Thursday, August 14, 2008

KETUANAN MELAYU DAN AGAMA ISLAM HARUS DI PERTAHANKAN.

Sejak kebelakangan ini sedikit demi sedikit hak istimewa orang Melayu dihakis manakala kedudukan Agama Islam juga semakin tergugat.Antara yang ketara hak orang
Melayu terhakis termasuklah keputusan kerajaan memberikan 45 peratus biasiswa
pengajian luar negara oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) kepada bukan Melayu berbanding 10 peratus sebelum ini.
Ia bertentangan dengan kandungan Perlembagaan Negara yang menetapkan biasiswa adalah hanya untuk orang melayu.Ini semua disebabkan sikap keterbukaan yang tidak kena pada tempat oleh Perdana Menteri kita sehingga Dasar Ekonomi baru (DEB) pun sering dipertikaikan oleh bangsa lain.
Begitu juga halnya dengan Majlis Peguam.Mereka telah berani mempertikai dan membincangkan tentang Agama Islam dengan secara terbuka.Sedangkan telah termaktub dalam Perlembagaan yang Agama Islam adalah Agama Persekutuan.Mereka berani mengadakan forum secara terbuka.Perkara sebegini akan mengguris dan boleh menaikkan api kemarahan pada Umat Islam dan bangsa Melayu.
Apa yang mereka lakukan ini adalah bertentangan Perlembagaan Negara.
Janganlah di sebabkan Perdana Menteri kita yang lemah kita boleh sesuka hati dipijak oleh bangsa lain.Jangan sampai kita bangsa melayu merempat di bumi sendiri.Malah sejarah telah tertulis nama asal tanah air kita ini adalah Persekutuan Tanah Melayu.
Oleh itu marilah kita bersama-sama pertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,hak orang Melayu serta Agama Islam demi masa depan bangsa Melayu dibumi sendiri.
Di harap juga Perdana Menteri kita yg terlalu terbuka cepat-cepat la mengundurkan diri.2010 terlalu lama untuk di nanti.

1 comment:

kudakepang said...

Saudara Hairul

Assalamualaikum dan tahniah di atas perjuangan anda terhadap agama, bangsa dan tanahair.

Saya sentiasa ikuti komen anda di blog saya - cukup konsisten dan bernas.

Mengenai soal ketuanan Melayu yang anda bangkitkan, saya turunkan di sini satu hakikat untuk anda kongsikan dengan seluruh sahabat bloggers.

Hakikat yang saya maksudkan di sini ialah mengenai kemurahan hati orang kita mengizinkan etnik pendatang yang diberikan taraf kerakyatan semasa merdeka untuk mewujudkan sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Hakikat ini tidak wujud di Indonesia, Thailand, Filipina maupun di Singapura. Di samping itu, kerajaan kita juga berikan grant berpuluh juta kepada sekolah-sekolah berkenaan. Pernahkah kita dengar pihak-pihak ini berterima kasih kepada kerajaan dan orang Melayu? Fikirkan!!!

Satu lagi adalah sindrom universalism yang kini mula menjangkiti segolongan anak-anak Melayu yang terpelajar. Golongan ini menuduh pihak yang nasionalis dan sentiasa mempertahankan keunggulan Melayu sebagai paksi kekuasaan negara sebagai puak kolot dan kuno. Golongan ini buta sejarah. Mereka tidak pernah insaf bahawa puak-puak yang menuntut kesamarataan ini adalah puak yang hidup selesa di zaman penjajah. Mereka tidak insaf bahawa pihak yang menuntut kesamarataan ini juga pihak yang menguasai 70 ekonomi negara bersama kapitalis asing. Jadi apa perlunya kita apologetik bila kita mempertahankan hak dan milik Melayu? Moga-moga anda dapat artikulasikan lagi kedua-dua hakikat di atas.

Salam takzim dan selamat berjuang daripada saya, Ruhanie Ahmad.