Wednesday, April 13, 2011

Raja Nong Chik Vs Izzah/Anwar

Walaupun PRU 13 masih jauh lagi,tapi di Lembah Pantai ia dianggap semakin dekat.Tiada istilah berehat atau bersenang-lenang bagi jentera UMNO dan BN.Semuanya bekerja keras untuk pastikan BN merampas kembali kerusi Lembah Pantai dari tangan PKR yang diambang kehancuran.
Mengikut senario terkini di Lembah Pantai,rata-rata pengundi dan penduduk disini inginkan Raja Nong Chik sebagai calon PRU nanti.Mereka semua telah nampak Raja Nong Chik lah calon yang paling sesuai untuk berhadapan dengan Izzah atau pun bapaknya.Bagi jentera-jentera UMNO dan BN pula,boleh dikatakan sudah cukup bersedia untuk bergempur dengan PKR.Tiada rasa gentar langsung pada mereka.

Tambahan pula jentera PKR kini diberitakan sedang bergolak.Maklumlah,boleh dikatakan dalam PKR Lembah Pantai sekarang kebanyakkannya orang luar yang duduk dalam tu.Sedangkan yang lama semua telah dipinggirkan dan ada yang sedar diri dipermainkan Izzah dan keluarga lalu bertindak berani dengan keluar parti.Inilah politik PKR.Kepentingan peribadi lebih diutamakan.Mereka sanggup menipu pengundi serta ahli-ahli mereka sendiri demi kelangsungan politik mereka.Hebatkan.Lakonan mereka tiada tandingan tu.Tapi hanya untuk mereka yang taksub pada mereka sahaja.Pada keseluruhan warga Lembah Pantai ia tidak mendatangkan kesan pun.Kesedaran telah ada tidak kira Melayu,Cina atau India semua telah kembali pada BN.Mereka yakin Raja Nong Chik boleh membantu mereka dalam segala permasalahan yang timbul melalui payung BN yang telah terbukti dari Dulu, Kini dan Selamanya sentiasa membantu RAKYAT.