Serangan Zahrain terhadap Anwar telah memberi kelebihan pada BN.Banyak pembohongan Anwar dibongkar dan salah satunya ada tentang isu lompat parti.Nama-nama MP BN yang dikatakan akan lompat parti telah disebut.Dan nama-nama ini pun mengikut kefahaman aku bukannya Zahrain yang sebut akan lompat parti.Apa yang aku faham,dia cakap perkara ini Anwar yang dedahkan pada mereka semasa heboh isu lompat parti tempoh hari.Ini semua untuk menarik keyakinan mereka dikalangan MP PR yang mereka semakin hampir ke Putrajaya.
Tapi hari ini lain pula jadinya.MP BN yang namanya telah disebut terus melenting dan serang Zahrain dengan mengatakan ini satu pembohongan..Kalau betul pun segalanya palsu sepatutnya mereka semua menyerang Anwar Ibrahim.Ini kerana dia telah guna nama mereka untuk kepentingan peribadi dia.Paham tak apa yang Zahrain dedahkan tu?Kalau mereka tak paham lebih baik mereka semua jangan jadi Wakil Rakyat..
Dengan kenyataan yang telah dibuat ini ia akan menyebabkan Anwar Ibrahim bebas dari segala tuduhan itu.Dan dia boleh berkata apa yang Zahrain cakap tu merapu semata-mata.
Sekarang nama-nama yang disebut tu dah macam cacing kepanasan..Kalau tak salah jangan melenting..Kena la bertenang beb.Ini telah menunjukkan kelemahan mereka semua dan Anwar sekarang sedang bersuka ria tak payah jawab apa-apa dah.Pasal mereka dah tolong jawabkan untuk dia.Aku harap mereka nie sedarlah dari lamunan.Fahami maksud yang tersurat dan tersirat.Gunakan peluang yang diberi sebaiknya.Kalau tak bersalah tak perlu takut apa-apa.
p/s-Harap-haran janganlah mereka ni telah dibeli.Ini kerana kenyataan mereka hari ini telah membersihkan nama Anwar tentang isu lompat parti.Harap PM dan TPM akan ambil perhatian.
No comments:
Post a Comment