi peluang kepada BN untuk mentadbir negara ini dengan adil seperti slogan DS Najib 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan'.
Kini kita nantikan apa kesudahannya kes ini.Pada penyokong-penyokong Anwar,tak perlulah terlalu taksub terhadap beliau.Kalau nak beri sokongan dekat mahkamah tu biar la bersopan sikit.Tak perlu terkinja-kinja dan melaungkan Reformasi.Tidak ada gunanya kalian minta keadilan pada beliau.Beliau hanya Anwar Ibrahim yang hanya tahu memanupulasi cerita untuk popularkan diri sendiri dan memburukan negara di mata dunia.
Thursday, January 28, 2010
Rakyat diminta bertenang
Wednesday, January 27, 2010
Aura Yang Telah Hilang
Suasana panas apabila pihak Polis mula bertindak.Segelintir penyokong PR yang tidak berpuas hati telah mengerumuni khemah yang menempatkan pentas utama.
Anwar Ibrahim..Suatu ketika dulu beliau adalah pemidato terhebat dalam arena politik tanah air.Tapi kini perlahan-lahan auranya hilang.Cakap beliau kini hanya cakap kosong.Hanya tahu menghentam dan suka menimbulkan spekulasi semata-mata.Terbaru beliau telah berucap di Kg Kerinchi.Segala isu yang ditimbulkan semuanya gendang lama.Ia semata-mata untuk meraih sokongan terhadap beliau yang kini berhadapan tuduhan liwat.Lagi satu konon-kononnya beliau berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor beliau hanya dibayar RM1.Ini semua perancangan beliau yang ingin meraih sokongan Rakyat yang dah mula hilang terhadap beliau.Sesiapa pun boleh cakap dibayar RM1.Mainan pemimpin atasan seperti beliau lebih licik dari seekor ular.Lagi satu dalam ucapan beliau,beliau cakap beliau baru balik dari India dan Timur Tengah.Di India beliau berucap dihadapan lebih 40 ribu orang.Itu kata beliau la.Aku sikit pun tak pernah percaya.Kiranya standard beliau tinggi.Tapi yang membuat aku tergelak,beliau bercakap soal kehadiran 40 ribu orang di India.Di Kg Kerinchi hanya 500 orang je yang hadir.Apabila ditolak dengan anggota Polis dan pemerhati dari NGO dan Ahli Umno tinggal la kira-kira 200 orang ahli PKR dan Pas yang hadir.Itukah Standard Anwar Ibrahim???Aku harap Rakyat dan mereka yang menyokong PR telah sedar yang selama ini mereka telah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.
Friday, January 15, 2010
2010 Tahun Penting Bagi UMNO Dan BN..
Tak perlu kita bincangkan hal ini secara terbuka.Kerana lebih banyak buruknya dari yang baik.Sebagai contoh isu kalimah Allah,banyak hati yang terguris.Kini kita harap golongan bijak pandai selesaikan hal-hal sebegini dengan pantas.Kita rakyat Malaysia ingin hidup aman damai tanpa ada gangguan..Kata SATU MALAYSIA,jadi kita semua tanpa mengira bangsa atau agama harus menunjukkan semangat SATU MALAYSIA .
Bagi kepimpinan Kerajaan yang ada pula,jangan diulangi kesilapan kepimpinan sebelum ini.Inginkan sangat beri kebebasan,sehinggakan bermacam-macam perkara yang tak sepatutnya telah ditimbulkan oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab.Dalam hal UMNO pula,UMNO harus berterusan mendampingi rakyat..Elakkan hal-hal yang akan membebankan rakyat.UMNO harus kehadapan untuk lebih dahulu selesaikan masalah-masalah yang ada.Cuma ada satu perkara aku tak boleh terima.Tempoh hari semasa pelancaran klinik 1 Malaysia di Pantai Dalam,pihak kami dengan sukarela telah memasang bendera BN.Ini untuk menunjukkan yang BN sentiasa ingin membantu rakyat tidak kira di sesuatu kawasan itu ramai penyokong parti pembangkang.Tapi yang menyedihkan,pada pagi sebelum program ada pihak-pihak dalam Kementerian Kesihatan yang telah munurunkan bendera tersebut.
Kerajaan yang ada ni Kerajaan BN atau Kerajaan PR?Tak salah untuk kita tunjukkan pada rakyat yang Kerajaan BN ingin berkhidmat pada Rakyat.Kenapa harus takut.Kita bukannya menunjuk.Tapi itulah hakikatnya Kerajaan yang ada sekarang adalah Kerajaan BN.
Harap perkara sebegini tidak timbul lagi.Kami Pemuda yang sayangkan Parti Keramat UMNO dan Negara.Bukannya pengecut yang bersikap talam dua muka.
Saturday, January 9, 2010
Pendekatan Terbaik Dari UMNO
Saturday, January 2, 2010
Futsal Belia Lembah Pantai
Sempena meraikan Tahun Baru 2010 Kelab Sukan Petaling Putra dengan kerjasama Biro Penerangan UMNO Bahagian Lembah Pantai telah menganjurkan Pertandingan Futsal Belia-Belia Di Lembah Pantai.Program telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.RNC dalam ucapannya memuji peserta-paserta yang kebanyakkannya golongan belia bawah 21 tahun diatas penyertaan mereka.