Friday, March 25, 2011

PENGUNDI LEMBAH PANTAI TELAH BERUBAH..TERIMA KASIH RAJA NONG CHIK..


Terima kasih!Terima kasih!Terima kasih Dato' Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri WPKB.Inilah ungkapan yang sering kedengaran daripada penduduk sekitar Lembah Pantai kebelakangan ini.

Kini banyak cakap-cakap di kedai kopi yang mereka akan pastikan Dato' Raja Nong Chik akan menang pada PRU13 nanti.Ada juga yang berkata jika Dato' Raja Nong Chik tidak terpilih sebagai calon,mereka sanggup beramai-ramai pergi berjumpa Perdana Menteri untuk mengusulkan letak juga Dato' Raja Nong Chik di Lembah Pantai.
Pada penduduk sekitar Lembah Pantai Dato Raja Nong Chik telah berjaya melaksanakan tugas-tugasnya dengan berkesan.Beliau sentiasa turun padang dan segala bantuan serta projek pembangunan yang dibawa telah dilaksanakan tanpa memilih bulu.Sebagai contohnya ialah pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi,menyelesaikan isu tunggakan duit penyenggalaraan di Kondo Rakyat dan Apartment Putra Ria serta mengecat semula flat-flat yang telah lama tidak dicat yg kelihatan usang.
Kalau nak disenaraikan segala kerja dan hikmat yang telah beliau lakukan ianya terlalu banyak.Tak perlulah untuk dijelaskan disini.Yang penting segalanya adalah untuk penduduk Lembah Pantai dan Penduduk Lembah Pantai nampak ape yang telah dilakukan.
Hakikatnya kini nama Izzah sudah tidak kedengaran lagi.Izzah telah dilupakan dan hanya pada nama sahaja beliau wakil rakyat.Tapi wakil rakyat tido.Banyak janji-janji PRU12 yang tidak tertunai.Yang beliau tahu adalah mengambil kesempatan apa yg orang lain usahakan serta menghalang jika sesuatu perkara itu yang tiada kepentingan untuk beliau.Kini,tunggu je PRU13 nanti.IZZAH akan terkubur bersama kenangan INDAH beliau di Lembah Pantai.

No comments: