Tuesday, August 26, 2008

PERMATANG PAUH.



SELEPAS 10 hari warga Permatang Pauh mendengar pelbagai janji, dakwaan dan tuduhan. Melihat pula bermacam kerenah petugas parti serta menyaksikan kehadiran begitu ramai orang luar ke daerah mereka, 58,459 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen itu akan membuat keputusan siapa yang akan menjadi wakil mereka ke Dewan Rakyat.

Untuk pengetahuan,keputusan kerusi Parlimen Permatang Pauh malam esok tidak banyak mengubah kedudukan di Dewan Rakyat.Andai PKR menang jumlah kerusinya tetap sama seperti sebelum ini.Tapi jika sebaliknya kerusi BN pula yang akan bertambah.

Cuma keputusan di Permatang Pauh ini juga akan menjadi kayu pengukur kepada kedua-dua pihak tidak kira BN atau Pakatan Rakyat mengenai kedudukan mereka selepas hampir enam bulan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu.Di pihak BN masing-masing berharap tsunami politik yang berlaku semasa PRU 12 yang lalu telah tamat.Buat PKR pula adakah isu peribadi Anwar akan menggugat sokongan pengundi pada PKR.

Di harap suasana pengundian esok dapat berjalan dengan lancar dan aman tanpa gangguan mana-mana pihak.Bagilah pengundi Permatang Pauh menunaikan tanggungjawab mereka secara tenang kerana mereka yang berhak untuk menentukan siapa yang mereka mahu.Buat petugas parti,jalankan tugas anda dengan berhemah.Janganlah menaikkan api kemarahan petugas parti-parti yang bertanding.Selamat mengundi..

No comments: