Sunday, June 22, 2008

PEMIMPIN MIC YANG TAK CERDIK...


Ramai rakan-rakan terkejut dengan reaksi Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Hindraf.
Sebagai pemimpin no 2 tertinggi di dalam MIC sepatutnya beliau perlu menunjukkan kematangan dan bukannya emosional sehingga kelihatan menghina negarawan yang telah banyak berjasa kepada Negara.

Harus di akui pandangan Tun Dr. Mahathir dikongsi oleh banyak pihak terutama mejoriti orang Melayu di akar umbi yang melihat Hindraf sebagai gerakan pelampau.Dalam soal keselamatan Negara kita tidak boleh bertolak ansur.Sebagai contoh kumpulan al-maunah,Tun telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengutamakan keselamatan Negara walaupun ia datang dari bangsanya sendiri.

Timbalan Presiden MIC sewajarnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.Andai anda ingin memperjuangkan nasib bangsa anda, perjuangkan dengan cara yang betul.Jangan di sebabkan MIC telah hilang sokongan akar umbi semasa PRU yang lepas anda sanggup menyokong perkara yang boleh menggugat keselamatan Negara.
Ingat lah bahawa melayu adalah tuan di bumi ini.Kita tidak pertikaikan hak bangsa lain dan bangsa lain harus tahu menghormati bangsa kita dan jangan minta lebih dari apa yang bangsa melayu dapat.

Akhirkata sebagai rakyat yang setia pada Negara tercinta, kita harus menolak sebarang usaha pelampau tidak kira dari apa bangsa sekali pun demi untuk memastikan kestabilan politik serta ekonomi negara kita terus kukuh dan rakyat dapat hidup dengan tenang dalam melalui kehidupan harian.

Wednesday, June 18, 2008

Presiden SAPP Bayangkan Wakil Campuran Bebas

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.

Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah "tidak popular" berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di semenanjung.

"Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya," katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung)," tambah beliau.

Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.

"Kita tunggu dan lihat," kata Yong, yang telah mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.

Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai "campuran wakil bebas".

"Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar anggota Parlimen dan ADUN , sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan ADUN Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan "sekumpulan wakil bebas" dalam masa beberapa hari saja.

-- BERNAMA

#Satu keputusan yang berani telah di lakukan walaupun bukan di kalangan Ahli Parlimen dari Umno.Mari kita bersama-sama berganding bahu untuk perbetulkan kepimpinan negara yang terbukti lemah dalam pentadbiran negara.Cuma yang di harapkan jangan sesekali kita masuk ke dalam parti pembangkang.Kita bertindak dengan cara kita.Apabila segalanya kembali pulih kita sama-sama perkukuhkan Umno dan BN.

SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah




KOTA KINABALU 18 Jun - Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Presidennya Datuk Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) lewat menyelesaikan semua isu-isu membabitkan Sabah.
SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Saturday, June 14, 2008

TUDUHAN BERTUJUAN MENUTUP MULUT SAYA, KATA TUN DR MAHATHIR


LANGKAWI, 14 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan semua dakwaan kononnya beliau "mengugut" hakim-hakim supaya menyebelahi kerajaan semasa beliau memimpin negara, bertujuan menutup mulutnya daripada terus bercakap.
Katanya walaupun faham dengan maksud dakwaan hakim-hakim itu, namun beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan terus menulis bagi menjawab semua pertuduhan itu dalam laman blognya.
"Ini dari satu sudut adalah cara mereka boleh menghentam saya kerana terus bercakap, tapi saya tidak akan berhenti. Saya akan terus menulis dalam blog saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa beliau melakukan lawatan peribadi di sini, Jumaat.
Dr Mahathir seterusnya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri segala dakwaan terhadapnya.
Ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan berhubung dakwaan itu jika ia berunsur fitnah, beliau berkata: "Saya nak bawa ke mahkamah mana? Saya bukan ada duit dan tak tau boleh menang atau tidak".
Awal minggu ini Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian Chin sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei Wong Hua Seh bagi mencabar keputusan pilihan raya umum kawasan berkenaan mendakwa, bekas Perdana Menteri itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.
Mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan beliau tidak akan bertanding untuk jawatan presiden Umno sebaliknya akan menerima jawatan itu secara peralihan kuasa, Dr Mahathir berkata tindakan Najib itu adalah terlalu lambat dan beliau tidak akan sempat menjadi presiden jika Umno hancur kelak.
"Najib tunggu apa? Sekarang ini pun Umno dah lemah dan kalau Najib tunggu lagi Umno akan hancur dan dia tak boleh jadi presiden," katanya.
Beliau berkata Umno lemah kerana kalah pada pilihan raya lepas dan keadaan akan menjadi bertambah teruk jika anggota parti terus menyokong Abdullah.
-- BERNAMA

Friday, June 6, 2008

KENAIKAN MINYAK YANG MEMBEBANKAN RAKYAT.


Kenaikan harga petrol dan diesel yang telah di umumkan kerajaan telah memberi tamparan hebat kepada rakyat terutamanya kepada mereka yang memiliki kenderaan dan gaji berpendapatan rendah.Kenaikan tersebut sedikit sebanyak mencetuskan keadaan panik dan kita bimbang boleh mencetuskan pemberontakan apabila rakyat tidak dapat mengetahui secara lebih mendalam cerita di sebalik kenaikan tersebut.

Berdasarkan rungutan yang di dengari, walaupun pemberian subsidi dalam tempoh setahun akan diberi sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian yang tidak melebihi 250cc, tetapi jika dinilai dari segi penggunaan petrol oleh kebanyakan orang ramai, bayaran itu masih tidak mencukupi.
Di samping itu, rakyat tentunya terpaksa berbelanja lebih untuk medapatkan barang-barang keperluan lain yang akan naik tidak lama lagi.Syarikat-syarikat juga menerima kesan yang sama. Subsidi yang di beri bukanlah kepada kenderaan-kenderaan syarikat dan sudah tentu alasan kukuh berpihak kepada mereka untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Kesannya juga di rasai kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan dan menggunakan kenderaan awam.Mereka tidak mendapat subsidi yang di beri tetapi mereka juga harus menerima kesannya.Ini disebabkan ada ura-ura tambang pengangkutan awam pun akan naik.Dan yang terbaru tambang bas sekolah pun akan naik di antara Rm10 hingga Rm50.Bagaimana untuk rakyat hadapi semua ini.Segala-galanya naik.

Kenapa harus di bandingkan dengan UK,USA dan SINGAPURA.Mereka negara maju.Ekonomi dunia mereka yang kontrol.Begitu juga taraf hidup rakyat mereka dengan rakyat kita jauh berbeza.Ambil contoh yang terdekat seperti di Thailand dan Indonesia walaupun harga minyak naik tapi harga barang keperluan kos pengangkutan tak naik.Kerajaan kita sekali- sekala harus belajar dari mereka.Jika nak buat perbandingan pun buat la dengan negara yang setaraf.Tolong-tolonglah jangan menipu rakyat lagi.

Menteri-menteri semua hidup senang.Minyak naik pun tak memberi kesan kepada mereka..
Segala-galanya boleh claim,dan kos yang di gunakan untuk membayar apa yang mereka pakai pun adalah dengan menggunakan wang rakyat.Seperti pembayaran ex-gratia kepada bekas-bekas Hakim,semestinya menggunakan wang rakyat.Kenapa harus di rahsiakan jumlah pembayarannya?Di saat rakyat menghadapi kenaikan harga minyak yg tinggi ada pula seorang menteri boleh pergi ke setiap rumah bekas Hakim yang berkenaan untuk memberi ex-gratia tersebut.Perdana Menteri dan mereka yang lain harus ingat.Anda semua harus bekerja untuk rakyat bukan rakyat yang bekerja untuk anda.Yang pilih anda semua adalah rakyat.Jadi tolong la berkhikmat untuk rakyat, jangan menambahkan lagi beban pada rakyat dengan kepimpinan anda yang tiada arah ini.