Sekarang heboh sana sini pasal ABU.Tapi pada aku tu semua kisah lama.Semuanya kempen terakhir mereka setelah segalanya tak menjadi.Rakyat kini sudah bijak menilai.Dulu mungkin ramai yang terpengaruh tapi kini mereka sedar siapa yang benar-benar perjuangkan hak rakyat.
Aku rasa daripada ABU lebih baik kita promosi ABAI-Asalkan Bukan Anwar Ibrahim.
Anwar ni lah perosak anak bangsa.Dia pergunakan budak-budak U untuk kepentingan politik beliau yang membuak-buak inginkan Putrajaya.
Ni terbaru dia sibuk turun Lembah Pantai.Mungkin dia teringin nak bertanding di Lembah Pantai kot.Silakan.Tiada siapa menghalang.
InsyaAllah dengan izin Allah pengundi akan beri pengajaran berguna pada beliau.
Cukup-cukuplah janji palsu yang anak dia taburkan selama ni di Lembah Pantai.Semuanya janji kosong.Ni ada gelaran terbaru yang orang Lembah Pantai bagi adalah sebagai Ratu Menempel.Dia suka sangat menempel kat program orang walau tak dijemput.Dengar cerita baru-baru ni siap kena halau dengan pihak penganjur.Kesian..
Anugay pula hari tu datang Lembah Pantai bawa media Indon.Apa dia ingat Pantai Dalam perkampungan Indon ke.
Tu mesti burukkan negara la tu.Memang nak kena kasi ajar ini Anugay..Tungguuu..
ABAI- Asalkan Bukan Anwar Ibrahim
Berani membuat perubahan,walaupun mengenai diri sendiri,adalah puncak segala keberanian..
Showing posts with label Suaraperubahan. Show all posts
Showing posts with label Suaraperubahan. Show all posts
Tuesday, January 31, 2012
Monday, July 18, 2011
INILAH YANG DIBANGGAKAN NURUL IZZAH..
Bersih adalah kotor..Bersih merugikan rakyat..
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Bersih telah secara terang terangan telah melanggar titah Yang Di Pertuan Agong semata-mata mahu membuat perhimpunan haram ini bagi mencapai agenda politik atau politiking. Jelas mereka ini tidak menghormati kedaulatan negara Malaysia yang mendukung perlembagaan negara.Nyata mereka Derhaka!
![]() |
| Tipu! Tipu!..Penipu Rakyat! |
Mereka ini tidak menghiraukan laporan polis yang dibuat sebanyak 3000 laporan polis iaitu suara suara rakyat yang cintakan keamanan dan menggunakan beberapa alternatif yang nyata mereka KOTOR!..sudah terang lagi bersuluh nyata perhimpunan ini adalah satu perhimpunan politik dan bukan suatu pergerakan bebas politik yang diwar-war kan..PENGOTOR!
![]() |
| kaum wanita dan kanak kanak yang terpaksa ditahan daripada dijadikan benteng perhimpunan.. |
Secara halus mereka menggunakan kanak-kanak, kaum wanita dan warga emas sebagai benteng kepada perhimpunan kotor ini untuk melindungi pemimpin2 bacul mereka daripada ditahan polis..TAKTIK KOTOR!
Kesan KEKOTORAN itu telah dipalitkan dan mengguris hati2 mereka yang berpendapatan rendah,peniaga2 kecil, dan pemandu2 teksi..dan lebih MENGOTORKAN lagi adalah ketika seorang wanita yang ingin bersalin tidak dapat menuju ke hospital gara gara lautan PENGOTOR-PENGOTOR yang berhimpun yang melalak bersih..paling sedih..terdapat beberapa kenduri kahwin yang patut disambut dengan kegembiran tapi DIKOTORKAN dengan PENGOTOR bersih ni..kesian pada mereka..mereka adalah rakyat..maka inikah kebebasan suara rakyat?..mereka juga punya hak untuk bebas dalam menjalani kehidupan..nyata dakyah mereka sebagai suara rakyat adalah SENTIMEN KOTOR Penipu Rakyat..
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Thursday, May 19, 2011
Sana-sini Satu Family Menipu..
Salam semua.
Lama aku tak menulis disini.Sejak kebelakangan ni memang sibuk yang teramat sangat.Tapi untuk pengetahuan semua aku lebih menjurus pada FB..Bantai tetap bantai beb.Terutamanya kaum kerabat kaki penipu(Anwar Ibrahim anak beranak).
Cerita bab Lembah Pantai perihal Nurul Izzah.Die nie memang kaki kencing giler beb.Banyak sangat die tipu or gunakan program org lain untuk kepentingan die.Konon2nya die la yang bagus sangat.
Macam kes terbakar kat Pantai Dalam tempoh hari..Die bukan buat ape pun.Tapi bile dalam FB macam2 yang die gembar-gemburkan die n AMK tolong.Pada hal satu ape pun xde.Semua dari a sampai z pihak UMNO Bahagian Lembah Pantai yang diketuai YB Senator Dato' Raja Nong Chik yang telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Rakyat n pengundi Lembah Pantai telah lama sedar hal nie.Tapi yang dalam FB masih tertipu.Kalau nak jelaskan memang terlalu banyak.Biarlah sikit-sikit aku jelaskan..Kalau terus sekaligus takut lari malam pula si anak Anwar Ibrahim nie.
Tunggulah cerita-cerita selanjutnya..Ada banyak lagi yang akan dikupas selepas ini.

Wednesday, April 13, 2011
Raja Nong Chik Vs Izzah/Anwar
Walaupun PRU 13 masih jauh lagi,tapi di Lembah Pantai ia dianggap semakin dekat.Tiada istilah berehat atau bersenang-lenang bagi jentera UMNO dan BN.Semuanya bekerja keras untuk pastikan BN merampas kembali kerusi Lembah Pantai dari tangan PKR yang diambang kehancuran. Mengikut senario terkini di Lembah Pantai,rata-rata pengundi dan penduduk disini inginkan Raja Nong Chik sebagai calon PRU nanti.Mereka semua telah nampak Raja Nong Chik lah calon yang paling sesuai untuk berhadapan dengan Izzah atau pun bapaknya.Bagi jentera-jentera UMNO dan BN pula,boleh dikatakan sudah cukup bersedia untuk bergempur dengan PKR.Tiada rasa gentar langsung pada mereka.
Tambahan pula jentera PKR kini diberitakan sedang bergolak.Maklumlah,boleh dikatakan dalam PKR Lembah Pantai sekarang kebanyakkannya orang luar yang duduk dalam tu.Sedangkan yang lama semua telah dipinggirkan dan ada yang sedar diri dipermainkan Izzah dan keluarga lalu bertindak berani dengan keluar parti.Inilah politik PKR.Kepentingan peribadi lebih diutamakan.Mereka sanggup menipu pengundi serta ahli-ahli mereka sendiri demi kelangsungan politik mereka.Hebatkan.Lakonan mereka tiada tandingan tu.Tapi hanya untuk mereka yang taksub pada mereka sahaja.Pada keseluruhan warga Lembah Pantai ia tidak mendatangkan kesan pun.Kesedaran telah ada tidak kira Melayu,Cina atau India semua telah kembali pada BN.Mereka yakin Raja Nong Chik boleh membantu mereka dalam segala permasalahan yang timbul melalui payung BN yang telah terbukti dari Dulu, Kini dan Selamanya sentiasa membantu RAKYAT.
Friday, March 25, 2011
PENGUNDI LEMBAH PANTAI TELAH BERUBAH..TERIMA KASIH RAJA NONG CHIK..
Terima kasih!Terima kasih!Terima kasih Dato' Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri WPKB.Inilah ungkapan yang sering kedengaran daripada penduduk sekitar Lembah Pantai kebelakangan ini.
Kini banyak cakap-cakap di kedai kopi yang mereka akan pastikan Dato' Raja Nong Chik akan menang pada PRU13 nanti.Ada juga yang berkata jika Dato' Raja Nong Chik tidak terpilih sebagai calon,mereka sanggup beramai-ramai pergi berjumpa Perdana Menteri untuk mengusulkan letak juga Dato' Raja Nong Chik di Lembah Pantai.
Pada penduduk sekitar Lembah Pantai Dato Raja Nong Chik telah berjaya melaksanakan tugas-tugasnya dengan berkesan.Beliau sentiasa turun padang dan segala bantuan serta projek pembangunan yang dibawa telah dilaksanakan tanpa memilih bulu.Sebagai contohnya ialah pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi,menyelesaikan isu tunggakan duit penyenggalaraan di Kondo Rakyat dan Apartment Putra Ria serta mengecat semula flat-flat yang telah lama tidak dicat yg kelihatan usang.
Kalau nak disenaraikan segala kerja dan hikmat yang telah beliau lakukan ianya terlalu banyak.Tak perlulah untuk dijelaskan disini.Yang penting segalanya adalah untuk penduduk Lembah Pantai dan Penduduk Lembah Pantai nampak ape yang telah dilakukan.
Hakikatnya kini nama Izzah sudah tidak kedengaran lagi.Izzah telah dilupakan dan hanya pada nama sahaja beliau wakil rakyat.Tapi wakil rakyat tido.Banyak janji-janji PRU12 yang tidak tertunai.Yang beliau tahu adalah mengambil kesempatan apa yg orang lain usahakan serta menghalang jika sesuatu perkara itu yang tiada kepentingan untuk beliau.Kini,tunggu je PRU13 nanti.IZZAH akan terkubur bersama kenangan INDAH beliau di Lembah Pantai.

Sunday, February 27, 2011
Gerakan Menolak Izzah Sudah Bermula
Sudah ku katakan sebelum ini yang pengundi Lembah Pantai akan menolak Izzah.Kini segalanya telah terbukti.Hari ni 200 ahli PKR Lembah Pantai telah keluar parti.Mereka ni semua orang kuat Izzah dalam segala program yang dibuat.Semasa PRU yang lepas mereka jugalah antara yg bertungkus-lumus untuk memastikan Izzah menang.
Mereka diketuai Sdr Partiban Pegawai Khas Izzah di Lembah Pantai.Beliau ini memang dikenali cukup kuat dengan Izzah sebelum ini.Tapi kini beliau telah sedar yang selama ini beliau dan penyokong lain hanya dipermainkan demi kepentingan politik peribadi.
Kesiankan.Dengar cerita lepas ni berduyun-duyun lagi akan mengikut jejak mereka yang keluar parti hari ni.Kita tengoklah apa tindakan dan kenyataan Izzah nanti.Silap-silap akan keluarlah janji-janji dan habuan yang akan diberi pada mereka-mereka supaya jangan meninggalkan PKR.
Aku rasa mesti malam ni Izzah tak tidur lena.Puaslah pula si suami nak kena pujuk dia supaya bertenang.Nak minta tolong bapak,bapak pula dah ramai orang tak percaya.Silap-silap pegi la melutut kat Azmin minta tolong selesai hal ni.Itu pun kalau Azmin berani nak tolong.Masalahnya pemimpin-pemimpin yang mereka ada semuanya berhadapan dengan bermacam-macam kes peribadi.Aku rasa jalan terbaik kau letak jawatan je la Izzah.Duduk rumah jaga anak dan suami.

Tuesday, February 22, 2011
Izzah Giler Publisiti Murahan
Aduhai YB Lembah Pantai ni, tak abis-abis nak cari publisiti murahan nampak gayanya.Ni sekarang tengah sibuk pula dalam cadangan nak tubuhkan Utusan Rakyat untuk gantikan Utusan Malaysia.Apa cerita beb..Kat Lembah Pantai pun lu tak abis berjuang lagi ni lu dah sibuk-sibuk nak perjuangkan benda lain.Utusan Malaysia dah terbukti selama ini perjuangkan hak dan suara Melayu dan baru kini lu sibuk-sibuk pula.Konon-kononnya Utusan Malaysia rasis.Abis lu nak buat Utusan Rakyat tu apa ke hal pula.Hakikatnya sokongan Melayu pada lu & PKR dah menurun.Jangan la pula Utusan Malaysia yang jadi mangsa beb.
Sebenarnya ramai yang dah bosan dengan lu.Masing-masing menantikan PRU 13 untuk tamatkan riwayat lu sebagai MP Lembah Pantai.Semua janji-janji lu selama ni kosong & auta semata-mata.Tapi itu pun kalau lu berani bertanding lagi kat Lembah Pantai la.Kalau tak bersedia untuk kalah dah tentu lu akan cabut pergi cari tempat selamat punya.Tapi kita orang tak kisah.Kalau letak bapak pun kita orang tetap sedia beb.Jangan ingat bila letak Anwar Ibrahim kita orang goyang.Lagi kita orang bertambah semangat ada la.
Wednesday, February 16, 2011
Izzah Promosikan diri beb..Kalender Baikkss Punya..
Dengar cerita Izzah sekarang tengah sibuk edarkan kalender pada penduduk sekitar Lembah Pantai.Dah tiada cara lain nak promosikan diri la tu.Kesian...Sampai macam tu sekali.Aku teringin juga nak tengok kalender tu.Cuma aku cadangkan pada yang buat kalender tu,letak la gambar Izzah kat situ..Terubat gak rindu anak-anak muda Lembah Pantai.Boleh la dijadikan bahan apa yang patut.hahahahahahaha..
Dah la tu Izzah.Aku rasakan lebih baik je kau duduk rumah jaga anak,jaga suami,jaga mak dan jaga bapak kau yang banyak kes tak selesai lagi tu.Kau tumpukan je hal family kau.Lebih elok lagi kau letak je la jawatan sebagai MP Lembah Pantai.
Bukan kau ada buat keje apa pun.Hanya menangguk di air yang keruh hasil kerja orang lain je yang kau tahu.Asal benda yang berjaya kau cakap kau yang buat.Tapi bila yang belum berjaya kau salahkan kerajaan.Kalau macam tu kerja wakil rakyat,semua orang boleh buat beb.
Nasib baiklah kita warga Lembah Pantai ada Menteri Wilayah.Beliaulah yang telah banyak menyelesaikan masalah penduduk.Pelbagai masalah yang telah diselesaikan seperti hal 'maintenance' yang tertunggak,pemindahan ke PPR,menukar wajah flat-flat usang ke wajah baru dan banyak lagi kalau nak diterangkan satu persatu.
Tuesday, February 15, 2011
Izzah Mengambil Kesempatan Diprogram Orang Lain
Izzah oh Izzah..Memang muka tak malu.Yang terbaru dikabarkan dia turun program yang tak diundang.Konon-kononnya pemimpin berjiwa rakyat.Tapi hampeh je..Program orang lain dia ambil kesempatan untuk tunjuk muka.Sedangkan selama ni sikit punya susah nak tengok muka dia.Nak harap program dia sendiri memang jangan harap la.Tiada siapa yang nak menguruskannya dah.Masing-masing dah sedar yang selama ini mereka dipermainkan Izzah dan kaum keluarganya.Tapi itu pun ada juga segelintir puak-puaknya yang masih belum sedar.Mungkin yang tinggal tu dah malu alah kot.Nak patah balik takut tak diterima.Jadi teruslah mengikut bontot Izzah.Lepas tu meraka main serbu je la program-program mana yang mereka tahu.
Hakikatnya tiada siapa yang menerimamu Izzah.Cuma pengundi-pengundi di Lembah Pantai ni masih mempunyai adap.Kita tak nak la malukan dia didepan orang ramai.
Tapi ingat la..Lama-kelamaan orang akan menyampah.Jangan sampai lu dihalau dari Lembah Pantai sudah.Semua orang dah muak dengan janji-janji palsu mu.Satu keje pun lu tak selesaikan selama lu jadi MP di Lembah Pantai ni.
Sunday, February 6, 2011
Izzah berambus Anwar masuk..PKR diambang kehancuran..
Salam 1 Malaysia..Dengar cerita Izzah takut untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU akan datang..Ada kemungkinan besar bapak dia sendiri yang akan bertanding.Menurut sumber dalaman PKR mereka semua dalam keadaan tertekan untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai..Maklumlah..Semenjak menang PRU yang lepas,satu keje pun dia tak buat.Hanya yang dia tahu mengambil kesempatan apa yang Kerajaan BN selesaikan melalui UMNO Bahagian Lembah Pantai yang diketuai YB Senator Dato' Raja Nong Chik.
Tambah pula semenjak beliau menang pengerusi PKR Lembah Pantai, lagi bercelaru PKR Lembah Pantai dibuatnya..Orang-orang lama yang selama ini berjuang untuk PKR di Lembah Pantai habis semua telah ditolak ketepi.
Mereka ni ibarat 'habis madu sepah dibuang'..Kesiankan.
Pada aku tak kisah la siapa pun yang bertanding, Izzah,Anwar atau sesiapa yang mereka letak pun, mereka akan melalui laluan yang sukar untuk mempertahankannya.
Pengundi Lembah Pantai semua dah nampak lakonan hebat anak beranak ni.Cukuplah mereka tertipu sekali dan ia tidak akan berulang untuk kali kedua.

Saturday, January 15, 2011
Jangan Bermain Api..
Kenapa harus ada rakyat yang pertikaikan lagi azan berkumandang.Janganlah menaikkan api kemarahan umat Islam yang selama ini bersabar dan sering bertolak ansur dengan penganut agama lain.Nasihat buat pengadu pergilah duduk dalam hutan atau duduk di negara yang bukan agama rasminya agama Islam.Sedarlah sikit yg saudara baru 5 tahun tinggal di Pantai Dalam sedangkan Masjid tersebut telah hampir 30 tahun ia wujud.Kesabaran kami ada batasnya.Kalau hal agama Islam yang dipertikaikan kami tidak akan bertolak ansur.Tidak kira la pengadu tu ahli seumur hidup MCA atau BN.Saudara boleh berambus dari Pantai Dalam.
Disini dilampirkan sekali surat aduan yang dihantar pengadu.
Disini dilampirkan sekali surat aduan yang dihantar pengadu.
Wednesday, January 5, 2011
MB yang bodoh..Diperguna untuk menunjukkan Melayu derhaka pada Sultan.
Apa nak jadi la dengan MB Selangor ni.Bertambah mengarut.Jangan la jadi bodoh wahai Khalid Ibrahim.Kau sedar tak yang kau telah dipergunakan oleh DAP dan mereka-mereka yang dengki akan Bangsa Melayu.
Kita boleh nampak keadaan yang berlaku sekarang hanya memalukan Bangsa kita sendiri.Belum ada lagi kenyataan dari pemimpin DAP atau mamat depan belakang sama saja.Mereka hanya diam membisu.Mereka tahu kalau mereka bersuara alamat rakyat akan nampak dan bertambah hilanglah sokongan pada mereka.Jadi mereka ambillah jalan terbaik iaitu diam.Silap-silap tengah meraikan kerana berjaya jadikan MB lurus bendul ni mangsa mereka.Malas nak nak cerita lebih-lebih kat sini.Cuma aku cukup kecewa ada juga MB yang sanggup bercakaran dengan Sultan.Alamat bertambah hancurlah Selangor kalau lagi lama dia jadi MB.Yang meraka tahu sekarang adalah mengaut apa yang ada di Selangor untuk parti mereka.Semua itu untuk modal pilihanraya nanti.Kata nak tawan Putrajaya.Dah tentu perlukan modal besar.

Tuesday, December 7, 2010
Surau dijadikan Markas PAS..
Baru-baru ni diberitakan PAS Lembah Pantai cukup marah pada Dato' Raja Nong Chik dan DBKL diatas tindakan DBKL yang ingin merobohkan Madrasah AL-Falah.Pada aku mamat PAS ni janganlah melenting tak tentu pasal.Korang sedar tak korang bukan kariah situ pun.Jangan nak menipu org yang tak tahu.Dah nyata kat situ dah tiada penempatan.Semua penduduk situ telah berpindah di PPR Kerinchi dan DBKL dah sediakan satu Surau disitu.Lagi pun tak jauh dari PPR Kerinchi telah ada sebuah Masjid yang tersergam indah.Janganlah kita politikkan soal Surau dan Masjid ni.

Kalau guna ke jalan yang betul tiada siapa nak marah pun.Ni korang nak duduk dalam kepompong sendiri je.Bincang hal politik korang,buat ceramah lepas tu burukkan pemimpin yang korang tak suka.Adakah itu sesuatu yang baik?Bila sesebuah Surau atau Masjid dipenuhi mereka yang pro Kerajaan korang semua menjauhinya.Banyak contoh dah berlaku..Apa korang ingat Islam tu hak korang je ke.Pada aku,aku setuju dengan tindakan DBKL.Tak perlulah politikkan isu ini.Aku bercakap atas kapasiti aku tinggal disitu suatu ketika dulu.Aku tahu segala perkembangan disitu.YB Dato' Raja Nong Chik dan DBKL tak salah apa-apa pun.Yang salah adalah orang yang politikkan isu ini.
Rakyat Terbeban
Mereka diatas tolonglah memahami Rakyat yang berpendapatan rendah.Kenapa skrg semua barang penting perlu naik serentak.'Minyak,Gula n Gas' semua barang keperluan yang memang digunakan hari2.Tambah pula dengan musim cuti sek nie.Sana sini org buat kenduri kahwin.Ada yg bercuti nak balik kampung.Ini semua telah meningkatkan kos perbelanjaan.Walau naik sikit tapi ia tetap mendatangkn kesan besar pada Rakyat.Kerajaan harus fikir mcm mana nak naikkn pendapatan Rakyat dibawah dulu.Bila kakitangan Kerajaan minta bonus taw pun cakap kerajaan tak cukup duit.Tapi bila naikkan harga barang tak fikir pula soal Rakyat tak cukup duit.Jangan tambahkan beban Rakyat yang dah memang terbeban dengan pelbagai kos yang bertambah.Ni ada ura-ura air pula nak naik.Naik pun biar la berpatutan.Jangan disebabkan dendam pasal Kerajaan Selangor bagi air percuma Syabas nak bertindak sesuka hati.Pandanglah secara keseluruhan.Buat yang terbaik untuk Rakyat.Aku bukan sokong pembangkang.Hatiku tetap selamanya pada UMNO.Tapi soal kehendak Rakyat kita harus jaga.Rakyat dah mula kembali pada kita.Jangan nanti mereka berpatah balik,kita juga yang rugi..
Saturday, September 4, 2010
Kenyataan Ketua Perg. Pemuda UMNO Lembah Pantai diatas tindakan Nurul Izzah yg mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
Wakil Rakyat PKR itu sewajarnya diambil tindakan undang-undang kerana menpersoalkan Perkara 153.Menurut Sdr Sazali, pihak Perg. Pemuda UMNO Lembah Pantai berasa sungguh malu kerana masih ada orang Melayu yang mempertikaikan hak kaum sendiri.Beliau mungkin tidak berasa susah payah berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan atau membentuk Negara ini.Oleh Kerana itulah ia dipersoalkan sewenang-wenangnya.
Friday, July 23, 2010
'Pengkhianat Negara'-Ganas Bunyinya.

Panas..Artikel ni aku dapat minggu lepas dekat area rumah aku.Harap mereka yang terlalu mendambakan Anwar Ibrahim cepat-cepatlah sedar.Silap-silap bila dia memerintah nanti habis Malaysia dijualnya..
Untuk memulakannya kita harus menolak anak beliau(izzah).Tiada apa pun yang beliau buat di Lembah Pantai.Hanya tahu mengambil kesempatan diatas kerja orang lain.Dengar cerita dalam PKR Lembah Pantai sekarang ni pun tengah berantakan.
Friday, July 16, 2010
Pelakon Harapan Terbaik!!
Baru-baru ini kita ada mendengar saranan pihak-pihak tertentu mencadangkan agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’di atas kesetiaannya serta kehebatan ‘lakonannya’ketika berdepan dengan rakyat. Ya lah, takkan sebagai isteri yang tinggal sebumbung dan tidur sekatil sekian lama tidak tahu peel, kegemaran dan tindak tanduk suaminya selama ini. Hebat sungguh ‘lakonannya’mencari simpati rakyat untuk terus menegakkan benang yang basah. Dan lagi, bak kata pepatah inggeris, ‘an apple does not fall off far from the tree’ begitu jugalah gerangannya dengan puteri sulung pasangan sensasi dunia politik pembangkang, YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Nampak gayanya bakat lakonan memang tumbuh segar dalam keluarga ini. Kalau ayahanda digelar sesetengah pihak sebagai ‘Sivaji the Boss’ dengan gayanya dan tindak tanduknya, bonda pula ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’, anakanda puteri pula sudah tentulah sesuai jikalau digelar ‘Pelakon Harapan Terbaik!’
Setakat yang diketahui ramai, YB ni bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang susah. Sedar-sedar, celik-celik mata, hidup dah senang, makan yang mewah, minum pun susu mahal. Jadi pelik bin ajaiblah bila dicanangnya ke merata tempat hidupnya susah akibat dianiayai sejak dari kecil lagi. Semuanya boleh asalkan mendapat simpati dan sokongan. Macam-macam.
Pastinya pengundi Lembah Pantai tidak harus tertipu dengan lakonan licik ‘Pelakon Harapan Terbaik’ ini. Paling terbaru beliau mengeluarkan kenyataan sempena Hari Wanita 2010 membela kaum wanita, para ibu yang bekerja, ibu tunggal dan sebagainya. Tapi bila ditinjau keadaannya di Lembah Pantai sendiri, makin ramai nampaknya nasib ibu-ibu tunggal, warga tua dan OKU yang tidak terbela, malahan tersisih begitu sahaja. Diceramah-ceramah dan nukilan beliau di dalam blog, bukan main lagi bercerita dan bermadah untuk membela nasib, memberi bantuan dan macam-macam lagi janji-janji yang manis (hampir-hampir dapat kencing manis dibuatnya dengar janji-janji yang melangit ni!) tetapi bila janji tak kesampaian, bantuan bertukar menjadi cakap mulut sahaja, maka bermula lah babak lakonan yang baru, iaitu menuding jari kearah BN/UMNO yang kononnya menjadi batu penghalang untuk beliau menjalankan tugas. Dah tak berkemampuan nak berkhidmat, kelemahan beliau nak ditutup pulak dengan menuding jari ke pihak lain. Hebat juga beliau berlakon, boleh cari makan nanti bila dah pencen jadi YB.
Tapi iya lah, kita kena akui, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau ayahandanya ‘Sivaji the Boss’, bonda pula ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’ sudah tentu tidak menjadi kejutan lagi bila anakandanya pula menjadi ‘Pelakon Harapan Terbaik!’ Jangan terkejut ya!
Tuesday, June 29, 2010
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai
Selesai sudah Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai pada hari Sabtu lepas.Segalanya berjalan lancar.Tiada pertandingan yang berlaku dan perwakilan setia menunggu hingga habis mesyuarat.Tahniah!!!Terima kasih juga pada sahabat-sahabat yang sama-sama telah bekerja-keras dari mula hingga akhir.

Thursday, May 20, 2010
Monday, May 17, 2010
Menyakitkan Hati..
Lama sudah aku tidak meluahkan pendapat disini..Ini disebabkan banyak urusan lain yang perlu diutamakan seperti persidangan cawangan-cawangan UMNO yang kini sedang berlangsung.Apa yang ingin ditimbulkan disini kenapa cina tidak mengundi BN.
Ia menjadi satu tanda tanya.Sedangkan dari dulu hingga kini apa yang aku nampak kepimpinan BN sentiasa memenuhi kehendak mereka.Seperti di Sibu, hampir 20 juta peruntukan telah disalurkan pada mereka.Tapi keputusan yang kita dapat begitu hampa.Kita kalah dan undi kita begitu merosot.
Wahai kaum cina.Tolonglah sedar..Balas kembali segala budi yang telah diberi pada kaum kalian.Tidak cukupkah apa yang telah dinikmati selama ini.Kekayaan yang melimpah ruah.Sedangkan kami tuan di bumi sendiri pun hanya sekadar dapat tempias-tempias je.
Kepada kepimpinan BN, buat masa ni cukuplah apa yang kita salurkan pada mereka selama ini.Kini kita tegas.Minta mereka buktikan dulu sokongan mereka dan barulah kita bantu mereka.Cukuplah kita dipermain-mainkan.
Bila direnungkan balik apa yang disuarakan PERKASA, pada aku ada betulnya.Fikir-fikirkanlah.. Sampai bila kita harus takut,diam dan hanya ikut telunjuk mereka.Jangan sampai bangsa melayu kembali memerontak dan larikan sokongan pada Pakatan Rakyat.Kita masih belum terlambat.Carilah pendekatan baru yang lebih berkesan.

Subscribe to:
Posts (Atom)