Bermula hari ni kes liwat Anwar menjadi tumpuan bukan sahaja dari dalam negara tapi juga dari luar negara..Kehadiran wartawan asing cukup untuk membuktikannya.Hakikatnya inilah cabaran yang harus dilalui oleh kerajaan.Bersalah atau tidak,kerajaan BN tetap akan disalahkan kelak.Apa yang aku nampak Anwar sengaja minta lengahkan perbicaraannya.
Perancangannya dia amat berharap yang perbicaraan ini dapat berlanjutan sehingga PRU13.
Ini untuk mewujudkan gelombang baru sokongan terhadap beliau dan pakatan rakyat.Beliau kini berusaha meraih simpati rakyat dengan mengadakan ceramah di seluruh negara.Maklumlah,beliau sekarang berasa amat tergugat apabila sokongan rakyat terhadap BN telah kembali pulih.BN kini dengan BN 2 tahun lalu telah banyak berubah.Ia secara tidak lansung telah berjaya memikat hati rakyat untuk kembali memberi peluang kepada BN untuk mentadbir negara ini dengan adil seperti slogan DS Najib 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan'.
Kini kita nantikan apa kesudahannya kes ini.Pada penyokong-penyokong Anwar,tak perlulah terlalu taksub terhadap beliau.Kalau nak beri sokongan dekat mahkamah tu biar la bersopan sikit.Tak perlu terkinja-kinja dan melaungkan Reformasi.Tidak ada gunanya kalian minta keadilan pada beliau.Beliau hanya Anwar Ibrahim yang hanya tahu memanupulasi cerita untuk popularkan diri sendiri dan memburukan negara di mata dunia.
No comments:
Post a Comment