Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan berlaku dalam masa terdekat nanti.Ini disebabkan MP nya Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad telah meninggal dunia semalam.
Kini peluang UMNO dan BN untuk tengok adakah rakyat sudah kembali pada mereka atau belum.Adakah gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri diterima rakyat keseluruhannya.
Ia juga menarik untuk diikuti kerana tembelang Ketua Pembangkang yang dah dibocorkan di Parlimen.Ia boleh dijadikan modal politik UMNO dan BN di Hulu Selangor nanti.Selama ini banyak isu yang pembangkang gunakan untuk fitnah pemimpin kita.Tapi kini mereka pula yang akan terkena akibatnya.Dan kita bukan fitnah tapi ia berpandukan pada kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh sahabat mereka sendiri yang telah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka yang putar belit.Aku berharap pengundi-pengundi dikawasan tersebut dapat menilai sebaiknya mana pilihan yang terbaik.Janganlah tersilap memilih lagi.Kerajaan yang diterajui DS Najib telah banyak berubah.Kini segala-galanya Rakyat Didahulukan.
Dalam soal calon pula,diharap DS Najib buatlah pilihan terbaik.Tak salah pada aku kita cuba bagi peluang calon dari UMNO bertanding.Ini kerana kita dapat menguji adakah mereka dari parti lain akan bertungkus lumus untuk pastikan calon dari UMNO menang.Dan ia juga dapat menguji adakah kaum Cina dan India sudah kembali pada kerajaan atau belum serta dapat menerima gagasan 1Malaysia.Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan Perdana Menteri kita.
No comments:
Post a Comment