Tuesday, January 31, 2012

ABAI

Sekarang heboh sana sini pasal ABU.Tapi pada aku tu semua kisah lama.Semuanya kempen terakhir mereka setelah segalanya tak menjadi.Rakyat kini sudah bijak menilai.Dulu mungkin ramai yang terpengaruh tapi kini mereka sedar siapa yang benar-benar perjuangkan hak rakyat.
Aku rasa daripada ABU lebih baik kita promosi ABAI-Asalkan Bukan Anwar Ibrahim.
Anwar ni lah perosak anak bangsa.Dia pergunakan budak-budak U untuk kepentingan politik beliau yang membuak-buak inginkan Putrajaya.
Ni terbaru dia sibuk turun Lembah Pantai.Mungkin dia teringin nak bertanding di Lembah Pantai kot.Silakan.Tiada siapa menghalang.
InsyaAllah dengan izin Allah pengundi akan beri pengajaran berguna pada beliau.
Cukup-cukuplah janji palsu yang anak dia taburkan selama ni di Lembah Pantai.Semuanya janji kosong.Ni ada gelaran terbaru yang orang Lembah Pantai bagi adalah sebagai Ratu Menempel.Dia suka sangat menempel kat program orang walau tak dijemput.Dengar cerita baru-baru ni siap kena halau dengan pihak penganjur.Kesian..
Anugay pula hari tu datang Lembah Pantai bawa media Indon.Apa dia ingat Pantai Dalam perkampungan Indon ke.
Tu mesti burukkan negara la tu.Memang nak kena kasi ajar ini Anugay..Tungguuu..
ABAI- Asalkan Bukan Anwar Ibrahim

Monday, July 18, 2011

INILAH YANG DIBANGGAKAN NURUL IZZAH..

Bersih adalah kotor..Bersih merugikan rakyat..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Bersih telah secara terang terangan telah melanggar titah Yang Di Pertuan Agong semata-mata mahu membuat perhimpunan haram ini bagi mencapai agenda politik atau politiking. Jelas mereka ini tidak menghormati kedaulatan negara Malaysia yang mendukung perlembagaan negara.Nyata mereka Derhaka!
Tipu! Tipu!..Penipu Rakyat!

Mereka ini tidak menghiraukan laporan polis yang dibuat sebanyak 3000 laporan polis iaitu suara suara rakyat yang cintakan keamanan dan menggunakan beberapa alternatif yang nyata mereka KOTOR!..sudah terang lagi bersuluh nyata perhimpunan ini adalah satu perhimpunan politik dan bukan suatu pergerakan bebas politik yang diwar-war kan..PENGOTOR!

kaum wanita dan kanak kanak yang terpaksa ditahan daripada dijadikan benteng perhimpunan..
Secara halus mereka menggunakan kanak-kanak, kaum wanita dan warga emas sebagai benteng kepada perhimpunan kotor ini untuk melindungi pemimpin2 bacul mereka daripada ditahan polis..TAKTIK KOTOR!
Kesan KEKOTORAN itu telah dipalitkan dan mengguris hati2 mereka yang berpendapatan rendah,peniaga2 kecil, dan pemandu2 teksi..dan lebih MENGOTORKAN lagi adalah ketika seorang wanita yang ingin bersalin tidak dapat menuju ke hospital gara gara lautan PENGOTOR-PENGOTOR yang berhimpun yang melalak bersih..paling sedih..terdapat beberapa kenduri kahwin yang patut disambut dengan kegembiran tapi DIKOTORKAN dengan PENGOTOR bersih ni..kesian pada mereka..mereka adalah rakyat..maka inikah kebebasan suara rakyat?..mereka juga punya hak untuk bebas dalam menjalani kehidupan..nyata dakyah mereka sebagai suara rakyat adalah SENTIMEN KOTOR Penipu Rakyat..

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Thursday, May 19, 2011

Sana-sini Satu Family Menipu..

Salam semua.
Lama aku tak menulis disini.Sejak kebelakangan ni memang sibuk yang teramat sangat.Tapi untuk pengetahuan semua aku lebih menjurus pada FB..Bantai tetap bantai beb.Terutamanya kaum kerabat kaki penipu(Anwar Ibrahim anak beranak).
Cerita bab Lembah Pantai perihal Nurul Izzah.Die nie memang kaki kencing giler beb.Banyak sangat die tipu or gunakan program org lain untuk kepentingan die.Konon2nya die la yang bagus sangat.
Macam kes terbakar kat Pantai Dalam tempoh hari..Die bukan buat ape pun.Tapi bile dalam FB macam2 yang die gembar-gemburkan die n AMK tolong.Pada hal satu ape pun xde.Semua dari a sampai z pihak UMNO Bahagian Lembah Pantai yang diketuai YB Senator Dato' Raja Nong Chik yang telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Rakyat n pengundi Lembah Pantai telah lama sedar hal nie.Tapi yang dalam FB masih tertipu.Kalau nak jelaskan memang terlalu banyak.Biarlah sikit-sikit aku jelaskan..Kalau terus sekaligus takut lari malam pula si anak Anwar Ibrahim nie.
Tunggulah cerita-cerita selanjutnya..Ada banyak lagi yang akan dikupas selepas ini.

Wednesday, April 13, 2011

Raja Nong Chik Vs Izzah/Anwar

Walaupun PRU 13 masih jauh lagi,tapi di Lembah Pantai ia dianggap semakin dekat.Tiada istilah berehat atau bersenang-lenang bagi jentera UMNO dan BN.Semuanya bekerja keras untuk pastikan BN merampas kembali kerusi Lembah Pantai dari tangan PKR yang diambang kehancuran.
Mengikut senario terkini di Lembah Pantai,rata-rata pengundi dan penduduk disini inginkan Raja Nong Chik sebagai calon PRU nanti.Mereka semua telah nampak Raja Nong Chik lah calon yang paling sesuai untuk berhadapan dengan Izzah atau pun bapaknya.Bagi jentera-jentera UMNO dan BN pula,boleh dikatakan sudah cukup bersedia untuk bergempur dengan PKR.Tiada rasa gentar langsung pada mereka.

Tambahan pula jentera PKR kini diberitakan sedang bergolak.Maklumlah,boleh dikatakan dalam PKR Lembah Pantai sekarang kebanyakkannya orang luar yang duduk dalam tu.Sedangkan yang lama semua telah dipinggirkan dan ada yang sedar diri dipermainkan Izzah dan keluarga lalu bertindak berani dengan keluar parti.Inilah politik PKR.Kepentingan peribadi lebih diutamakan.Mereka sanggup menipu pengundi serta ahli-ahli mereka sendiri demi kelangsungan politik mereka.Hebatkan.Lakonan mereka tiada tandingan tu.Tapi hanya untuk mereka yang taksub pada mereka sahaja.Pada keseluruhan warga Lembah Pantai ia tidak mendatangkan kesan pun.Kesedaran telah ada tidak kira Melayu,Cina atau India semua telah kembali pada BN.Mereka yakin Raja Nong Chik boleh membantu mereka dalam segala permasalahan yang timbul melalui payung BN yang telah terbukti dari Dulu, Kini dan Selamanya sentiasa membantu RAKYAT.

Friday, March 25, 2011

PENGUNDI LEMBAH PANTAI TELAH BERUBAH..TERIMA KASIH RAJA NONG CHIK..


Terima kasih!Terima kasih!Terima kasih Dato' Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri WPKB.Inilah ungkapan yang sering kedengaran daripada penduduk sekitar Lembah Pantai kebelakangan ini.

Kini banyak cakap-cakap di kedai kopi yang mereka akan pastikan Dato' Raja Nong Chik akan menang pada PRU13 nanti.Ada juga yang berkata jika Dato' Raja Nong Chik tidak terpilih sebagai calon,mereka sanggup beramai-ramai pergi berjumpa Perdana Menteri untuk mengusulkan letak juga Dato' Raja Nong Chik di Lembah Pantai.
Pada penduduk sekitar Lembah Pantai Dato Raja Nong Chik telah berjaya melaksanakan tugas-tugasnya dengan berkesan.Beliau sentiasa turun padang dan segala bantuan serta projek pembangunan yang dibawa telah dilaksanakan tanpa memilih bulu.Sebagai contohnya ialah pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi,menyelesaikan isu tunggakan duit penyenggalaraan di Kondo Rakyat dan Apartment Putra Ria serta mengecat semula flat-flat yang telah lama tidak dicat yg kelihatan usang.
Kalau nak disenaraikan segala kerja dan hikmat yang telah beliau lakukan ianya terlalu banyak.Tak perlulah untuk dijelaskan disini.Yang penting segalanya adalah untuk penduduk Lembah Pantai dan Penduduk Lembah Pantai nampak ape yang telah dilakukan.
Hakikatnya kini nama Izzah sudah tidak kedengaran lagi.Izzah telah dilupakan dan hanya pada nama sahaja beliau wakil rakyat.Tapi wakil rakyat tido.Banyak janji-janji PRU12 yang tidak tertunai.Yang beliau tahu adalah mengambil kesempatan apa yg orang lain usahakan serta menghalang jika sesuatu perkara itu yang tiada kepentingan untuk beliau.Kini,tunggu je PRU13 nanti.IZZAH akan terkubur bersama kenangan INDAH beliau di Lembah Pantai.

Sunday, February 27, 2011

Gerakan Menolak Izzah Sudah Bermula

Sudah ku katakan sebelum ini yang pengundi Lembah Pantai akan menolak Izzah.Kini segalanya telah terbukti.Hari ni 200 ahli PKR Lembah Pantai telah keluar parti.Mereka ni semua orang kuat Izzah dalam segala program yang dibuat.Semasa PRU yang lepas mereka jugalah antara yg bertungkus-lumus untuk memastikan Izzah menang.
Mereka diketuai Sdr Partiban Pegawai Khas Izzah di Lembah Pantai.Beliau ini memang dikenali cukup kuat dengan Izzah sebelum ini.Tapi kini beliau telah sedar yang selama ini beliau dan penyokong lain hanya dipermainkan demi kepentingan politik peribadi.
Kesiankan.Dengar cerita lepas ni berduyun-duyun lagi akan mengikut jejak mereka yang keluar parti hari ni.Kita tengoklah apa tindakan dan kenyataan Izzah nanti.Silap-silap akan keluarlah janji-janji dan habuan yang akan diberi pada mereka-mereka supaya jangan meninggalkan PKR.
Aku rasa mesti malam ni Izzah tak tidur lena.Puaslah pula si suami nak kena pujuk dia supaya bertenang.Nak minta tolong bapak,bapak pula dah ramai orang tak percaya.Silap-silap pegi la melutut kat Azmin minta tolong selesai hal ni.Itu pun kalau Azmin berani nak tolong.Masalahnya pemimpin-pemimpin yang mereka ada semuanya berhadapan dengan bermacam-macam kes peribadi.Aku rasa jalan terbaik kau letak jawatan je la Izzah.Duduk rumah jaga anak dan suami.