Saturday, January 2, 2010

Futsal Belia Lembah Pantai




Sempena meraikan Tahun Baru 2010 Kelab Sukan Petaling Putra dengan kerjasama Biro Penerangan UMNO Bahagian Lembah Pantai telah menganjurkan Pertandingan Futsal Belia-Belia Di Lembah Pantai.Program telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.RNC dalam ucapannya memuji peserta-paserta yang kebanyakkannya golongan belia bawah 21 tahun diatas penyertaan mereka.


Dari mereka merempit atau menghabiskan masa tidak berfaedah lebih baik mereka menyertai program sebegini.Beliau juga meminta belia-belia berumur 18 tahun menyertai UMNO dan mereka-mereka yang cukup 21 tahun segeralah mendaftar sebagai pengundi di Lembah Pantai seterusnya mengundi Kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 nanti.


No comments: