Thursday, February 18, 2010

Bantahan Pemuda Malaysia







Perhimpunan membantah campur tangan Negara luar tentang hal ehwal dalaman negara kita.Hampir 500 Pemuda Malaysia telah berkumpul di kedutaan Australia yang diketuai Sdr YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.Turut serta YB Datuk Razali Ibrahim Naib Ketua Pergerakan UMNO Malaysia serta barisan Exco.Ia juga dihadiri wakil-wakil Parti Komponen dan Pertubuhan NGO seperti 4B,GPMS dan Perkasa.Memorandum yang dihantar adalah untuk meminta penjelasan Kerajaan Australia tentang isu tersebut serta menuntut mereka membuat permohonan maaf kepada kita.

Friday, February 12, 2010

Selamat Tinggal PR..

Diberitakan hari ni ada Ahli Parlimen PKR yang akan mengumumkan keluar Parti di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.Dipercayai seorang dari mereka adalah Ahli Dewan Rakyat dari Pulau Pinang yang sebelum ini kuat membelasah Ketua Menteri Pulau Pinang.Diharap UMNO dan Parti Komponen lain dalam BN mesti menerima baik keputusannya dan jika boleh jemputlah dia menyertai kita semula.Seorang lagi nama yang kuat digembar-gemburkan adalah YB Zulkifli Nordin.Aku harap mereka akan dapat buat pilihan yang tepat untuk meneruskan perjuangan mereka membela Agama,Bangsa Dan Negara..

Monday, February 8, 2010

Warga Lembah Pantai Mula Bersuara

Warga Lembah Pantai telah mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka pada Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.Maklumlah,semasa berkempen pada PRU yang lalu bermacam janji telah disuarakan beliau.Hakikatnya kini beliau hanya menumpang apa yang telah diuruskan kerajaan BN.Apa yang beliau tahu hanya mencari salah dan kekurangan pada pihak kerajaan.Mengambil contoh isu perumahan,semuanya diselesaikan melalui UMNO Bahagian Lembah Pantai.Kini warga Lembah Pantai perlahan-lahan sedar yang PKR ini hanya parti bermusim.Semua yang dijanji selama ini adalah janji-janji palsu belaka..

Thursday, February 4, 2010

Anwar yang penuh muslihat

Bermula hari ni kes liwat Anwar menjadi tumpuan bukan sahaja dari dalam negara tapi juga dari luar negara..Kehadiran wartawan asing cukup untuk membuktikannya.Hakikatnya inilah cabaran yang harus dilalui oleh kerajaan.Bersalah atau tidak,kerajaan BN tetap akan disalahkan kelak.Apa yang aku nampak Anwar sengaja minta lengahkan perbicaraannya.
Perancangannya dia amat berharap yang perbicaraan ini dapat berlanjutan sehingga PRU13.
Ini untuk mewujudkan gelombang baru sokongan terhadap beliau dan pakatan rakyat.Beliau kini berusaha meraih simpati rakyat dengan mengadakan ceramah di seluruh negara.Maklumlah,beliau sekarang berasa amat tergugat apabila sokongan rakyat terhadap BN telah kembali pulih.BN kini dengan BN 2 tahun lalu telah banyak berubah.Ia secara tidak lansung telah berjaya memikat hati rakyat untuk kembali memberi peluang kepada BN untuk mentadbir negara ini dengan adil seperti slogan DS Najib 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan'.
Kini kita nantikan apa kesudahannya kes ini.Pada penyokong-penyokong Anwar,tak perlulah terlalu taksub terhadap beliau.Kalau nak beri sokongan dekat mahkamah tu biar la bersopan sikit.Tak perlu terkinja-kinja dan melaungkan Reformasi.Tidak ada gunanya kalian minta keadilan pada beliau.Beliau hanya Anwar Ibrahim yang hanya tahu memanupulasi cerita untuk popularkan diri sendiri dan memburukan negara di mata dunia.