Friday, March 26, 2010

PRK Hulu Selangor Medan Uji Gagasan 1Malaysia

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan berlaku dalam masa terdekat nanti.Ini disebabkan MP nya Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad telah meninggal dunia semalam.
Kini peluang UMNO dan BN untuk tengok adakah rakyat sudah kembali pada mereka atau belum.Adakah gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri diterima rakyat keseluruhannya.
Ia juga menarik untuk diikuti kerana tembelang Ketua Pembangkang yang dah dibocorkan di Parlimen.Ia boleh dijadikan modal politik UMNO dan BN di Hulu Selangor nanti.Selama ini banyak isu yang pembangkang gunakan untuk fitnah pemimpin kita.Tapi kini mereka pula yang akan terkena akibatnya.Dan kita bukan fitnah tapi ia berpandukan pada kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh sahabat mereka sendiri yang telah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka yang putar belit.Aku berharap pengundi-pengundi dikawasan tersebut dapat menilai sebaiknya mana pilihan yang terbaik.Janganlah tersilap memilih lagi.Kerajaan yang diterajui DS Najib telah banyak berubah.Kini segala-galanya Rakyat Didahulukan.
Dalam soal calon pula,diharap DS Najib buatlah pilihan terbaik.Tak salah pada aku kita cuba bagi peluang calon dari UMNO bertanding.Ini kerana kita dapat menguji adakah mereka dari parti lain akan bertungkus lumus untuk pastikan calon dari UMNO menang.Dan ia juga dapat menguji adakah kaum Cina dan India sudah kembali pada kerajaan atau belum serta dapat menerima gagasan 1Malaysia.Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan Perdana Menteri kita.

Saturday, March 20, 2010

MP BN Tolonglah Cerdik Sikit..

Serangan Zahrain terhadap Anwar telah memberi kelebihan pada BN.Banyak pembohongan Anwar dibongkar dan salah satunya ada tentang isu lompat parti.Nama-nama MP BN yang dikatakan akan lompat parti telah disebut.Dan nama-nama ini pun mengikut kefahaman aku bukannya Zahrain yang sebut akan lompat parti.Apa yang aku faham,dia cakap perkara ini Anwar yang dedahkan pada mereka semasa heboh isu lompat parti tempoh hari.Ini semua untuk menarik keyakinan mereka dikalangan MP PR yang mereka semakin hampir ke Putrajaya.
Tapi hari ini lain pula jadinya.MP BN yang namanya telah disebut terus melenting dan serang Zahrain dengan mengatakan ini satu pembohongan..Kalau betul pun segalanya palsu sepatutnya mereka semua menyerang Anwar Ibrahim.Ini kerana dia telah guna nama mereka untuk kepentingan peribadi dia.Paham tak apa yang Zahrain dedahkan tu?Kalau mereka tak paham lebih baik mereka semua jangan jadi Wakil Rakyat..
Dengan kenyataan yang telah dibuat ini ia akan menyebabkan Anwar Ibrahim bebas dari segala tuduhan itu.Dan dia boleh berkata apa yang Zahrain cakap tu merapu semata-mata.
Sekarang nama-nama yang disebut tu dah macam cacing kepanasan..Kalau tak salah jangan melenting..Kena la bertenang beb.Ini telah menunjukkan kelemahan mereka semua dan Anwar sekarang sedang bersuka ria tak payah jawab apa-apa dah.Pasal mereka dah tolong jawabkan untuk dia.Aku harap mereka nie sedarlah dari lamunan.Fahami maksud yang tersurat dan tersirat.Gunakan peluang yang diberi sebaiknya.Kalau tak bersalah tak perlu takut apa-apa.

p/s-Harap-haran janganlah mereka ni telah dibeli.Ini kerana kenyataan mereka hari ini telah membersihkan nama Anwar tentang isu lompat parti.Harap PM dan TPM akan ambil perhatian.

Friday, March 12, 2010

Hilangnya Nama Kg Kerinchi



Sebagai anak jati Pantai Dalam aku sungguh kecewa dengan apa yang berlaku.Memang pembangunan diperlukan tapi kenapa perlu dihilangkan nama asal sesuatu kawasan.Apa yang ingin aku timbulkan adalah hilangnya nama Kg Kerinchi dan digantikan dengan nama Bangsar South.Ada sesiapa yang boleh bagi penjelasan kenapa nama asal harus ditukar?Pada aku tiada alasan yang logik untuk diterima.Semua orang tahu yang Bangsar terletak dikawasan Bangsar tapi bukannya di Pantai Dalam dan Kg Kerinchi.
Kini siapa harus dipersalahkan?Pihak tuan punya pembangunan ini juga iaitu UOA kenapa tidak memikirkan hati dan perasaan penduduk setempat.Jangan ingat yang kami ini tiada perasaan.Walau kami diam ketika ini tapi diam kami ada batasnya.Lepas tu wujud pula pub dikawasan tersebut.Ingatlah yang Kg Kerinchi dan Pantai Dalam ini 80% penduduknya beragama Islam dan Melayu.Pada mulanya kami masih boleh menerima dan menganggap ia sekadar kafe atau restoran biasa.Tapi sungguh mengejutkan kini telah naik pula banner yang mempromosi minuman keras.Cukup-cukuplah dengan tempat hiburan yang dah ada.Jangan nak jadikan Pantai Dalam dan Kg Kerinchi seperti Jalan Telawi di Bangsar.



Pada aku inilah dia bentuk penjajahan baru yang berlaku ketika ini.Tanpa sedar sedikit demi sedikit segalanya dirampas dan ditukar sewenangnya.Pada UOA tolong tukar nama tempat ini kembali ke asal.tak salah kalau letak nama Kerinchi South.Ia sedap juga didengar.Dan ia lebih sesuai kerana akan menaikkan nama asal sesuatu kawasan itu pada dunia luar.


Berbaloi-Baloi Hanya Pada Nama

Kenapalah kebelakangan ni celcom broadband terlalu teruk..Terlalu menyakitkan hati.Dari cogankata BERBALOI-BALOI terus jadi sunguh tak BERBALOI dengan apa yang pengguna bayar.Macam aku yang ambil pakej RM98 sebulan,ingatkan ok la,tapi jauh sekali dari apa yang diharapkan.Pada hal aku cuma tinggal di Kinrara.
Bukannya di kawasan pendalaman pun.Lain la kalau aku tinggal didalam hutan atau dalam gua.Harap pihak celcom tolonglah ambil perhatian.Jangan hanya mengira keuntungan semata-mata,tapi perkhidmatan yang diberi pada pelanggan jatuh gred c.
Sampaikan sekarang kalau aku nak perkhidmatan yang bagus aku terpaksa pergi tempat yang menyediakan wifi atau pun kena kena pergi ke tempat yang ok perkhidmatannya seperti ke kawasan tumpuan ramai.Sampai bila harus sebegini?Kalau pengguna bayar lambat cepat je nak potong.Tapi jika sebaliknya berlaku pada perkhidmatan yang disediakan sampailah msg pada pelanggan yang sistem nak dinaik taraf atau sebagainya.Janganlah buat pengguna tertipu.Beri khidmat terbaik dengan apa yang telah dijanjikan pada pelanggan semasa sesi pendaftaran.Buktikan Slogan BERBALOI-BALOI kena pada tempatnya.

Monday, March 8, 2010

Kembalikan Aura Pemuda Wahai Khairy

Kebelakangan ini banyak cerita tentang kepincangan PKR dan PR keluar.Mengapa ini terjadi?Adakah disebabkan terlalu inginkan Putrajaya sehingga apa yang diperjuangkan lupa begitu sahaja.Rakyat yang menyokong mereka telah dipinggirkan.Pemimpin yang dari awal bersama-sama berjuang dalam reformasi pula telah disepak ketepi.
UMNO dan BN harus mengambil perhatian dalam hal ini.Perkuatkan kembali sokongan rakyat.Kepada pemimpin-pemimpin sambutlah apa yang Perdana Menteri rancangkan.Jangan kita biar Perdana Menteri kita jalan bersendirian.
Perkara yang paling merisaukan kini adalah kepimpinan Perg Pemuda UMNO Pusat.Pendapat ramai mengatakan Pemuda UMNO kini telah hilang taring.Pemuda UMNO tidak bersatu dan masih belum nampak program yang menjurus untuk menarik sokongan golongan muda.
Kita sedia maklum Ketua Pemuda yang menang bukan pilahan akar umbi.Dan dikalangan Exco yang menang pun ramai yang bukan pilihan beliau.
Jadi sepatutnya Ketua Pemuda harus selesaikan hal dalaman ini dari awal.Satukan kembali ahli-ahli pemuda.Pemuda adalah benteng hadapan UMNO dan Kerajaan.Kalau hal ini pun tak boleh diselesaikan macam mana kita nak menarik mereka yang duduk diluar parti UMNO.
Buktikan dulu yang Pemuda kembali kukuh barulah jawatan dalam Kerajaan dikejar.Berapa lama lagi kami harus menunggu Perg Pemuda UMNO kembali bertaring seperti zaman Tan Sri Rahim,Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Hisham.Jangan sampai ramai orang menganggap yang pemuda tidak wujud dalam UMNO.
Harap direnung-renungkanlah wahai kepimpinan Perg Pemuda UMNO Malaysia.

Saturday, March 6, 2010

Zulkifli Mangsa Mainan Politik PR



Kini secara rasmi MP Kulim-Bandar Baharu Sdr Zulkifli Noordin telah dipecat dari PKR.Kepada Zulkifli,tak perlulah buat rayuan.Teruskan perjuangan saudara bersama UMNO atau saudara boleh bertindak secara bebas seperti mereka yang terlebih dahulu telah keluar dari PKR sebelum ini.Andai perjuangan saudara berlandaskan kebenaran saudara tidak perlu tunduk dengan apa jua desakan mereka seperti kenyataan mereka yang meminta saudara meletak jawatan sebagai MP Kulim-Bandar Baharu.Lebih baik saudara jelaskan pada pengundi setuasi sebenar supaya mereka faham apa yang sedang berlaku didalam PKR.Apa yang jelas kini PKR hakikatnya terpaksa mengikut telunjuk DAP.DAP lah yang paling berkuasa didalam Pakatan Rakyat.
Kita boleh nampak secara terang,cakaplah apa yang tak betul pasal DAP pun tiada siapa pemimpin atasan didalam PR akan layan.Akhir sekali mereka yang bersuara akan ditendang secara senyap atau terang.Dan yang untungnya adalah DAP.Mereka diam dan kini mereka paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat.Disini aku cabar DAP supaya tuntut Jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen dari Anwar Ibrahim.Adakah mereka berani?
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.

Monday, March 1, 2010

UMNO Pilihan Fairus..

Tahniah Fairus kerana memilih UMNO untuk meneruskan perjuangan anda membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.Tebukti PKR atau PR hanya parti bermusim dan yang lebih perjuangkan nasib Anwar dari nasib Bangsa dan Agamanya sendiri.
Diharap lebih ramai dapat mengikuti jejak langkah Fairus untuk kembali kepada UMNO.Dari bergerak secara bebas ada baiknya bergerak dalam UMNO.Ini kerana lebih mudah untuk perjuangkan nasib pengundi-pungundi di kawasan masing-masing dengan mengunakan peruntukan yang telah disediakan.Anwar kini tentu pening kepala memikirkan apa yang berlaku ketika ini.Dulu beliau yang mulakan isu lompat parti..Kononnya Ahli Parlimen BN akan keluar beramai-ramai untuk mengikut beliau.Tapi kini semuanya hanya tinggal angan-angan.
Sebaliknya sorang-sorang dikalangan Ahli Parlimen serta ADUN yang mewakili PKR telah lembali ke pangkuan UMNO..
Siapa seterusnya selepas ini?Kita tunggu dan lihat.