Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

UKHWAH ITU TERLETAK PADA KERAPNYA PERTEMUAN, BUKAN JUGA PADA MANISNYA KATA-KATA...TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DALAM DOA.
SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN.

Thursday, December 25, 2008

SIAPA DISEBALIK KEPUTUSAN YANG DIBUAT

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATI LIRIK LAGU YANG DI ILHAMKAN OLEH DR ASRI BEKAS MUFTI NEGERI PERLIS.BELIAU SALAH SEORANG TOKOH AGAMA YANG BEGITU AKU KAGUMI.
PADA AKU ALASAN YANG DIBERIKAN RTM ATAS TINDAKAN 'GAM' DARI DISIARKAN ADALAH TINDAKAN POLITIK SEMATA-MATA.MUNGKIN ADA PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK ATASAN YANG TERASA DENGAN LIRIK LAGU TERSEBUT.JIKA DIKETIKA INI DR ASRI MASIH LAGI MUFTI PERLIS ADAKAH TINDAKAN SEDEMIKIAN AKAN DIAMBIL?
ITU YANG MENJADI TANDA TANYA.
DIHARAP RTM TELUS DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.

Thursday, December 18, 2008

PEMBANGUNAN DI PANTAI DALAM MEMINGGIRKAN PENDUDUK SETEMPAT































KINI PANTAI DALAM TELAH BERUBAH.TELAH BANYAK PEMBANGUNAN DILAKUKAN.DULUNYA PANTAI DALAM TERKENAL DENGAN KAWASAN SETINGGAN TAPI KINI BANYAK BANGUNAN-BANGUNAN TINGGI DIDIRIKAN.WALAUPUN BEGITU,YANG MENJADI PERSOALAN SEKARANG ADAKAN IA MENGUNTUNGKAN WARGA PANTAI DALAM.INI KERANA PROJEK-PROJEK YANG DIBANGUNKAN SEMUANYA BERTARAF ELIT SERTA BANGUNAN-BANGUNAN PEJABAT.SECARA TIDAK LANGSUNG IA MEMINGGIRKAN PENDUDUK SETEMPAT.DENGAN HARGA SATU UNIT ADA YANG MENCECAH SEHINGGA SATU JUTA ADAKAH KAMI MAMPU UNTUK MEMILIKINYA.HANYA MEREKA YANG BETUL-BETUL MAMPU AKAN DAPAT MEMBELI DAN SELEBIHNYA AKAN DI MILIKI OLEH ORANG-ORANG LUAR SERTA BANGSA-BANGSA LAIN.SEDANGKAN KAMI MASIH DUDUK MENYEWA RUMAH DENGAN DBKL.CONTOHNYA KELUARGA SUARAPERUBAHAN TELAH MENETAP DI PANTAI DALAM SELAMA 40 TAHUN,TAPI SEHINGGA KINI MASIH BELUM MEMPUNYAI RUMAH SENDIRI.SEKARANG MENYEWA DI PPR KERINCHI PANTAI DALAM.ADAKAH INI ADIL UNTUK KAMI.SEPATUTNYA PEMBANGUNAN TU BIARLAH SEIMBANG.PEMAJU-PEMAJU YANG DAPAT PROJEK DI KAWASAN TERSEBUT HARUSLAH WUJUDKAN JUGA PROJEK-PROJEK KOS RENDAH.DAN IA HANYA DI UTAMAKAN UNTUK DI JUAL KEPADA PENDUDUK SEKITAR.JADI BARULAH SAMA-SAMA MERASAI KESANNYA.PIHAK BERKUASA TEMPATAN SERTA KERAJAAN JUGA HARUS MEMAINKAN PERANAN.JANGAN HANYA BILA TIBA PILIHANRAYA BARULAH NAK DENGAR RINTIHAN-RINTIHAN YANG DI SUARAKAN.

Monday, December 15, 2008

GELANGGANG SILAT DIBUKA




















Gambar-gambar semasa majlis pelancaran pembukaan gelanggang seni silat kuntau di dewan Umno Kg Kerinchi,Lembah Pantai anjuran Pemuda Umno Cawangan Kg Kerinchi serta Gerak Seni Silat Kuntau Melayu Tomoi Malaysia (WP).
Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Sdr M. Sazali Bin Kamilan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Lembah Pantai Wilayah Persekutuan.



Thursday, December 11, 2008

Jiao Zong warns of mammoth demo

JIAO ZONG (United Chinese School Teachers Association) president Ong Chiaw Chuan warns that Dong Jiao Zong will launch a massive protest action should the government decide to continue with its policy of teaching Science and Mathematics in English, the Chinese press reported yesterday.
Dong Jiao Zong, which comprises Dong Zong (United Chinese School Committees Association) and Jiao Zong, has maintained a firm stand that the government should revert to the use of mother-tongue languages to teach the two subjects in primary schools. Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein is expected to makea decision after chairing the fi fth roundtable discussion on whether or not to continue teaching Science and Mathematics in English.“The Chinese community has to act if the issue is not resolved,” Ong said on Saturday. He believed the majority of people from the various communities wish to see a reversal to the use of mother-tongue languages to teach Science and Maths.He urged Chinese-based political parties and Chinese ministers, especially those from MCA, to be firm in fighting for the use of Mandarin as the medium of instruction for Science and Maths in Chinese primary schools.“They also need to be mentally prepared, as once the government decides to carry on with the policy, Dong Jiao Zong will launch a massive protest action,” said Ong. He said Dong Jiao Zong feels that the teaching of Science and Maths in English is currently the greatest threat to Chinese education.He disclosed that at the second and fourth roundtable discussions held on Aug 27 and Oct 21 respectively, most of the participants, including Dong Jiao Zong and educational and cultural groups from other races,political parties, academics and former education offi cers, were not in favour of the “go English” policy.“Studies by various educational groups and universities, and even the Education Ministry’s own survey, showed that the implementation of English for Science and Maths policy has not produced the desiredresults,” he said.-The Sun



-PENDAPAT PERIBADI AKU,KALAU BOLEH TANGKAP JE SEMUA PEMIMPIN DONG JIAO ZONG NI.PERSATUAN INI JUGA HARUS DIBERI AMARAN KERAS KERANA MERANCANG UNTUK MENGADAKAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN.APA YANG MEREKA UTARAKAN INI BERBAU UGUTAN.KENAPA KITA HARUS TAKUT.
LEPAS TU APA YANG AKU NAMPAK,TIMING YANG MEREKA PILIH UNTUK BUAT DEMOSTRASI INI BETUL-BETUL NAK MENGUJI KERAJAAN.INI KERANA KITA AKAN MENGHADAPI PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU DAN SATU DUN DI SANA IAITU DUN BANDAR BANYAK KELOMPOK PENGUNDI CINA.KERUSI DUN TERSEBUT TELAH DI MENANGI MCA PADA PILIHANRAYA YANG LALU.
DALAM HAL INI AKU HARAP DATUK SERI HISHAM BIJAK UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN.TAK PERLULAH TAKUT DAN TUNDUK DENGAN DESAKAN MEREKA.

Wednesday, December 10, 2008

TANAH RUNTUH LAGI.SIAPA HARUS DI PERSALAHKAN?

Macam-macam perkara perkara berlaku dalam masa terdekat ni.Yang terbaru tregedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.Semoga ia dapat menjadi iktibar pada kita.Ianya bukan kali pertama tregedi sedemikian berlaku.Sudah berkali-kali dan telah banyak nyawa yang terkorban.Semoga lepas ni kita dapat jauhkan diri dari tinggal di kawasan berbukit.Pihak berkuasa juga harus memainkan peranan dan kalau boleh batal serta jangan benarkan pembangunan di atas bukit mahu pun lereng bukit.Kepada pemaju janganlah pentingkan keuntungan semata-mata.Sebelum menjalankan projek pastikan tahap keselamatan penghuni terjamin.Memang la kita tak boleh menjangkakan bencana alam tersebut akan berlaku.Tapi kita boleh menghindar dari ia berlaku.Janganlah semua bukit dan hutan yang ada di Lembah Kelang ni kita nak tarah.Tetapi harus di ingat pemaju juga tidak boleh disalahkan seratus peratus.Orang yang membeli juga bersalah dalam hal ni.Saper suruh pegi beli rumah dekat lereng dan atas bukit.Kalau tiada pembeli dah tentu pemaju pun tak ingin buat rumah kat situ.Nak sangat tempat ekslusif jadi terimalah apa yang berlaku.Dah la ada yang sombong pula tu.Sampai semua orang dia nak marah.Tu la dia orang yang tak biasa hidup susah.Sampaikan ada yang minta di tempatkan di hotel.Lagi satu tak perlulah kita nak tubuhkan tabung bencana untuk mereka.Lebih baik kita tolong mereka yang betul-betul susah.Macam mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.Mereka lebih memerlukan bantuan dari kita.

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha

Selamat Menyambut Aidiladha dari saya sekeluarga kepada semua sahabat-sahabat yang terus mengunjungi serta memberikan sokongan kepada laman blog saya ini.
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah haji kepada seluruh umat Islam yang berpeluang menunaikan rukun Islam kelima ini.
Salam.

Tuesday, December 2, 2008

UMNO PATUT BANGKIT BERSUARA..KOMPONEN BN PERLU TUTUP MULUT

Isu ketuanan Melayu nampaknya masih belum reda, malah parti komponen BN pun turut menghentam. Sebelum ini, Ketua Wanita Gerakan, Dato' Tan Lian Hoe telah membangkitkan perkara itu. Khamis lalu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek pula menolak konsep ketuanan Melayu dengan mengatakan ia tidak relevan dan ditolak pelbagai kaum. Kenyataan beliau kemudian disokong oleh Ketua Wanita MCA, Dr Che Mei Fun yang mengatakan bahawa tanah air ini milik semua rakyat dan mereka adalah tuan tanah Malaysia. Terbaharu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendakwa istilah ketuanan Melayu menggambarkan seolah-olah seperti hubungan hamba dengan tuan. Kelantangan mereka ini mungkin kerana pemimpin Melayu berdiam diri kononnya ingin menjaga hati dan perasaan kaum lain. Lantas mereka terus menerus dihina. Perkara ini diakui sendiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir. “UMNO harus bangkit bersuara dan parti-parti komponen di dalam BN pula harus tutup mulut dan jaga hal masing-masing. “Orang luar dari UMNO, termasuk parti-parti komponen BN tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, khususnya ketuanan Melayu. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen dalah tidak sihat dan boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti di dalam BN,” katanya. “Selama ini kita bersikap toleransi, tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat kebelakangan ini memang mengundang reaksi. Parti-parti komponen harus mengelak daripada terus bercakap mengenai isu ini yang mengguris hati UMNO. Beliau mengakui isu ketuanan Melayu timbul akibat salah faham dan pengertian kerana setiap orang mempunyai kefahaman dan pandangan berbeza mengenainya, terutamanya penggunaan istilah “tuan”. “Adalah lebih baik kita menumpukan perhatian mencari jalan cara terbaik menyatupadukan rakyat.,” tambahnya. Sehubungan itu Mukhriz mencadangkan supaya langkah menyatupadukan rakyat dibuat di peringkat sekolah. “Semua sekolah harus diserapkan ke dalam satu sistem persekolahan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perantara, kecuali bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. “Sistem ini telah digunakan di hampir seluruh negara di dunia. Sudah tiba masanya kita melahirkan satu bangsa yang bersatu padu daripada peringkat sekolah. Sistem ini boleh dinamakan sebagai sistem pendidikan Malaysia. Mengikut sistem, kita boleh menetapkan mata pelajaran Bahasa Mandarin diwajibkan bagi pelajar Cina dan Bahasa Tamil diwajibkan bagi pelajar India. Pada masa yang sama mata pelajaran ini juga terbuka kepada kaum lain. Dengan cara ini kita boleh menggalakkan pelajar menguasai tiga bahasa. Apabila ditanya samada beliau tidak bimbang cadangan ini akan dijadikan isu oleh kaum lain, Datuk Mukhriz berkata, sistem yang dicadangkan ini adalah sistem yang demokrasi. “Kita boleh mengekalkan sekolah-sekolah yang sedia ada seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan, cuma sistem pelajarannya sahaja yang berubah,” katanya.


-Aku setuju dengan pendapat Mukhriz.Cuma kajian mendalam harus di lakukan dahulu.Ini kerana sistem yang ada sekarang telah lama diguna pakai.Mungkin bukan sekarang ia berubah.Akan datang siapa yang tahu.Yang aku terkilan Pakatan Rakyat boleh pula kata Mukhriz menghasut.Itu sekadar pendapat.Bukan Mukhriz yang buat keputusan pun.Kenapa bila pemimpin bangsa lain dalam komponen BN yang buat kenyataan pasal ketuanan Melayu mereka parti pembankang seperti Anwar atau PAS senyap je.Mereka juga Melayu.Tapi demi kepentingan politik mereka,mereka sanggup gadaikan hak-hak orang Melayu.Mereka sebenarnya yang ingin menjadi hero.Hero kepada bangsa-bangsa lain.Apa yang aku nampak sekarang mereka semua memusuhi Umno.Begitu juga parti-parti komponen dalam BN seperti Gerakan,MCA dan PPP.Masing-masing mahu suarakan ugutan.Pada hal parti mereka yang dalam keadaan lemah ketika ini.Mereka yang banyak kalah masa PRU yang lalu.Aku amat berharap orang-orang Melayu semua bangkit.Kita harus bersatu demi Agama,Bangsa dan Negara.Tinggalkan PKR.Tinggalkan PAS.Hanya UMNO yang benar-benar memperjuangkan nasib Agama Islam serta orang Melayu dari dulu kini dan selamanya.

Saturday, November 29, 2008

TERBUKTI MEREKA PUN TIDAK SEPENDAPAT

SAMA ada dia keluar atau saya yang keluar, itulah reaksi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad ketika ditannya mengenai tindakan pengguguran beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor oleh bosnya, Datuk Dr Hassan Ali. Menurutnya, perbezaan besar antara beliau dan Hassan ialah daripada segi pendekatan untuk memastikan sokongan terus diberikan kepada pakatan pembangkang. “Saya lebih melihat kepada perlunya diperkukuhkan Pakatan Rakyat bukannya hanya melihat sokongan dalam konteks parti semata-mata,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergeseran yang berlaku antara beliau dengan Hassan yang dikatakan melibatkan soal dasar. Pergeseran antara Khalid dan Hassan dikatakan bermula sejak sebelum pilihan raya umum Mac lalu berhubung soal penentuan kerusi yang hendak ditandingi. Setelah itu ia berlarutan sehinggalah kepada rasa tidak senang Hassan di atas layanan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap PAS termasuklah beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang dikatakan menjejaskan kepentingan Melayu dan Islam. Menurut Khalid, bagi beliau PAS tidak harus hanya bercakap tentang memperkukuhkan parti itu sahaja tetapi mestilah dalam ruang lingkup yang lebih besar melibatkan Pakatan Rakyat. Katanya, buat masa ini pakatan pembangkang itu menguasai lima buah negeri dan tiga daripada negeri itu diketuai oleh PAS. “Jika di tiga negeri yang kita kuasai mendapat sokongan daripada parti pakatan kenapa tidak PAS memberikan kerjasama dan menyokong kerajaan negeri yang diketuai oleh parti gabungan iaitu DAP dan PKR,” jelasnya. Apa yang penting sekarang menurut Khalid, Hassan mestilah membuktikan bahawa dengan pasukan baru yang dibentuknya pada peringkat Perhubungan PAS negeri beliau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. “Jika tidak beliau perlu bertanggungjawab,” jelasnya. –

Wednesday, November 26, 2008

Dr Mahathir: Kebimbangan terhadap penggunaan bahasa Inggeris tidak berasas

KUALA LUMPUR-Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kebimbangan sesetengah pihak bahawa pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris boleh menghakis Bahasa Malaysia, sebagai tidak berasas.
Dr Mahathir berkata beliau dikritik oleh nasionalis kerana mahukan kerajaan meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi menurutnya bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa di mana rakyat Malaysia boleh menimba ilmu dalam kedua-dua subjek itu.
"Sebelum saya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri saya perkenal sistem itu kerana saya berasa ia adalah perlu bagi kita untuk menimba ilmu pengetahuan.
"Jika anda ingin terjemah semua kerja Sains dan Matematik ke dalam bahasa Malaysia, ia akan mengambil masa yang panjang dan kita akan ketinggalan. Tetapi sejak kebelakangan ini, ada perdebatan mengenainya bahawa kita perlu kembali kepada sistem lama menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar dan belajar Sains dan Matematik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada persidangan Antarabangsa Pertama 2008 mengenai Bahasa dan Linguistik anjuran Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini. "Kementerian Pelajaran akan memutuskan perkara itu tidak lama lagi. Ada kebaikan dan keburukan mengenainya dan saya agak bimbang mengenainya. Orang kita patut tahu bagaimana untuk membaca, menulis dan bercakap bahasa Kebangsaan tetapi pada masa yang sama untuk menimba ilmu pengetahuan mereka patut menggunakan bahasa Inggeris," katanya.
Katanya jumlah ilmu pengetahuan baru adalah "pantas dan hebat" dan rakyat Malaysia perlu merebut ilmu pengetahuan yang kebanyakannya di dalam bahasa Inggeris.
"Saya harap dapat menghalang kerajaan daripada berpatah balik menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar Matematik dan Sains tetapi saya tidak lagi memegang kuasa. Saya terpaksa menerima apa juga yang diputuskan walaupun ia mungkin tidak baik untuk negara ini," katanya.
Katanya kekurangan guru untuk mengajar kedua-dua subjek itu di dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan alasan kerana ia boleh digantikan dengan perisian komputer.



-Aku dari dulu setuju Matematik dengan Sains di ajar dalam Bahasa Inggeris.Pada aku takde salahnya.Tak hilangnya Bahasa Malaysia di bumi Malaysia yang bertuah ini.Kita harus memikirkan untuk jangka masa panjang.Bukannya untuk mencari keputusan sekelip mata.Di samping itu kita perkasakan bahasa kebangsaan ke tahap yang lebih tinggi.Kenapa la kita perlu risau.Ada banyak lagi subjek-subjek lain yang di ajar dalam Bahasa Malaysia.Dan Bahasa Malaysia tetap Bahasa Rasmi kita.Tak perlu kita samakan negara kita dengan negara seperti Jepun,Perancis dan beberapa lagi negara yang menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa utama.Mereka semua sudah menjadi negara maju.Kuasa ekonomi di tangan mereka dan segala bentuk peluang serta kajian telah mereka terokai.Yang kita ni baru nak bermula.Jadi kita harus berani untuk mencuba jika kita ingin maju dalam semua bidang.Marilah kita fikir bersama-sama.Masing-masing ada pendapat.

Thursday, November 20, 2008

PERGOLAKAN DALAM WANITA,BOS KENA LAWAN.





Kenapa la akhir-akhir ni masing-masing berebut nak bertanding.Sampaikan Wanita pun dah berjangkit.Memang la kita mengamalkan demokrasi.Masing-masing ada hak.Tapi cuba la cari jalan terbaik.Macam Shahrizat,kenapa dari awal tidak menyuarakan hasrat?Mula-mula setuju peralihan kuasa.bila tengok pencalonan dah banyak seolah-olah macam lupa diri.Nampak sangat yang sebelum ini hati tu tak ikhlas.
Lagi satu ada perkara yang menganggu fikiran aku pasal pertandingan ini.Shahrizat orang Pak Lah.Kalah semasa PRU 12 (dengan 'budak' yang sebaya dgn aku), tapi boleh dapat jawatan bertaraf Menteri.Rafidah pula yang menang semasa PRU 12, tapi tidak terpilih untuk jadi Menteri.Macam mana seseorang yang KALAH dalam PRU nak pimpin Wanita UMNO seterusnya Wanita BN?Macam ada perancangan tersendiri je.
Memang aku tak layak untuk memperkatakan senario yang berlaku dalam Wanita UMNO, tapi sebagai ahli Umno, aku dapat melihat kekuatan UMNO selama ini terletak kepada Wanita... Jadi sedikit sebanyak ia turut akan mendatangkan kesan kepada UMNO keseluruhannya apabila berlakunya pertandingan dalam kepimpinan Wanita UMNO.Jangan la kita samakan pertandingan di peringkat Tim Presiden,Ketua Pemuda dan Ketua Puteri.
Mereka bertanding disebabkan jawatan tersebut dikosongkan.Ia lain dengan setuasi Wanita.
Pada harapan aku,masa masih panjang.Harap Shahrizat dan Rafidah masih boleh duduk berbincang.Cari la jalan terbaik untuk mengelakkan perpecahan dalam Wanita.Lagi satu sepatutnya dua-dua berehat dah.Seorang ditolak pengundi dan seorang lagi didesak lepaskan jawatan dari akar umbi.

Wednesday, November 19, 2008

GABUNGAN MUKA BARU DAN LAMA DI LEMBAH PANTAI

UMNO LEMBAH PANTAI KEMBALI DENGAN BERWAJAH BARU.KEPUTUSAN PEMILIHAN KALI INI TELAH MENAMPILKAN SATU GABUNGAN YANG MANTAP UNTUK UMNO LEMBAH PANTAI BEKERJA DAN MENARIK KEMBALI SOKONGAN WARGA LEMBAH PANTAI KEPADA UMNO.DENGAN KEBANYAKKANNYA BERUMUR DI BAWAH 50 TAHUN,IA DAPAT MEMBERI SATU SEMANGAT BARU KEPADA YM DATO' RAJA NONG CHIK SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN.
HAMPIR KESELURUHAN KEPIMPINAN LAMA TELAH DITUKAR.TIMBALAN KETUA BAHAGIAN SEKARANG IALAH SDR IR MOHD IKHSAN SAMSUDIN.BELIAU MERUPAKAN EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.NAIB KETUA BAHAGIAN PULA IALAH SDR MOHD AZUZ DATUK HJ ABDUL RAZAK.BAGI PERGERAKAN PEMUDA DAN PUTERI MASING-MASING MENDAPAT KETUA YANG BARU.PEMUDA DIPIMPIN BEKAS SETIUSAHA BAHAGIAN SDR M SAZALI KAMILAN DAN PUTERI PULA PUAN NOR ASYIKIN JAAFAR.
CUMA KEPIMPINAN WANITA SAHAJA YANG MASIH BELUM BERTUKAR WALAU KEPIMPINAN BAHAGIAN SERING BERTUKAR GANTI.
MUNGKIN DATUK SHARIFAH AMINAH MASIH BELUM TEMUI SIAPA YANG LAYAK UNTUK MNGANTI TEMPAT BELIAU DI LEMBAH PANTAI.ATAU KEMUNGKINAN JUGA BELIAU ADA PERANCANGANNYA SENDIRI.
DIHARAP KEPIMPINAN YANG BARU INI AKAN DAPAT MEMBERI NAFAS BARU PADA UMNO LEMBAH PANTAI SERTA MERAPATKAN KEMBALI UMNO BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT DAN PARTI KOMPONEN YANG LAIN.
PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKUKAN JUGA HARUS MELIBATKAN SEMUA PIHAK.
JANGAN KITA HANYA DUDUK DIDALAM KELOMPOK UMNO SEMATA-MATA.KITA HARUS MENCARI JALAN BAGAIMANA KITA INGIN MENARIK KEMBALI SOKONGAN PENGUNDI-PENGUNDI KEPADA UMNO DAN BN.KEPIMPINAN YANG ADA KINI MESTI BEKERJA UNTUK PRU 13.IA HARUS MENJADI HALA TUJU UTAMA.SEGALA PERANCANGAN DAN GERAK KERJA PRU YG AKAN DATANG HARUS BERMULA DARI SEKARANG.KITA KENA MENGAMBIL IKTIBAR DARI APA YANG BERLAKU PADA PRU 12 YANG LALU.
RAMAI DI KALANGAN KITA YANG LEKA.MASING-MASING MEMIKIRKAN YANG KITA KUAT SAMPAIKAN KITA TIDAK SEDAR YANG PEMBANGKANG BERJAYA MENYUSUP MASUK MENARIK SOKONGAN PENGUNDI-PENGUNDI DAN YANG LEBIH PARAH LAGI KEBANYAKKANNYA ADALAH PENGUNDI-PENGUNDI MUDA.
SEMOGA DENGAN GABUNGAN YANG DIANGGAP TERBAIK DARI KEPIMPINAN-KEPIMPINAN SEBELUM INI IA DIHARAP DAPAT MENGUATKAN KEMBALI UMNO LEMBAH PANTAI UNTUK MENGHADAPI CABARAN YANG LEBIH MENCABAR SELEPAS INI.

Friday, November 14, 2008

PEMUDA LEMBAH PANTAI MENUJU ERA BARU DI BAWAH KEPIMPINAN M. SAZALI KAMILAN.

PEMUDA LEMBAH PANTAI TELAH MENUJU KE SATU ERA BARU APABILA KEPIMPINAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELAH DI TERAJUI OLEH SDR M. SAZALI KAMILAN.BELIAU TELAH MEMENANGI JAWATAN TERSEBUT DENGAN TANPA BERTANDING.
INI CUKUP UNTUK MEMBUKTIKAN YANG BELIAU DITERIMA OLEH HAMPIR KE SEMUA PERGERAKAN PEMUDA CAWANGAN SERTA AHLI-AHLI UMNO AKAR UMBI DI LEMBAH PANTAI.

DENGAN SOKONGAN DITERIMA, IA AKAN MEMUDAHKAN BELIAU SERTA JAWATAKUASA BELIAU UNTUK MERANCANG DAN MENTERJEMAHKAN SEGALA BENTUK PROGRAM YANG TELAH DAN AKAN DIFIKIRKAN BAIK BAGI GOLONGAN-GOLONGAN MUDA.INI PERLU DI LAKUKAN KERANA SEPERTI YANG DI KETAHUI PARLIMEN LEMBAH PANTAI TELAH DIMENANGI PARTI PKR SEMASA PRU12 YANG LALU.DAN HAKIKATNYA KITA KALAH DI SALURAN PENGUNDI-PENGUNDI MUDA DI BAWAH 40 TAHUN.SELAIN ITU SEPERTI YANG DI KETAHUI BELIAU JUGA INGIN MENYATUKAN KEMBALI PEMUDA-PEMUDA CAWANGAN YANG SEBELUM INI BERPUAK-PUAK DI ANTARA SATU SAMA LAIN.

DALAM MASA YANG SAMA PERUBAHAN HARUS DI LAKUKAN DENGAN MENCARI DAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN YANG MENJADI PUNCA KEKALAHAN UMNO DI LEMBAH PANTAI.OLEH ITU PEMUDA HARUS MEMULAKAN DAHULU.DAN IA MENJADI SATU TANGUNGJAWB YANG BESAR BAGI SAZALI SERTA BARISAN JAWATANKUASANYA UNTUK MENARIK KEMBALI KEYAKINAN MASYARAKAT LEMBAH PANTAI SERTA GOLONGAN MUDA SECARA AMNYA PADA UMNO.

BAGI SKOP PERGERAKAN PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI,BANYAK PENJENAMAAN YANG HARUS DI LAKUKAN DEMI UNTUK MENAIKKAN KEMBALI NAMA PEMUDA LEMBAH PANTAI DI MATA PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEMUDA UMNO PUSAT.TELAH LAMA PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI DI TENGGELAMI OLEH PEMUDA-PEMUDA BAHAGIAN YANG LAIN.SEDANGKAN PADA SATU KETIKA DAHULU KETUA PEMUDA SERTA NAIB KETUA PEMUDA WILAYAH PERSEKUTUAN PERNAH DATANG DARI KEPIMPINAN PEMUDA LEMBAH PANTAI.

KINI ADALAH MASA YANG PALING SESUAI UNTUK SAZALI MENJENAMAKAN SEMULA PEMUDA LEMBAH PANTAI MENGIKUT ACUANNYA.RAMAI PEMUDA-PEMUDA YANG YAKIN DENGAN KEMAMPUAN BELIAU UNTUK MENAIKKAN KEMBALI PEMUDA LEMBAH PANTAI KE SATU TAHAP YANG TINGGI.DIHARAP BELIAU AKAN MENDAPAT SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG TIDAK BERBELAH BAGI DARI JAWATANKUASANYA SERTA PEMUDA-PEMUDA CAWANGAN DI LEMBAH PANTAI.

KETUA PEMUDA:
HJ M. SAZALI KAMILAN

NAIB KETUA PEMUDA:
ZAILANI ABU BAKAR

AHLI JAWATANKUASA:
1. ABDUL SHAHREN ABDUL LATIF
2. MOHD ASHRAF ABD QADIR
3. SYED AZLEERUDDIN SYED AZIZUDDIN
4. ABD LATIF MD SAID
5. KHAIRUL ANUAR ZAMBURI
6. FAZIR EDERIS
7. HUSAINI KHALIT
8. ZULKIFLY YUNUS
9. LIZAM SAID
10. ADZLIDSHAREN HJ ADAM
11. LOKMAN HAKIM MAT TASI
12. MOHD ADIEF KHAIRUDDIN
13. AMINUDDIN MOHD NOR
14. KAMARULZAMAN YAAKOB
15. AZLISHAM ABU HASSAN SHAARI

Wednesday, November 12, 2008

KEPUTUSAN PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI



  • KETUA UMNO BAHAGIAN :
YM DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO' RAJA ZAINAL ABDIN 174 UNDI
YUSRI BIN AHMAD 91 UNDI

  • TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN :
MOHD IKHSAN BIN SAMSUDIN 138 UNDI
ADNAN BIN HJ MUDZI 121 UNDI

  • NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN :
MOHD AZUZ BIN DATUK HJ ABDUL RAZAK 154 UNDI
HJ SHAHRUL AZHAR BIN HJ ISMAIL 110 UNDI

Thursday, October 23, 2008

MINGGU PENENTUAN BAGI MEREKA YANG BERTANDING

Persidangan UMNO bahagian-bahagian akan masuk minggu ketiga esok (Jumaat). Ia akan diadakan dalam suasana pelbagai pandangan dilontar terhadap perjalanan mesyuarat yang berlangsung ketika ini.
Perebutan jawatan dalam mesyuarat-mesyuarat UMNO kali ini dikatakan lebih hebat berbanding penggal-penggal sebelumnya. Walaupun Umno sedang berhadapan dengan kedudukan yang goyah berikutan keputusan pilihan raya umum lalu namun di kalangan segelintir pemimpin cahaya keinsafan masih belum wujud di kalangan mereka.Masing-masing ingin berebut jawatan.Kononnya ingin memulihkan parti.Tapi tanpa sedar ia membantutkan usaha untuk memulihkan parti.Ini kerana apabila berlaku pertandingan pelbagai usaha baik yang elok atau tak elok yang digunakan.Ia menyebabkan ada pihak yang tak puas hati.Bertandinglah secara bersih dan berhemah.Selepas pertandingan janganlah bermusuh.
Walau apapun, mesyuarat yang bakal berlangsung sudah pasti dinanti-nanti oleh calon yang bertanding,ahli-ahli Umno dan di kalangan pemerhati politik.Saya lebih fokuskan untuk pemilihan jatawatan Ketua Pemuda.Ini kerana calon yang bertanding adalah calon yang hebat-hebat belaka.Ibarat kata seorang Ketua Pemuda yang saya temui,beliau menggelarkan mereka ini,seorang hartawan,seorang bangsawan dan yang seorang lagi pahlawan.Jadi pilihlah mana yang terbaik untuk memimpin Pemuda.

Mesyuarat minggu ini dijangka akan menyaksikan Naib Ketua Pemuda Sdr Khairy Jamaluddin melayakkan diri untuk bertarung bersama-sama Datuk Mukhriz Mahathir di pusingan terakhir. Khairy kini hanya memerlukan dua pencalonan sahaja lagi untuk layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno..
Manakala bagi Datuk Seri Mohd Khir Toyo pula mungkin terpaksa menanti sehingga minggu depan untuk memastikan pencalonan beliau cukup untuk sama-sama bertanding.
Tetapi apa yang pasti tiada siapa diantara ketiga-tiga calon boleh mengatakan mereka kuat.Masing-masing harus bekerja-keras untuk meyakinkan para perwakilan yang akan bersidang.Buat mereka-meraka yang akan bersidang minggu ini,berilah pencalonan pada mereka yang benar-benar layak.Elakkan dari politik wang. Tetapi apa yang pasti tiada siapa pun diantara kita yang boleh memberi jaminan bahawa budaya berkenaan akan berakhir.

Monday, October 20, 2008

MEREKA TAKUT SUARA ORANG DAH PENCEN RUPANYA


HAIRAN..DULU SEMASA TUN DR MAHATHIR BERSUARA DI DALAM UMNO RAMAI PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG KAKI BODEK SURUH BELIAU DIAM DAN KELUAR DARI UMNO.ADA YANG CAKAP BELIAU DAH PENCEN.HARUS BEREHAT.TAPI SEKARANG APABILA BELIAU BERSUARA DAN BERI PENDAPAT DARI LUAR UMNO MEREKA-MEREKA NI SEMUA MARAH JUGA.JADI DI MANA TEMPAT YANG BELIAU BOLEH BERSUARA.AKU RASA MEREKA-MEREKA NI SEMUA BARU SEDAR YANG SUARA TUN DI DENGARI OLEH AKAR UMBI UMNO.SUARA ORANG PENCEN YANG TELAH MENGGEGAR POLITIK NEGARA.

PAK LAH EMOSIONAL

SIAPA PAK LAH INGIN MENGHALANG TUN DR MAHATHIR PADA BERCAKAP WALAUPUN TUN BUKAN DI DALAM UMNO.
MEMANG TIDAK DI NAFIKAN TUN KINI DI LUAR UMNO, AKAN TETAPI HARUS DI INGAT,DI HATI KECIL TUN BELIAU MASIH LAGI BERSAMA UMNO.KENAPA DULU PAK LAH TAK AKUI SUARA DAN PANDANGAN TUN.BUKANNYA TUN BERCAKAP BARU SEHARI DUA.DARI TAHUN 2005 LAGI TUN DAH MEMBERI PANDANGAN.TAPI SEMUA PAK LAH TAK ENDAHKAN.JANGAN INGAT SELAMA-LAMANYA KITA KUAT DAN BERKUASA.WALAU TUN DI LUAR UMNO TAPI MASIH RAMAI BERSAMA BELIAU.TAK PERLULAH KITA JADI KACANG LUPAKAN KULIT.JASA TUN SELAMA 22 TAHUN TAK KAN DAPAT DI BALAS DENGAN WANG RINGGIT.
KENAPA PAK LAH HARUS SALAHKAN TUN JIKA UMNO BERPECAH. PERPECAHAN DI DALAM UMNO BERLAKU KERANA PAK LAH SENDIRI.
PAK LAH JANGANLAH TERLALU EMOSIONAL.APA YANG SAYA NAMPAK IALAH SEMASA PEMERINTAHAN PAKLAH, PAKLAH TELAH MENGUSIR KELUAR SEMUA PARA PEMIMPIN YANG RAPAT DGN TUN.KINI TIBA GILIRAN PAK LAH PULA .SAYA RASA PAK LAH TAKUT MENANTU & KRONI2 BELIAU TIDAK BOLEH BERTAPAK LAGI DIDALAM UMNO DAN KERAJAAN.DAN MUNGKIN JUGA PAK LAH TAKUT APA YANG BELIAU TELAH LAKUKAN PADA TUN AKAN BERLAKU PULA PADA BELIAU SELEPAS INI.
TUN SEKADAR MENULIS DI DALAM BLOG DAN DALAM PROGRAM-PROGRAM TERTUTUP.TAPI PAK LAH SIAP PANGGIL MEDIA UNTUK MENYERANG TUN DAN TSMY.INI MENUNJUKKAN YANG PAK LAH DALAM KEADAAN TERDESAK UNTUK MEMPASTIKAN KEMENANGAN PENGIKUT-PENGIKUT BELIAU.
DALAM SOAL TSMY,SAYA RASA BELIAU TIDAK MUNGKIR JANJI.SUARA YANG BELIAU BAWA ADALAH SUARA AHLI UMNO AKAR UMBI.ADAKAH PAK LAH RISAU JIKA PEMILIHAN UMNO KEMBALI PADA TARIKH ASAL YANG BELIAU TERPAKSA SERAHKAN JAWATAN PADA DSN LEBIH AWAL.BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA.TAK PERLU UNTUK EMOSIONAL DAN TUNJUKKAN KAMARAHAN DI SAAT AHLI UMNO AKAR UMBI DAN RAKYAT MULA MEMAAFKAN ANDA.

Wednesday, October 8, 2008

TERIMA KASIH PAK LAH

JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PRESIDEN UMNO KERANA AKHIRNYA MENDENGAR SUARA AHLI UMNO AKAR UMBI SUPAYA BELIAU MEMPERCEPATKAN PERALIHAN KUASA SERTA TIDAK MEMPERTAHANKAN JAWATAN PRESIDEN UMNO SEMASA PEMILIHAN NANTI.KEPENTINGAN PARTI HARUS DI UTAMAKAN DARI KEPENTINGAN PERIBADI.DIHARAP TIADA AGENDA TERSEMBUNYI DI ATAS APA YANG BERLAKU.BUAT RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEGALA DESAKAN DAN KRITIKAN KITA SELAMA INI TIDAK SIA-SIA.TAPI HARUS DI INGAT!!KJ JUGA HARUS KITA TOLAK DARI KEPIMPINAN UMNO.KERANA BELIAULAH IMEJ MR CLEAN PAK LAH ROSAK.AYUH,PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI.

Monday, October 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA..


SALAM AIDILFITRI BUAT RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN.MAAF DIPINTA ANDAI TERSILAP KATA DAN TERKASAR BAHASA.. (DARI KHAIRUL,YAZLEEN & KHALEEF)

Tuesday, September 23, 2008

SETUASI PEMILIHAN UMNO.

Kini mesyuarat Umno cawangan-cawangan telah pun selesai.Bermacam-macam perkara timbul.Ada yang tak cukum korum dan ada pula ketua cawangan yang sengaja melengah-lengahkan mesyuarat kerana takut untuk menerima kekalahan.Akibatnya banyak cawangan-cawangan yang tergantung statusnya.Maklumlah persidangan tahun ini adalah untuk memilih kepimpinan baru tidak kira di peringkat cawangan,bahagian dan juga nasional.Masing-masing mempunyai kepentingan.Di harap perkara ini tak berjangkit ke Presiden Umno yang sedang tertekan dengan isu peralihan kuasa.Manalah tahu demi untuk menyelamatkan jawatannya sekarang dan menambah kekuatan yang ada beliau pula menunda perhimpunan agung Umno pada bulan disember kelak.Ini semua tidak mustahil untuk berlaku.Dalam setuasi pemuda pula berlaku pertandingan 4 ke 5 pejuru dalam jawatan ketua pergerakan pemuda Umno Malaysia.Masing-masing bersemangat untuk bertanding.Bertandinglah secara bersih.Jangan mandikan perwakilan dengan wang ringgit.Walaupun di akui semua itu penting tapi cukup sekadar ia sebagai pemberian ikhlas.Biarlah perwakilan-perwakilan menilai mana yang terbaik untuk menerajui kepimpinan pemuda itu nanti.Seperti nama blog aku iaitu suaraperubahan sudah semestinya aku memilih Dato' Mukhriz yang senada dalam perjuangan dengan slogannya berani berubah.Kepada calon-calon lain seperti Dato Seri Khir Toyo dan Datuk Zahidi yang sama keazamannya ingin membuat perubahan lebih molek andai kalian semua berganding bahu bersama Dato' Mukhriz untuk melawan Sdr Khairy.Biarkan pertandingan menjadi 1 lawan 1.Dato Seri Khir Toyo boleh bertanding Naib Presiden dan Datuk Zahidi bertanding MT.Jangan kita pecahkan undi dari kita yang inginkan perubahan.Buat rakan-rakan pemuda Umno dan perwakilan yang akan terpilih nanti sekadar untuk aku mengingatkan andai yang di pilih itu kekayaan dalam politik pilihlah Sdr Khairy tapi jika kita semua sayangkan bangsa serta pergerakan pemuda umno itu sendiri seharusnya kita memilih Dato' Mukhriz.Fikir-fikirkanlah.Salam

Wednesday, September 17, 2008

PENGUMUMAN YANG DI NANTI,HARAP DAPAT DIPERCEPAT.

Nampaknya setuasi yang berlaku sekarang telah menunjukkan akan berlaku pertukaran kepimpinan negara dan umno dalam masa terdekat ini.Ia di lihat satu keputusan yang tepat telah di lakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi menjaga kestabilan ekonomi Negara dan keutuhan parti.Kita ketepikan soal Pakatan Rakyat yang ingin berkuasa melalui jalan belakang.Perkuatkan Umno dan Bn.Parti-parti dalam komponen juga harus berubah.Jangan sekadar mengharap Umno sahaja yang berubah.Tak perlu untuk minta yang bukan-bukan.Bersama kita berganding bahu untuk menarik kembali keyakinan rakyat yang telah hilang sebelum ini.Kemasukan kembali Tun Mahathir ke dalam Umno juga akan memberi demensi dan semangat baru kepada Umno dan Bn.Tun adalah seorang Negarawan,beliau d kagumi di seluruh dunia.Kita gunakan pengalaman yang beliau ada untuk menarik pelabur-pelabur luar datang kembali ke Negara kita.Pak Lah juga tidak harus malu untuk minta nasihat Tun.Buangkan ego demi kesejahteraan Negara dan parti.Kepada Datuk Seri Najib buktikan yang anda berkemampuan untuk memulihkan keadaan.Diharap apa yang berlaku sekarang akan berterusan dan sebaik-baiknya peralihan kuasa harus berlaku sebelum pemilihan Umno untuk mengelakkan pertandingan jawatan tertinggi serta bagi membolehkan Datuk Seri Najib memilih Timbalan beliau dengan lebih awal untuk memudahkan kerja beliau selepas ini.

Saturday, September 13, 2008

Sanusi perjelas punca Tun Mahathir mahu kembali ke Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat menyertai semula Umno kerana mahu mengukuhkan kembali parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang kini dilihat semakin parah tetapi bertegas mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.
Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir dalam perjumpaannya bersama Tengku Razaleigh Hamzah; Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik; Pemangku Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang; veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan beliau sendiri, Sabtu lalu.

“Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin mencadangkan supaya Tun kembali semula ke dalam Umno kerana hanya dengan cara itu, Tun dapat menyuarakan pandangannya kepada Umno.
“Sekarang ini, orang Umno nak panggil kita pun serba salah kerana kita bukan ahli Umno.
“Tun kata beliau sanggup pertimbangkan... yang lain terpulang kepadanya. Beliau belum buat permohonan dan belum umum bila beliau nak masuk (semula Umno) serta cawangan mana dan bahagian mana (mahu menjadi ahli),” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Sanusi berkata, walaupun Dr. Mahathir sebelum ini meletakkan syarat yang beliau akan kembali semula kepada Umno hanya apabila Abdullah berundur, tetapi apabila melihatkan parti itu menjadi bertambah teruk, beliau mempertimbangkan keputusan itu.
“Kita fikir tentang penyerahan (kuasa daripada Abdullah kepada Najib) pada 2010... nak menghadapi pilihan raya berikutnya cuma ada lebih dua tahun sahaja.
“Jadi dalam keadaan Umno dan BN yang semakin parah dan keyakinan rakyat yang semakin terhakis, sempatkah kita nak menang pada pilihan raya tahun 2013... kalau (2010) baru nak serah kuasa, kita hendak jamin kekalahan Umno pada 2013.
“Kita tidak boleh kata andaian itu melampau kerana terbukti pada 2008 kita dah punah,” katanya.
Sanusi berkata, kedudukan Umno dan BN semakin parah apabila teguran dibuat terhadapi Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berikutan kenyataannya menyentuh sensitiviti kaum Cina pada kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.
“Patutnya ada satu jawatankuasa menyelidik seperti polis atau paling tidak pun Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat).. ini tiba-tiba beliau digantung (keahlian) begitu sahaja dan kita nak tahu apakah masalah ini selesai dengan penggantungan itu.
"Ini menjadi lebih parah...orang Umno ada yang marah, orang bukan Umno nak barangkali beliau (Ahmad) dihukum lebih teruk. Jadi makin tidak puas hati (di kalangan ahli) dan kita kena cari jalan," katanya.
Sanusi berkata, Dr. Mahathir tetap bertegas mahukan Abdullah berundur atas alasan beliau yang dikatakan menjadi punca kepada krisis dalam Umno dan BN.
“Ini katanya ada banyak perkara yang hendak dilakukan kepada Umno (merujuk akhbar hari ini) sampai orang tegur pun marah.
“Kenapa marah-marah Muhyiddin... beliau tidak boleh cakap apa-apa dah. Beliau (Abdullah) kecam Muhyiddin kerana menegur keputusan Kabinet sedangkan beliau hanya mengeluarkan pandangan melihat kepada keadaan,” katanya.
Sanusi, bekas Menteri Besar Kedah dan anggota Kabinet persekutuan berkata, tindakan Dr. Mahathir menyokong Tengku Razaleigh disebabkan hanya beliau seorang sahaja yang mahu bertanding jawatan Presiden Umno.
Ketika ditanya sama ada beliau akan turut menjejaki langkah Dr. Mahathir menyertai semula Umno, Sanusi menyifatkan beliau hanyalah 'orang kecil' dan enggan mengulas lanjut.
Sanusi berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan tentang masalah Umno termasuk kekalahan BN pada pilihan raya umum yang lalu.
“Kita menang dengan majoriti besar pada pilihan raya 2004 tapi pada 2008, tidak patut kita kalah.
“Kemudian Tun memikirkan akan berlaku perubahan yang baik dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi lagi teruk. Itu bermakna masih tiada perubahan sedangkan di Permatang Pauh, jentera parti seluruh negara telah bekerja dan dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Thursday, September 11, 2008

SEJARAH AWAL BANGSA BUGIS.

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,Sarawak
Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di
Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.
Di Sabah Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.
Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.
Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.
Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.
Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.

Bagi Tanah Melayu pula Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di
Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Wednesday, September 10, 2008

KEMBALINYA TUN KE DALAM UMNO




Terharu mendengar berita yang Ayahanda Tun akan kembali ke dalam Umno.Usaha yang tidak sia-sia telah di lakukan oleh beberapa pemimpin umno terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin.Diharap Umno dapat menerima Tun kembali demi untuk mengukuhkan Umno serta Barisan Nasional.Pemimpin-pemimpin dalam Umno hari ini pun nampaknya ramai yang telah mengakui pandangan dan nasihat Tun seperti Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib serta pemimpin-pemimpin dari Sabah,Pahang serta Kedah.Untuk kebaikan parti sebaik-baiknya lantiklah Tun sebagai Penasihat Umno,Bn serta Kerajaan.Banyak yang boleh dipelajari dari Tun dan banyak yang Tun boleh bantu dari segi merapatkan kembali hubungan kaum serta menarik pelabur-pelabur luar ke malaysia.Kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundurlah secepat mungkin.Beri ruang pada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memulihkan parti.Mereka adalah gandingan terbaik buat waktu ni.

Tuesday, September 9, 2008

BERANI BERUBAH!!!



BERANI BERUBAH!!!
Ringkasan Ucapan Pengumuman YB Dato' Mukhriz Mahathir
6 September 2008,bersamaan 6 Ramadhan 1429.
Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.


Krisis Kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina Kerajaan dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri. Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan UMNO yang sebenar, yakni perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita. Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan UMNO. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.
Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan. Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa UMNO akan membetulkan dirinya sendiri. Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli UMNO, maka jangan terkejut jikalau hayat UMNO berakhir.
Kita harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.
Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan UMNO. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula UMNO. Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.
Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sekian. Terima kasih.
Dato' Mukhriz Mahathir
(Calon Ketua Pemuda Umno)
-Saya berharap agar Dato' Mukhriz akan menang pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno nanti..Buatlah satu pembaharuan, dekatkan diri dan ajak anak-anak muda buka minda mereka untuk selamatkan parti dan hak-hak orang orang melayu.. Sekarang ni generasi muda mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang gila kuasa..Carilah pendekatan yang terbaik insyaAllah.Saya tidak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan perjuangan Dato dan selamatkan tanahair kita.

Thursday, September 4, 2008

MAAF!MAAF!!MAAF!!!..SAMPAI BILA??


Kenapa hari ini kita bangsa melayu perlu minta maaf bila berkata benar.Sejarah telah membuktikan hanya bangsa melayu sahaja yg memperjuangkan dan mempertahankan bumi ini.Mati kerana bumi ini.Terseksa kerana mempertahankan bumi ini.Lupakah kita pada sejarah.Bukan kita menolak terus sumbangan bangsa lain,tapi mereka harus ingat,mereka hidup senang sekarang pun disebabkan kita bangsa melayu terlalu bermurah hati .Kita telah beri peluang yang cukup terbuka pada mereka.Kita tak kacau pun ekonomi mereka.Bahkan kita beri peluang seluas-luasnya tanpa ada rasa dengki.Salahkah kita untuk pertahankan nasib bangsa kita?Salahkah kita untuk mengingatkan mereka bangsa lain bahawa jangan mereka sentuh tentang bangsa dan agama kita.
Sepatutnya mereka yang harus membuktikan kesetiaan pada kita.Mana undi-undi bangsa mereka pada PRU yg lalu.dan yang terbaru Pilihanraya kecil Permatang Pauh.Kita BN tak mungkin kalah andai mereka bangsa lain setia bersama kita.Kenapa dulu semasa PRU 10 orang melayu berpecah di sebabkan Anwar Ibrahim mereka boleh sokong kita.Tapi kenapa tidak sekarang.Adakah kerana Perdana Menteri kita terlalu berlembut dengan mereka.Bagi je apa yang mereka tuntut.akhirnya sekali hak kita bangsa melayu yang tergadai.Buat pemimpin-pemimpin di atas sesekali berani la untuk kebenaran.Tak perlu untuk kita minta maaf.Jangan hanya berani pada bangsa sendiri.Bila mereka bersuara kita diam tapi bila kita bersuara kita yang perlu minta maaf.Akhirnya kita tetap melukut di tepi gantang di bumi sendiri..

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

Assalammualaikum.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Berpuasa” kepada semua rakan-rakan bloggers yang sudi singgah di blog ini khususnya dan juga kepada semua umat islam tak kira di mana sahaja berada.
Manfaatkan siang dan malam hari di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal ibadah umum dan khusus, semoga ia akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Jauhilah segala perkara yang boleh membatalkan pahala puasa dan jagalah segala pancaindera daripada melakukan maksiat. Berpuasalah dalam ertikata yang sebenarnya. Insyaallah dengan berpuasa ini Allah akan memberikan kesihatan yang sebaik-baiknya kepada kita.

Wednesday, August 27, 2008

BERUNDURLAH WAHAI PM KU.



BERUNDURLAH SECARA TERHORMAT.SUDAH TERBUKTI RAKYAT MENOLAK KEPIMPINAN ANDA YANG LEMAH.KEPENTINGAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA HARUS DI UTAMAKAN.PERCEPATKAN PERALIHAN KUASA YANG DI RANCANG.

Tuesday, August 26, 2008

Analisis Ringkas Parlimen Permatang Pauh.

Keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pauh telah menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim secara am bertambah kuat.Ini adalah isyarat bahawa tsunami politik yang berlaku semasa PRU 13 yang lalu masih belum dapat dipulihkan.Bahkan PKR dapt menambah lagi majoriti undi di Permatang Pauh dan undi yang BN dapat pula telah berkurangan.
Walaupun bermacam isu peribadi Anwar Ibrahim telah di bongkar tetapi ia tetap tidak di terima pengundi Permatang Pauh.Apa yang dapat dilihat cara berkempen BN banyak kesilapannya.Pemimpin-pemimpin kita banyak menyerang isu peribadi Anwar Ibrahim.Kita ambil contoh apa yang telah di timbulkan oleh Khairy,Ezam serta rakan-rakan lain.Banyak perkara-perkara peribadi yang di sentuh.Nasib baiklah calon kita tdak berkempen menyerang isu peribadi.Kalau tidak lagi kurang undi yang diperolehi.
Sepatutnya kita harus mengambil iktibar apa yang berlaku semasa PRU 13 yang lalu.Lagi satu kemungkinan mungkin ada ahli Umno di Permatang Pauh tidak mengundi BN.Ini kerana undi yang BN perolehi merosot dari PRU 13 yang lalu.Adakah ini Signal kepada PM kita sekarang.
Diharapkan Pak lah dapat memahaminya dan percepatkan peralihan kuasa.
Berilah ruang secukupnya kepada penganti beliau untuk untuk memulihkan parti.
Kami semua sayangkan Umno dan BN.Jangan sampai kita pula menjadi pembangkang.Bila berlaku sesuatu,segala-galanya sudah terlambat untuk kita bertindak..

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

10:15 pm Keputusan rasmi-BN 15524 undi PKR 31195 undi dan AKIM 92 undi.Dengan ini PKR menang dengan majoriti 15671 undi.

9:10 pm-Keputusan terbaru setakat ini PKR menang dengan majoriti 14551 undi.
8:55 pm-Berdasarkan keputusan terkini tidak rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, PKR telah mendapat 26646 undi,BN 10436 undi dan AKIM hanya mendapat 74 undi.Walaupun peratusan mengundi menurun tetapi majoriti yang PKR perolehi telah meningkat.Semasa PRU 13 yang lalu PKR menang dengan majoriti 13388 undi dan kini ia telah meningkat jadi 16210 undi.Pengiraan undi masih sedang berjalan sehingga kini.

PERMATANG PAUH.



SELEPAS 10 hari warga Permatang Pauh mendengar pelbagai janji, dakwaan dan tuduhan. Melihat pula bermacam kerenah petugas parti serta menyaksikan kehadiran begitu ramai orang luar ke daerah mereka, 58,459 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen itu akan membuat keputusan siapa yang akan menjadi wakil mereka ke Dewan Rakyat.

Untuk pengetahuan,keputusan kerusi Parlimen Permatang Pauh malam esok tidak banyak mengubah kedudukan di Dewan Rakyat.Andai PKR menang jumlah kerusinya tetap sama seperti sebelum ini.Tapi jika sebaliknya kerusi BN pula yang akan bertambah.

Cuma keputusan di Permatang Pauh ini juga akan menjadi kayu pengukur kepada kedua-dua pihak tidak kira BN atau Pakatan Rakyat mengenai kedudukan mereka selepas hampir enam bulan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu.Di pihak BN masing-masing berharap tsunami politik yang berlaku semasa PRU 12 yang lalu telah tamat.Buat PKR pula adakah isu peribadi Anwar akan menggugat sokongan pengundi pada PKR.

Di harap suasana pengundian esok dapat berjalan dengan lancar dan aman tanpa gangguan mana-mana pihak.Bagilah pengundi Permatang Pauh menunaikan tanggungjawab mereka secara tenang kerana mereka yang berhak untuk menentukan siapa yang mereka mahu.Buat petugas parti,jalankan tugas anda dengan berhemah.Janganlah menaikkan api kemarahan petugas parti-parti yang bertanding.Selamat mengundi..

Thursday, August 21, 2008

Merdeka!Merdeka!!Merdeka!!!

31 Ogos 1957




Selamat menyambut kemerdekan yang ke 51 kepada seluruh warga Malaysia.Semoga kemerdekaan yang di usahakan pejuang terdahulu terus kekal selamanya.Bersama kita pertahan dan jangan kita biarkan Negara kita kembali dijajah oleh anasir-anasir luar.

Tuesday, August 19, 2008

PEMILIHAN JAWATAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI.

TERKINI,PERTANDINGAN JAWATAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI TELAH DI MENANGI SDR HJ M SAZALI KAMILAN DENGAN TANPA BERTANDING.BELIAU TELAH MENDAPAT 41 PENCALONAN.SAINGAN BELIAU SDR HARUN ANNUAR MENDAPAT 3 PENCALONAN DAN SDR BAHIR ABU BAKAR HANYA MENDAPAT 1 PENCALONAN.MASIH ADA 3 PERGERAKAN PEMUDA CAWANGAN YANG BELUM BERSIDANG.KEMUNGKINAN MEREKA JUGA AKAN MENCALONKAN SDR HJ M SAZALI KAMILAN SEBAGAI KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI.UNTUK PENGETAHUAN,INI ADALAH SATU SEJARAH BARU DI BAHAGIAN LEMBAH PANTAI,JAWATAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO DI MENANGI TANPA BERTANDING.SEBELUM INI SETIAP KALI MUSIM PERTANDINGAN JAWATAN TERSEBUT MESTI DI MENANGI BERTANDING 2 PENJURU ATAU 3 PENJURU.KINI SDR HJ M SAZALI KAMILAN HANYA PERLU MENUNGGU PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA BAHAGIAN UNTUK BELIAU DI TABALKAN SECARA SAH SEBAGAI KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI BAGI PENGGAL 2008-2011 DI HARAP BELIAU DAPAT MENAIKKAN IMEJ PERGERAKAN PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI YANG SEBELUM INI LESU KE SATU TAHAP YANG BARU DAN SEGAR SERTA DI PANDANG DI PERINGKAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO PUSAT.
Terkini.
Jawatan Naib Ketua Pemuda:Zailani Hj Abu Bakar 40 Pencalonan
Zulkifli Zainal Abidin 5 Pencalonan
Harun Annuar 1 Pencalonan

Thursday, August 14, 2008

KETUANAN MELAYU DAN AGAMA ISLAM HARUS DI PERTAHANKAN.

Sejak kebelakangan ini sedikit demi sedikit hak istimewa orang Melayu dihakis manakala kedudukan Agama Islam juga semakin tergugat.Antara yang ketara hak orang
Melayu terhakis termasuklah keputusan kerajaan memberikan 45 peratus biasiswa
pengajian luar negara oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) kepada bukan Melayu berbanding 10 peratus sebelum ini.
Ia bertentangan dengan kandungan Perlembagaan Negara yang menetapkan biasiswa adalah hanya untuk orang melayu.Ini semua disebabkan sikap keterbukaan yang tidak kena pada tempat oleh Perdana Menteri kita sehingga Dasar Ekonomi baru (DEB) pun sering dipertikaikan oleh bangsa lain.
Begitu juga halnya dengan Majlis Peguam.Mereka telah berani mempertikai dan membincangkan tentang Agama Islam dengan secara terbuka.Sedangkan telah termaktub dalam Perlembagaan yang Agama Islam adalah Agama Persekutuan.Mereka berani mengadakan forum secara terbuka.Perkara sebegini akan mengguris dan boleh menaikkan api kemarahan pada Umat Islam dan bangsa Melayu.
Apa yang mereka lakukan ini adalah bertentangan Perlembagaan Negara.
Janganlah di sebabkan Perdana Menteri kita yang lemah kita boleh sesuka hati dipijak oleh bangsa lain.Jangan sampai kita bangsa melayu merempat di bumi sendiri.Malah sejarah telah tertulis nama asal tanah air kita ini adalah Persekutuan Tanah Melayu.
Oleh itu marilah kita bersama-sama pertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,hak orang Melayu serta Agama Islam demi masa depan bangsa Melayu dibumi sendiri.
Di harap juga Perdana Menteri kita yg terlalu terbuka cepat-cepat la mengundurkan diri.2010 terlalu lama untuk di nanti.

Wednesday, August 6, 2008

ABDULLAH, NAJIB DIDAKWA 'SALAH GUNA KUASA'

Antara 50 hingga 60 ketua cawangan Umno di bahagian Petaling Jaya Selatan sedia tampil memberikan keterangan berhubung dakwaan presiden parti itu dan timbalannya "menyalahgunakan kuasa" awal bulan lalu.Ketua bahagian berkenaan Datuk Abu Zahar Hashim mendakwa pengumuman peralihan kuasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak di depan semua pemimpin Umno "memberi kesan yang menguntungkan" dua pemimpin tertinggi itu.Ucapan itu dibuat di depan ketua bahagian, cawangan dan tiga sayap Umno dari seluruh negara di ibu pejabat parti itu 10 Julai lalu.Di majlis tersebut, Abdullah menyatakan kesediaannya menyerahkan tugasnya kepada Najib pada pertengahan 2010.Abu Zahar Hashim berkata pemimpin-pemimpin di bahagiannya sanggup menjadi saksi berhubung dakwaannya jika ada siasatan pada bila-bila masa."Sebenarnya 103 ketua cawangan Umno dalam bahagia Petaling Jaya Selatan menghadiri taklimat tersebut termasuk saya sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Beliau diminta mengesahkan suratnya bertarikh 11hb Julai lalu yang dihantar kepada kepada setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Berdasarkan surat terbuka itu yang kini beredar luas di internet, bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).Laporan tersebut dibuat oleh Mazlan di pejabat BPR Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi.Dalam suratnya, Zahar berkata, tawaran jawatan Abdullah kepada timbalannya dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang merupakan sejenis "rasuah politik peringkat tertinggi.""Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.Terdahulu dari pertemuan itu, kata Zahar lagi, Abdullah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008."Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan."Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya dalam surat tersebut.Sementara itu, seorang pemimpin Umno berkata, tindakan melaporkan kepada BPR itu dibuat setelah Lembaga Displin Umno tidak mengambil sebarang tindakan termasuk menyiasat dakwaan tersebut.Seorang pemimpin akar umbi Umno dari Muar, Datuk Kadar Ninam Shah yang hadir sama di BPR berkata, jika BPR masih tidak mengambil tindakan sepatutnya dalam tempoh tertentu, tindakan susulan akan dibuat."Bagaimanapun, saya tidak menjangka BPR akan menyiasat perdana menteri atau timbalan perdana menteri," katanya.

Thursday, July 10, 2008

PEREBUTAN TIGA PENJURU DI LEMBAH PANTAI.

Di jangka berlaku pertandingan tiga penjuru untuk jawatan ketua umno bahagian lembah pantai dalam pemilihan bahagian yang akan datang.Ini di sebabkan jawatan tersebut kosong kerana ketua bahagian yang menang semasa pemilihan yang lalu telah di kenakan tindakan disiplin oleh lembaga disipln parti dan ianya kini di pangku oleh timbalan ketua umno bahagian Sdr Yusri Ahmad.

Mereka-mereka yang di jangka akan menawarkan diri untuk bertanding adalah pemangku ketua umno bahagian Sdr Yusri Ahmad.Ia kemungkinan besar akan di cabar oleh mantan ketua umno bahagian yang lalu YM Dato Raja Nong Chik serta seorang ahli umno yang tiba-tiba muncul di lembah pantai sejak selepas pilihanraya lalu yang di kenali sebagai Hj Zahran.Bagi ahli-ahli umno di lembah pantai mereka rata-rata sudah mengenali YM Dato Raja Nong Chik serta Sdr Yusri Ahmad sejak awal 90 an lagi.Mereka berdua telah bergiat aktif dalam umno bahagian lembah pantai sejak di zaman pemuda lagi dan telah mengharungi susah senang dan selok belok dalam senario politik lembah pantai.Manakala seorang lagi calon hanya baru muncul dan hanya di kenali di kalangan mereka yang betul-betul aktif di peringkat bahagian.

Diantara ketiga-tiga calon tersebut,mantan ketua bahagian yang lalu dilihat berpeluang cerah untuk memenanginya.Bagi jawatan timbalan ketua umno bahagian dijangka akan ada pertandingan empat penjuru.Mereka yang berkemungkinan akan menawarkan diri adalah Sdr ir Ikhsan Samsudin exco perg pemuda umno malaysia,Sdr Haji Rahmat,Sdr Adnan Mudzi dan yang terbaru Sdr Zakaria Othman.Manakala bagi jawatan naib ketua umno bahagian ia akan melibatkan pertandingan dua penjuru di antara Sdr Azuz dan Tuan Haji Shahrul yang kedua-duanya adalah Ahli Jawatankuasa umno bahagian lembah pantai.

Di harap ahli-ahli dapat menilai dan memilih calon yang terbaik untuk menerajui umno bahagian lembah pantai demi untuk membela nasib ahli-ahli umno yang mana kininya ahli parlimen adalah dari pembangkang iaitu pkr.
Salam Suaraperubahan..

Terkini untuk pencalonan jawatan Ketua Bahagian: YM Dato Raja Nong Chik 16 pencalonan
Yusri Ahmad 11 Pencalonan
Hj Zahran Ibrahim 10 Pencalonan

Tuesday, July 8, 2008

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN..

Bermula 17 Julai hingga 24 Ogos 2008 seluruh cawangan Umno akan mengadakan persidangan cawangan masing-masing.Persidangan pada tahun ini semestinya menjadi tumpuan ahli Umno serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Ini disebabkan persidangan pada kali ini adalah medan untuk memilih kepimpinan baru dan peluang untuk ahli-ahli menyuarakan pendapat masing-masing tentang isu-isu semasa serta membincang permasalahan dalam Umno.Kepada ahli-ahli Umno yang layakuntuk menyertai persidangan,gunalah peluang yang ada ini dengan sewajarnya.Andai kepimpinan yang ada itu lemah,dari cawanganlah gerakan untuk perubahan harus bermula.Jangan kita hanya bercakap di kedai kopi tapi bila tiba masanya semua diam seribu bahasa.

Pada dasarnya kalau kita hendak menukar kepimpinan di atas kita harus mulakan di cawangan dan seterusnya ke peringkat bahagian.Kita pilihlah mereka-mereka yang boleh membawa suara akar umbi dan semestinya yang inginkan perubahan.Kita juga harus pastikan kepimpinan yang dipilih nanti adalah dikalangan yang berani menyuarakan kebenaran.Buangkan perasaan takut.Kita harus memastikan Umno terus relevan buat selamanya kerana ia adalah parti yang memperjuangkan agama,bangsa dan negara sejak sebelum merdeka lagi.Pemimpin yang lemah harus di tukar demi untuk memastikan Umno kembali kuat dan mendapat kembali keyakinan dari masyarakat yang beralih kepada PKR dan PAS semasa PRU12 yang lalu.

Berkenaan tataetika baru yang di umumkan baru-baru ini,pada saya ia terlalu membebankan ahli-ahli dan kepada mereka yang ingin bertanding itu sendiri.Janganlah sampai hendak menghadiri kenduri kahwin atau kematian pun dihalang.Mungkin kelonggaran telah diberi tapi kenapa sebelum keputusan dibuat ia tidak dibuat kajian terperinci.Sepatutnya yang dihapuskan adalah sistem koata.Ini kerana ia salah satu cara yang boleh mengurangkan lobi-melobi seterusnya isu politik wang.Kepada mereka-mereka yang selalu bercakap tentang politik wang,janganlah anda menunjukkan ego anda.Sekarang ini segala-galanya perlukan wang.Kita mengambil satu contoh,andai calon2 yang bertanding ingin membuat perjumpaan di Pahang dan tempatnya di Kuantan sedangkan perwakilan datang dari termeloh dan kawasan sekitarnya,tak kan la mereka hendak ke Kuantan dengan menaiki basikal.Sudah tentulah mereka menaiki kereta.Semestinya ia memerlukan kos yang tinggi.Kita anggaplah segala pemberian yang di beri itu sebagai satu sumbangan dari calon buat perwakilan di atas komitmen yang di beri.

Kepada mereka yang akan menjadi perwakilan tidak kira di peringkat cawangan,bahagian atau perhimpunan agung nanti jangan kita mudah di beli denagn wang ringgit.Yang kita harus pilih adalah mereka yang benar-benar layak menerajui parti.Akhir kata, selamat bersidang dari saya dan segalanya bermulanya di sini.Kepimpinan yang dipilih nanti adalah yang akan menentukan hala tuju umno.Janganlah kita melakukan kesilapan dan pilihlah yang terbaik demi servival Umno itu sendiri.

Sunday, June 22, 2008

PEMIMPIN MIC YANG TAK CERDIK...


Ramai rakan-rakan terkejut dengan reaksi Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Hindraf.
Sebagai pemimpin no 2 tertinggi di dalam MIC sepatutnya beliau perlu menunjukkan kematangan dan bukannya emosional sehingga kelihatan menghina negarawan yang telah banyak berjasa kepada Negara.

Harus di akui pandangan Tun Dr. Mahathir dikongsi oleh banyak pihak terutama mejoriti orang Melayu di akar umbi yang melihat Hindraf sebagai gerakan pelampau.Dalam soal keselamatan Negara kita tidak boleh bertolak ansur.Sebagai contoh kumpulan al-maunah,Tun telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengutamakan keselamatan Negara walaupun ia datang dari bangsanya sendiri.

Timbalan Presiden MIC sewajarnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.Andai anda ingin memperjuangkan nasib bangsa anda, perjuangkan dengan cara yang betul.Jangan di sebabkan MIC telah hilang sokongan akar umbi semasa PRU yang lepas anda sanggup menyokong perkara yang boleh menggugat keselamatan Negara.
Ingat lah bahawa melayu adalah tuan di bumi ini.Kita tidak pertikaikan hak bangsa lain dan bangsa lain harus tahu menghormati bangsa kita dan jangan minta lebih dari apa yang bangsa melayu dapat.

Akhirkata sebagai rakyat yang setia pada Negara tercinta, kita harus menolak sebarang usaha pelampau tidak kira dari apa bangsa sekali pun demi untuk memastikan kestabilan politik serta ekonomi negara kita terus kukuh dan rakyat dapat hidup dengan tenang dalam melalui kehidupan harian.

Wednesday, June 18, 2008

Presiden SAPP Bayangkan Wakil Campuran Bebas

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.

Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah "tidak popular" berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di semenanjung.

"Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya," katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung)," tambah beliau.

Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.

"Kita tunggu dan lihat," kata Yong, yang telah mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.

Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai "campuran wakil bebas".

"Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar anggota Parlimen dan ADUN , sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan ADUN Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan "sekumpulan wakil bebas" dalam masa beberapa hari saja.

-- BERNAMA

#Satu keputusan yang berani telah di lakukan walaupun bukan di kalangan Ahli Parlimen dari Umno.Mari kita bersama-sama berganding bahu untuk perbetulkan kepimpinan negara yang terbukti lemah dalam pentadbiran negara.Cuma yang di harapkan jangan sesekali kita masuk ke dalam parti pembangkang.Kita bertindak dengan cara kita.Apabila segalanya kembali pulih kita sama-sama perkukuhkan Umno dan BN.

SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah




KOTA KINABALU 18 Jun - Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Presidennya Datuk Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) lewat menyelesaikan semua isu-isu membabitkan Sabah.
SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Saturday, June 14, 2008

TUDUHAN BERTUJUAN MENUTUP MULUT SAYA, KATA TUN DR MAHATHIR


LANGKAWI, 14 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan semua dakwaan kononnya beliau "mengugut" hakim-hakim supaya menyebelahi kerajaan semasa beliau memimpin negara, bertujuan menutup mulutnya daripada terus bercakap.
Katanya walaupun faham dengan maksud dakwaan hakim-hakim itu, namun beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan terus menulis bagi menjawab semua pertuduhan itu dalam laman blognya.
"Ini dari satu sudut adalah cara mereka boleh menghentam saya kerana terus bercakap, tapi saya tidak akan berhenti. Saya akan terus menulis dalam blog saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa beliau melakukan lawatan peribadi di sini, Jumaat.
Dr Mahathir seterusnya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri segala dakwaan terhadapnya.
Ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan berhubung dakwaan itu jika ia berunsur fitnah, beliau berkata: "Saya nak bawa ke mahkamah mana? Saya bukan ada duit dan tak tau boleh menang atau tidak".
Awal minggu ini Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian Chin sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei Wong Hua Seh bagi mencabar keputusan pilihan raya umum kawasan berkenaan mendakwa, bekas Perdana Menteri itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.
Mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan beliau tidak akan bertanding untuk jawatan presiden Umno sebaliknya akan menerima jawatan itu secara peralihan kuasa, Dr Mahathir berkata tindakan Najib itu adalah terlalu lambat dan beliau tidak akan sempat menjadi presiden jika Umno hancur kelak.
"Najib tunggu apa? Sekarang ini pun Umno dah lemah dan kalau Najib tunggu lagi Umno akan hancur dan dia tak boleh jadi presiden," katanya.
Beliau berkata Umno lemah kerana kalah pada pilihan raya lepas dan keadaan akan menjadi bertambah teruk jika anggota parti terus menyokong Abdullah.
-- BERNAMA

Friday, June 6, 2008

KENAIKAN MINYAK YANG MEMBEBANKAN RAKYAT.


Kenaikan harga petrol dan diesel yang telah di umumkan kerajaan telah memberi tamparan hebat kepada rakyat terutamanya kepada mereka yang memiliki kenderaan dan gaji berpendapatan rendah.Kenaikan tersebut sedikit sebanyak mencetuskan keadaan panik dan kita bimbang boleh mencetuskan pemberontakan apabila rakyat tidak dapat mengetahui secara lebih mendalam cerita di sebalik kenaikan tersebut.

Berdasarkan rungutan yang di dengari, walaupun pemberian subsidi dalam tempoh setahun akan diberi sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian yang tidak melebihi 250cc, tetapi jika dinilai dari segi penggunaan petrol oleh kebanyakan orang ramai, bayaran itu masih tidak mencukupi.
Di samping itu, rakyat tentunya terpaksa berbelanja lebih untuk medapatkan barang-barang keperluan lain yang akan naik tidak lama lagi.Syarikat-syarikat juga menerima kesan yang sama. Subsidi yang di beri bukanlah kepada kenderaan-kenderaan syarikat dan sudah tentu alasan kukuh berpihak kepada mereka untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Kesannya juga di rasai kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan dan menggunakan kenderaan awam.Mereka tidak mendapat subsidi yang di beri tetapi mereka juga harus menerima kesannya.Ini disebabkan ada ura-ura tambang pengangkutan awam pun akan naik.Dan yang terbaru tambang bas sekolah pun akan naik di antara Rm10 hingga Rm50.Bagaimana untuk rakyat hadapi semua ini.Segala-galanya naik.

Kenapa harus di bandingkan dengan UK,USA dan SINGAPURA.Mereka negara maju.Ekonomi dunia mereka yang kontrol.Begitu juga taraf hidup rakyat mereka dengan rakyat kita jauh berbeza.Ambil contoh yang terdekat seperti di Thailand dan Indonesia walaupun harga minyak naik tapi harga barang keperluan kos pengangkutan tak naik.Kerajaan kita sekali- sekala harus belajar dari mereka.Jika nak buat perbandingan pun buat la dengan negara yang setaraf.Tolong-tolonglah jangan menipu rakyat lagi.

Menteri-menteri semua hidup senang.Minyak naik pun tak memberi kesan kepada mereka..
Segala-galanya boleh claim,dan kos yang di gunakan untuk membayar apa yang mereka pakai pun adalah dengan menggunakan wang rakyat.Seperti pembayaran ex-gratia kepada bekas-bekas Hakim,semestinya menggunakan wang rakyat.Kenapa harus di rahsiakan jumlah pembayarannya?Di saat rakyat menghadapi kenaikan harga minyak yg tinggi ada pula seorang menteri boleh pergi ke setiap rumah bekas Hakim yang berkenaan untuk memberi ex-gratia tersebut.Perdana Menteri dan mereka yang lain harus ingat.Anda semua harus bekerja untuk rakyat bukan rakyat yang bekerja untuk anda.Yang pilih anda semua adalah rakyat.Jadi tolong la berkhikmat untuk rakyat, jangan menambahkan lagi beban pada rakyat dengan kepimpinan anda yang tiada arah ini.

Thursday, May 29, 2008

LAYAKKAH EZAM UNTUK BERTANDING PADA PEMILIHAN UMNO NANTI???


Siapa di belakang Ezam?Belum pun secara sah sebagai ahli Umno,beliau sudah berani meluahkan keinginan sedia bertanding jawatan ketua pemuda Umno.Apa istimewanya pengkhianat Umno ni?Buktikan dulu keikhlasan.Andai di terima pun,beliau adalah ahli baru umno.Borang yang beliau hantar semalam pun dah terang-terang borang keahlian Umno.Jadi sebagai ahli baru beliau tidak layak untuk bertanding untuk pemilihan Umno tahun ni.Nak masuk mesyuarat pun beliau hanya layak sebagai pemerhati sahaja.Ini kerana tarikh tutup keahlian dan pembayaran yuran ahli untuk membolehkan seseorang itu layak mengambil bahagian secara aktif dalam mesyuarat dan bertanding dalam apa-apa jawatan dalam persidangan tahun ini adalah pada 31 disember 2007.Hakikatnya sekarang terbukti beliau belum layak untuk bertanding apa-apa jawatan melainkan jawatan yang di lantik.Melainkan kalau Presiden parti kita yang lemah beri segala keistimewaan pada beliau.Tapi harus di ingat,andai Ezam boleh di beri keistimewaan,ahli-ahli lain yang terlewat membayar yuran pun harus di beri kelonggaran.Begitu juga dengan keahlian baru,kita terima ahli baru sekarang dan di bolehkan seperti apa yang Ezam dapat.Adakah pemimpin kita berani buat macam tu?Jawapannya tidak mungkin berlaku.Kerana apa yang berlaku sekarang adalah agenda peribadi semata-mata.Maka dgn itu akan hancurlah Umno.Kenapa pemimpin-pemimpin kita diam.adakah anda semua buta dan tiada akal untuk berfikir?Atau semua telah di tabur dengan pelbagai habuan.Hanya 2,3 orang sahaja yang berani bersuara.Kepada Timbalan Presiden sedarlah dari lena.Dengar suara akar umbi.Andai kemasukkan Ezam adalah tanda-tanda kembalinya Anwar Ibrahim ke dalam Umno,setuasi Dato Seri Najib dalam bahaya.Bertindaklah sebelum terlewat.Media juga memainkan peranan yang besar dalam isu ini.Liputan yang di beri terlalu berlebihan.Apakah muslihat di sebalik apa yang berlaku ini.Mari kita fikir dan renung-renungkan.

salam suaraperubahan.

TEMURAMAH PENUH DATO' MUKHRIZ BERSAMA AGENDADAILY



‘ Kadang-kadang persepsi itu lebih penting dari realiti’ – kata Mukhriz tentang Khairy


Semua orang tahu sasaran Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Pendirian tegasnya mahu Perdana Menteri letak jawatan sebelum bermulanya mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara tidak lama lagi. Itu sudah cerita lama. Bagaimana pula pandangannya tentang Khairy Jamaluddin.Beliau sebelum ini tidak pernah sentuh secara langsung tentang Naib Ketua Pemuda UMNO itu.Dalam interbiu ringkas dengan Agendadaily dan MStar di bangunan Parlimen petang Selasa Mukhriz sudah ‘ buka semua’ …
Sebenarnya tujuan asal untuk menemui Ahli Parlimen Jerlun ini dicelah beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat ialah bagi mendapatkan reaksinya pada pendirian Badan Perhubungan UMNO Kedah Isnin malam yang meminta beliau menghentikan tindak tanduknya mengkritik Perdana Menteri secara terbuka. Mukhriz nampaknya tidak berganjak.Beliau sebaliknya menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mahdzir Khalid selepas mesyuarat badan itu sebagai ‘kenyataan orang yang dilantik’. Katanya kedudukan Mahdzir sendiri tidak stabil kerana sudah ada suara-suara dikalangan bahagian-bahagian UMNO yang mahu Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ditukar dengan orang lain. Soalan tentang Khairy hanya soalan sampingan dicelah-celah beliau menghurai lanjut mengenai pendiriannya tentang Abdullah.Katanya itu TITIK dan tidak akan berubah. Hubungan Mukhriz dengan Khairy memang dingin.Ini dapat dikesan dalam beberapa acara di mereka kedua mereka sama-sama hadir.Namun kedua mereka tidak pernah membuat sebarang kenyataan menghentam satu sama lain. Menariknya semasa soalan mengenai pandangannya tentang Khairy dikemukakan padanya,Mukhriz nampaknya tidak teragak-agak untuk bersuara. Beliau tersenyum bila ditanya apakah istilah yang betul untuk takrif tahap hubungannya kini dengan Khairy.” Tak gaduhlah …bolehlah kalau nak tulis ‘ perang dingin’… “Saya boleh fahamlah kalau orang nampak saya ni proksi ( dalam krisis) antara ayah saya dengan Pak Lah …saya setuju dengan apa yang ayah saya buat dan mahu tak mahu saya kena suarakan dalam parti,”katanya. Diminta mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa Khairy adalah liabiliti kepada UMNO,beliau spontan berkata,” saya kira betul…saya sendiri sebut kepada beliau dalam mesyuarat Exco (Pemuda UMNO Malaysia) ..bahawa rata-rata kalau kita tanya orang di kedai-kedai kopi lepas pilihanraya hari itu…antara sebab kita kalah ialah faktor Pak Lah dan faktor Khairy.
“Ini orang sebut secara terbuka.” Ditanya pula apa yang membuat beliau juga bersetuju Khairy adalah liabiliti kepada UMNO,Mukhriz menambah, “ persepsinya ialah bahawa campurtangan Khairy dari pemilihan calon-calon untuk bertanding.Selama ini pun orang bercakap..tapi kita biarkan.
“Kadang-kadang persepsi itu lebih penting dari realitikan… "
Ditanya apakah beliau ada bukti untuk menyokong persepsi itu,katanya “ contohnya dimana-mana beliau pergi untuk berkempen beliau sebut ini calon saya…jadi orang label orang ni calon Khairy. Ditanya jadi apakah nasihat beliau pada Khairy dalam menghadapi persepsi ini,Mukhriz berkata itu terpulangkah kepada Khairy samaada nak bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
“Beliau akan bawa pendekatannya sendiri…saya akan bawa pendekatan saya sendiri.” Diminta pandanganya bukankah bila seseorang itu sudah dicop liabiliti kepada sesuatu organisasi maka dia harus ‘backout’ , Mukhriz segera berkata, “ tidak juga…ini apa yang orang cakap…terpulang kepada empunya diri. Ditanya lagi apakah pandangannya dalam soal ini,beliau lantas berkata, “ kita tak ada tempat dalam UMNO nak mengikut cara dia…( kemudiannya Mukhriz jelaskan ini bermaksud jika Khairy tak ubah stailnya) salah satu sebab kekalahan BN ialah apa yang orang cakap sebagai neopotisme dalam UMNO...keduanya campurtangan keluarga dalam urusan parti dan negara yang akhirnya bawa binasa kepada parti.
“Ini yang saya kira susah nak kita perbetulkan sekiranya orang-orang seperti ini masih ada…ini bukan terhad soal beliau seorang saja…soal Tingkat 4 dan sebagainya.
“Saya teringat Datuk Seri Dr Lim Kheng Yaik ( bekas Presiden Gerakan) cakap lepas pilihanraya…pegawai-pegawai Tingkat 4 patutnya semua dibuang kerja.” Mukhriz mendakwa Perdana Menteri lebih dengar cakap Tingkat 4 dari pihak-pihak lain. “Sedangkan lepas pilihanraya baru sedar laporan-laporan pihak-pihak lain betul,”katanya.
Ditanya beliau sudah kenal Khairy lama apakah beliau sendiri percaya kepada dakwaan-dakwaan itu,Mukhriz berkata, “ yang saya fikir bagi diri saya…kalau separuh betul…itu pun dah cukup. “Sebab yang nampak depan mata kita ialah mahu tidak mahu saya akan buat perbandingan dengan diri saya sendirilah,abang-abang saya sebab ayah saya bekas Perdana Menteri.
Katanya selama 22 tahun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri mereka tidak pernah langsung campurtangan dalam pentabiran negara dan parti.
“Benda-benda yang berlaku sekarang…waktu saya tidak terfikir…tidak terlintas..”katanya. Beliau lantas menceritakan satu perbualan antara bekas Presiden Indonesia Allahyarham Suharto dengan Dr Mahathir di Pulau Langkawi untuk membuktikan bapanya tidak mahu mereka terlibat dalam apa-apa hal. “Ayah saya ni…campurtangan keluarga ni satu hal yang beliau tak boleh terima...tapi sekarang ni dah jadi macam perkara biasa…bila mula-mula dengar dulu orang rasa pelik…tapi sekarang orang dah terima bahawa keluarga ( Perdana Menteri ) main peranan dalam pentabiran negara.” Ditanya lagi apakah semua persepsi itu betul, katanya, “walaupun ia persepsi ia mesti berlandaskan kepada realiti juga…malangnya dia tidak menafikan …dia tak pernah cakap dia tak pernah cakap dengan Pak Lah mengenai isu-isu penting…kita sendiri lihat dengan mata kepala sendiri dia telefon Pak Lah…bagitau apa yang kita buat sebagainya.Ini dah biasa.
Selain itu katanya keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pemuda sendiri tidak banyak bertentangan dengan keputusan–keputusan Perdana Menteri sendiri. Katanya sepatutnya Pemuda UMNO harus mainkan peranan sebagai pendesak tetapi ia tidak dibuat. “Antara sebabnya kita ada Naib Ketua Pemuda…menantu Presiden parti. “Baru saya teringat dulu abang saya (Mokhzani) jadi Bendahari UMNO…tapi dia tidak kemana-mana dalam Pemuda walaupun waktu itu ayah saya Perdana Menteri,”katanya. Mukhriz berkata beliau ada bertanya kalangan bekas Exco Pemuda apakah suasana dalam mesyuarat Exco masa dulu.
Katanya dari cakap-cakap beliau dapati suasananya adalah berbeza semasa Khairy ada dalam sebagai Naib Ketua Pemuda.
“Mesyuarat Exco dulu ada suasana dialog dan debat yang sihat…sekarang beza semuanya endorse saja.Adalah pihak-pihak yang bangkitkan pandangan berbeza tetapi dalam kebanyakan hal kalau ada signal dari nombor dua kira on saja,"katanya. Mukhriz juga mendakwa adakalanya beliau memberi pandangan yang panjang lebar dalam mesyuarat Exco tetapi tidakpun dimasukan dalam minit mesyuarat.- 28/5/2008