Saturday, March 6, 2010

Zulkifli Mangsa Mainan Politik PR



Kini secara rasmi MP Kulim-Bandar Baharu Sdr Zulkifli Noordin telah dipecat dari PKR.Kepada Zulkifli,tak perlulah buat rayuan.Teruskan perjuangan saudara bersama UMNO atau saudara boleh bertindak secara bebas seperti mereka yang terlebih dahulu telah keluar dari PKR sebelum ini.Andai perjuangan saudara berlandaskan kebenaran saudara tidak perlu tunduk dengan apa jua desakan mereka seperti kenyataan mereka yang meminta saudara meletak jawatan sebagai MP Kulim-Bandar Baharu.Lebih baik saudara jelaskan pada pengundi setuasi sebenar supaya mereka faham apa yang sedang berlaku didalam PKR.Apa yang jelas kini PKR hakikatnya terpaksa mengikut telunjuk DAP.DAP lah yang paling berkuasa didalam Pakatan Rakyat.
Kita boleh nampak secara terang,cakaplah apa yang tak betul pasal DAP pun tiada siapa pemimpin atasan didalam PR akan layan.Akhir sekali mereka yang bersuara akan ditendang secara senyap atau terang.Dan yang untungnya adalah DAP.Mereka diam dan kini mereka paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat.Disini aku cabar DAP supaya tuntut Jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen dari Anwar Ibrahim.Adakah mereka berani?
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.

No comments: