Saturday, December 19, 2009

Pendapat Orang Muda

Hari ini aku berkesempatan duduk bersembang dengan rakan-rakanku yang tiba-tiba berminat untuk berbincang tentang senario politik semasa.Selama aku mengenali mereka aku tahu yang mereka tidak ambil peduli pun tentang politik.Tapi yang pasti mereka tetap mengundi BN semasa pilihanraya yang lalu dan selamanya.Mereka ini jenis yang tidak ingin kehidupan mereka diganggu dan ingin melihat Negara ini terus aman selamanya.Apa yang menarik perhatian aku ada 3 perkara mereka timbulkan.Pertama kenapa kerajaan BN tidak melantik Tun Mahathir ke tempat yang sepatutnya dan ada pula pemimpin yang bersikap kurang ajar terhadap Tun yang telah banyak berjasa pada UMNO dan rakyat Malaysia keseluruhannya.Sedangkan didalam Pakatan Rakyat,susah untuk kita melihat pemimpin bawahan dan pemimpin yang ada kini bermusuhan dengan pemimpin mereka yang diatas atau yang terdahulu.Kita ambil contoh kes Karpal Singh dan juga Nik Aziz.Walau banyak perkara yang mereka utarakan tak senangi pemimpin lain tapi pemimpin lain tak pun nak malukan atau balas balik apa yang mereka tak setuju.Mereka dengan penuh hormat pergi mengadap dan selesaikan cara baik.Ini lain pula dalam UMNO.Ada pemimpin yang nak menunjukkan diri tu hebat sedangkan diri sendiri pun punya rekod yang tidak memuaskan.Yang kedua pula isu BTN.Kini Kerajaan masih diperintah BN yang ditunjangi UMNO.Kenapa kita perlu tunduk dengan mainan pembangkang.Mereka tak nak sertai kita biarkan sahaja.Kita tak rugi apa-apa pun.Kita masih berkuasa dan kita berhak untuk buat apa yang baik demi untuk semaikan semangat cintakan tanah air kita.Bukannya BTN ni baru diwujud setahun dua.Dah hampir 30 tahun ia dijalankan.Dan lagi satu bukannya keseluruhan rakyat kena pergi BTN.Hanya kakitangan kerajaan dan mereka yang berkenaan sahaja yang terlibat pun.Kalau ikutkan pandangan mereka,lebih baik semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas diwajibkan untuk mengikuti program BTN.Ini membolehkan rakyat tahu akan dasar-dasar kerajaan serta menaikkan semangat untuk pertahankan Negara ini dari mereka-mereka yang inginkan Negara ini kembali dijajah seperti dahulu.Dan akhir sekali yang mengejutkan aku adalah isu Chin Peng.Pada mereka atas dasar kemanusiaan benarkanlah Chin Peng melawat Negara ini.Biar dia tengok kemajuan yang ada sekarang.Kita tunjukkan pada dia yang kita telah berjaya membawa negara ini ke satu tahap yang tinggi dan disegani didunia tanpa mengangkat senjata.Kita boleh tunjukkan pada dia yang perjuangan dia selama ini adalah sia-sia.Janganlah kita terlalu kejam.Kita tak rugi apa-apa pun jika benarkan dia datang melawat sebagai pelancong.Bukankah dulu perjanjian damai telah dipersetujui.Jadi adalah tidak adil untuk kita menghalangnya.Rakyat pun tahu mana yang baik dan mana yang buruk.Tak kan la dengan kedatangan Chin Peng akan menyebabkan edologi komunis kembali bertapak.
Akhir sekali aku berfikir,apa yang mereka utarakan ada benarnya.Pemimpin yang berjasa perlu kita sanjung,BTN perlu kita pertahankan dan isu Chin Peng kita fikirkan secara rasional atas dasar kemanusiaan.Ramai lagi yang lebih kejam dari Chin Peng didunia ini.
Pada aku yang kita perlu berhati-hati dan berikan lebih perhatian adalah DAP.Merekalah yang kita boleh ibaratkan sebagai komunis atau pengkhianat Negara yang ingin menyemarakkan api perkaumman di Negara kita.

Sunday, December 13, 2009

Izzah Mengambil Kesempatan Apa Yang UMNO Perjuangkan Selama Ini

Inilah dia PKR.Hanya tahu mengambil kesempatan apabila apa yang diperjuangkan UMNO dan kerajaan untuk membela nasib rakyat telah berjaya.Sedangkan yang berjuang selama ini dari mula adalah pemimpin-pemimpin setempat dari UMNO.Mereka hanya menyelitkan diri apabila semuanya hampir berjaya.Cukup-cukuplah menipu rakyat.Tiada satu pun yang PKR bantu penduduk Lembah Pantai.Kalau ada pun,hanya tahu memberi maklumat yang salah dan menghasut penduduk setempat untuk menghalang pembangunan yang dirancang.Sebagai contoh isu rumah pangsa PKNS Kg Kerinchi.Kerajaan ingin memberi keselesaan pada penduduk dengan memindahkan sementara mereka ke PPR Kerinchi Pantai Dalam.Bukan untuk selamanya pun.Dari rumah yang satu bilik mereka dapat menetap sementara ke rumah tiga bilik dengan hanya sewa RM124 sebulan.Apabila semua setuju barulah semuanya boleh berjalan dengan baik.Isu sebenarnya kecil.Boleh diselesaikan antara penduduk dengan Kementerian,DBKL dan Pemaju yang akan membangunkan kawasan tersebut nanti..Tapi apabila PKR menyusup,kita semua faham.Mereka ingin menjadi jaguh dalam isu ini dan akhir sekali adalah penduduk yang terpengaruh dengan dakyah-dakyah mereka.Kini disebabkan mereka,impian 90 peratus penduduk yang inginkan pembangunan telah terbantut.Dalam isu setinggan Bukit B pula.Hampir keseluruhan penduduk telah berpindah ke penempatan baru di PPR Sri Cempaka.Kini yang tinggal adalah mereka yang telah berjaya dimomokkan PKR dengan kata-kata manis supaya jangan pindah.Isu yang timbul pula adalah dekat dengan kolam najis,sekolah jauh dan pengangkutan awam tiada disitu.Dalam soal kolam najis ada benarnya.Tapi Harus diingat,bukan mereka sahaja tinggal disitu.Disitu ada PPR Sri Pantai,PPR Pantai Ria dan gerai-gerai makan bagaikan cendawan tumbuh berada disitu.Tiada pun masalah pada mereka.Berkenaan pengangkutan awam,semua orang tahu disitu ada stesen komuter Pantai Dalam.Kalau nak naik bas pula pergi je ke Jalan Klang Lama.Dalam 5 minit jalan kaki dah sampai.Tak kan la nak sediakan semua sampai depan rumah.
Cukuplah setakat ni dulu.Ada banyak lagi yang akan dijelaskan selepas ini.Biar semua orang tahu kenyataan-kenyataan PKR hanya propaganda untuk mempopularkan diri mereka.

Thursday, December 10, 2009

Nazri Aziz Boleh Berambus Dari UMNO

Kini dah sampai masanya untuk Nazri pembodek semasa zaman Pak Lah berambus dari UMNO.Kalau dia tak nak berambus,pada aku DS Najib harus berani ambil tindakan singkirkan beliau.Kita tak rugi apa-apa kalau Nazri ni tiada dalam UMNO.Menyusahkan lagi ada la.Baik biar beliau masuk pembangkang.Ada ke patut hari ni beliau boleh keluar kenyataan yang Tun M bapa perkauman.Aku cukup kesal dengan kenyataan beliau.Dah terlampau kurang ajar.Patut la anak beliau pun macam tak diajar.Banyak gosip-gosip panas tentang anak beliau.Inilah dia anak Menteri.Tapi siapalah kita nak cakap anak-anak mereka ni tak betul.
Berbalik pada isu yang panas sekarang.Pada aku Nazri ni memang terperangkap dengan mainan pembangkang.Soal BTN hakikatnya Rakyat tak bising pun.Pakatan Rakyat je yang sengaja timbulkan isu ini.Cuba kita pikir secara logiknya.Bukan semua rakyat Malaysia yang kena pergi BTN.Silap-silap tak sampai separuh pun dari keseluruhan rakyat Malaysia.Sebab yang diwajibkan pergi adalah kakitangan kerajaan dan ianya bukan pergi setiap tahun.Setiap dari mereka hanya kena pergi sekali je pun.Tambah pula BTN ni bagus,ia menyemai semangat sayang dan cinta pada negara.Soal ia lebih tekankan soal bangsa melayu sepatutnya memang tidak perlu sesiapa pertikaikan.Memang dah tertulis dalam sejarah memang kita bangsa melayu yang perjuangkan bumi bertuah ini dari zaman penjajah lagi.Jadi apa yang Tun M suarakan,pada aku tiada salahnya.Buat apa nak rombak BTN.Cuma yang perlu adalah tambah sikit tentang semangat SATU MALAYSIA.Janganlah disebabkan SATU MALAYSIA segalanya tentang hak kita orang melayu terhakis.Kepada pemimpin diatas terutamanya Nazri,janganlah kita ikut rentak pembangkang.Apa yang kita buat semua mereka tak setuju.Mereka nak cadangan mereka je diterima.Cuba fikirkan,bila Tun cakap kekal modul sedia ada,Nazri cakap Tun perkauman.Tapi bila Tun cadangkan sekolah satu kaum dan semua kaum gunakan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik ramai pula yang menbantah.Pada aku apa yang Tun buat sebelum ini adalah untuk merapatkan hubungan semua kaum di Malaysia.Jadi apa sebenarnya yang mereka nak?Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tolonglah paham segalanya.Korang semua pertahankan dasar kerajaan yang ada sekarang.Jangan diikut rentak pembangkang.Cuma perbaiki sahaja mana yang ada kekurangan.Pada DS Najib,bertindaklah.Jangan nanti peristiwa zaman Pak Lah berlaku lagi selepas ini.Sedang kita dalam usaha untuk pulihkan UMNO masih ada kudis yang sedang menjalar.



Wednesday, December 2, 2009

PKR Lembah Pantai Berantakan

Dengar cerita dari sumber-sumber yang boleh dipercayai PKR di Lembah Pantai kini berantakan..Ada dua kumpulan yang kini berebut ingin menerajui PKR Bahagian.Satu yang diketuai Ahli Parlimen Lembah Pantai(Nurul Izzah) dan satu lagi kumpulan yang telah lama berjuang dalam PKR.Menurut sumber,kumpulan yang lama dalam PKR Bahagian telah dipinggirkan oleh Nurul Izzah.Sedangkan sebelum ini mereka yang bersusah payah menubuhkan PKR Bahagian yang baru taraf Penaja.Tapi apabila Nurul Izzah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai beliau telah meletakkan dirinya sebagai Ketua Bahagian dan meletak orang-orang beliau yang entah datang dari mana seterusnya meminggirkan pemimpin-pemimpin lain yang berjuang dari mula.Dan dengar cerita cawangan PKR pun bukan aktif di Lembah Pantai ni.Entah wujud entah tidak cawangan-cawangannya.Lagi satu Nurul Izzah ni apa kerja yang dia buat.Semuanya hanya cerita kosong.Semenjak menang PRU lalu beliau hanya menumpang apa yang diperjuangkan pemimpin UMNO.Konon-kononnya apa yang Kerajaan tunaikan seperti isu penjualan rumah serta pemindahan setinggan beliau yang usahakan.Sedar-sedarlah diri tu sikit.Anda baru setahun jagung di Lembah Pantai.Belum ada lagi jasa anda dan PKR di Lembah Pantai.
(Tunggu cerita selanjutnya.Segalanya akan diselongkar selepas ini)

Qurban Perdana Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai





Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengadakan Program Qurban Perdana Pemuda UMNO Bahagian 2009 dengan kerjasama Penduduk PPR Pantai Ria serta ahli-ahli dari Pemuda Cawangan pada 29 November 2009 yang lalu.Program telah mendapat sambutan yang cukup baik dari penduduk setempat.Hampir 1000 orang telah memenuhi kawasan lapang blok d PPR Pantai Ria untuk memeriahkan serta membantu program tersebut.Sebanyak 21 ekor lembu serta seekor kambing telah disediakan.Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai Hj. M Sazali Kamilan Merangkap Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.Program yang bermula pada pukul 7 pagi telah selesai pada pukul 12 tengah hari.
Diharap program sebegini akan menjadi acara tahunan kerana ini salah satu cara untuk merapatkan hubungan dengan penduduk setempat serta ahli UMNO akar umbi.

Tuesday, November 24, 2009

UMNO Kedah Harus Bersatu Untuk Kembali Merampas Kedah Dan Menang di Kota Seputih

Kemungkinan untuk kita melalui satu lagi pilihanraya kecil sangat kuat.Mungkin ia menjadi penutup bagi tahun 2009 atau permulaan bagi 2010.
Seperti kita semua sedia maklum,kawasan Kota Seputih adalah salah satu kubu kuat kita didalam Parlimen Jerlun yang diwakili YB Datuk Mukhriz Mahathir.Diharap kita dapat mencapai kemenangan seperti mana kita menang di Bagan Pinang dengan cemerlangnya.Cuma yang kita takutkan sekarang pergolakan yang berlaku dalam Umno di Kedah.Luaran kita nampak cantik tapi didalam siapa yang tahu.Banyak sangat kumpulan yang wujud.Kita takut ia mempengaruhi sokongan pengundi kepada kita.Maklumlah,pemerintahan Pas di Kedah tidak banyak isu yang timbul.Mereka bijak dan tidak terikut dengan gaya pemerintahan di PP,Selangor dan Perak yang satu ketika dulu diterajui puak-puak mereka.Diharap sebelum pilihanraya kecil berlaku,pihak kepimpinan pusat dapat selesaikan dulu segala masalah yang wujud ketika ini.Di Kedah ini cara terbaik yang aku nampak,kita harus minta bantuan Tun M untuk turun padang selesaikan masalah pemimpin-pemimpin peringkat bahagian.Tun M seorang yang dihormati tidak kira dimana sahaja terutamanya di Kedah.Jadi kita gunakan kebijaksanaan beliau untuk pulihkan Umno Kedah.Kalau boleh kita letak je Tun M sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri buat sementara.Bila keadaan kembali pulih,kita serahkan kembali pada yang berkebolehan untuk menerajuinya.Pada aku tak salah untuk kita mencuba.Kita harus akui yang pengaruh Tun M masih kuat dalam arena politik.Apa yang diperkatakan Tun Daim tentang peralihan pengundi pada PR semasa PRU lalu ada betulnya didalam wawancara di Mingguan Malaysia semalam.Masih ada masa untuk kita perbetulkan segalanya.

Saturday, November 21, 2009

JOM CUBA AIR ECPI


KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR ECPI• Halusnya (0.001-0.004 micron) atau 2500 kali ganda dari SEL DARAH MERAH.• Bersih, suci dan murni.• Akali (ph 7.3-8.5)• Mengandungi oksigen 20% lebih tinggi dari air lain.• Mengandungi nano colloid.• Mengandungi 1732 caj tenaga ERF. (125,000 kali ganda berbanding saiz nano (1/10003)
ANDA BOLEH MENGUJI KEHEBATANNYA SENDIRIMENGAWAL GULA DALAM DARAHLihat perbezaan bacaan gula dalam darah selepas sejam meminum air ECPI
MEMBANTU MENGEMBALIKAN KESEIMBANGANBertindak balas cepat terhadap sebarang permasalahan kesihatan. Lihat perubahan terhadap simptom.
CEPAT MERANGSANG TENAGAMerangsang tambahan tenaga serta menghilangkan keletihan dengan cepat
GANGGUAN MAKHLUK HALUSBeri minuman dan sapu kepala dengan air ECPI dan berdoa untuk kesembuhan.
MENGELUARKAN TOKSIDRokok akan berubah rasa selepas diletakan selama 15-20 minit.
MELANCARKAN PERJALANAN DARAHTapak tangan anda akan menjadi lebih kemerahan selepas beberapa minit meminum air ECPI.www.ecpiwaterbangsar.blogspot.com
KECANTIKAN KULITAmalkan mencuci muka dengan air ECPI. Kulit akan menjadi bertambah muda dan segar. OBESITIECPI mampu membantu mengatasi masalah obesiti kaedah mudah dan selamat.

51 SEBAB SAINTIFIK MENGAPA PERLU MEMINUM ECPI 8-10 GELAS @ 2.5-3.0 LITER SEHARI

1. Tubuh badan kehilangan bendalir / air di dalam tubuh di antara 6-8 gelas sehari dan ia wajib diganti 8-10 gelas atau 2.5-3.0 liter sehari.
2. Tubuh badan memerlukan air yang halus, suci, beroksigen tinggi, berkolid, nano-mineral, berakali, diamond clustered dan mengandungi tenaga therepeutic seperti air ECPI atau air zam-zam.
3. Kekurangan air boleh mengganggu fungsi organ dan akhirnya membunuh.
4. Merangsang tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.
5. Menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga mekanikal yang diperlukan oleh sel.
6. Membentuk ikatan kukuh struktur sel.
7. Menghindar dan menbaiki kerosakkan DNA yang tidak normal.
8. Merangsang sistem imun.
9. Bertindak sebagai pelarut / bendalir yang membantu proses penhadaman.
10. Memberi tenaga kepada makanan untuk proses penhadaman.
11. Meningkatkan kadar penyerapan bahan penting yang terdapat di dalam makanan.
12. Membantu proses pengankutan semua bahan di dalam tubuh.13. Meningkatkan kemampuan sel darah merah mengumpul oksigen.
14. Membawa oksigen ke dalam sel dan membawa gas buangan keluar.
15. Mengeluarkan semua sisa-sisa toksid dari seluruh badan.
16. Bertindak melicinkan kawasan sendi dan menghindarkan sakit sendi dan sakit belakang.
17. Membina kekuatan tulang rangka.
18. Membantu mengatasi masalah sebelit.
19. Membantu mengatasi masalah serangan jantung dan angin ahmar.
20. Membantu mengatasi masalah penyempitan saluran jantung dan otak.
21. Sangat berkesan di dalam membantu sistem penyejukan badan, perpeluhan dan pemanasan badan.
22. Membekalkan tenaga elektrik bagi merangsang fungsi otak.
23. Sangat diperlukan oleh hormon terutamanya neuro tranmiter termasuk serotonin.
24. Sangat diperlukan bagi menghasilkan hormon otak termasuk melatonin.
25. Menghindar dan mengatasi sindrom kurang perhatian.
26. Menambah tenaga.www.ecpiwaterbangsar.blogspot.com
27. Mempunyai ciri terbaik dan boleh diminum tanpa kesan sampingan.
28. Membantu mengurangkan stress dan kemurungan.
29. Mampu mengatasi masalah tidur.
30. Mengekalkan awet muda.
31. Memperbaiki tahap penglihatan.
32. Merangsang sistem pembuatan darah.
33. Merangsang sistem pembuatan darah dan mengelakkan masalah luekimia dan lymphoma.
34. Menjadikan sistem imunisasi lebih efektif.
35. Melarut serta mengelakkan pembekuan darah serta mengstabilkan viscosity, isipadu dan tekanan darah.
36. Mengatasi masalah senggugut.
37. Memulihkan sistem penghasilan darah.
38. Mengatasi masalah pemendapan di dalam saluran darah.
39. Mengatasi masalah kekurangan air badan dan kehausan.
40. Meningkatkan kemampuan tubuh menghasilkan hormon seks dan mengatasi masalah lemah syhawat.
41. Memisahkan sensasi lapar dan dahaga.
42. Mengatasi masalah berat badan.
43. Membersih mendapan pada sel, tisu, ruang sendi, buah pinggang, hati, otak dan kulit.
44. Mengurangkan kesakitan sewaktu kehamilan.
45. Membantu mengurangkan masalah keguguran.
46. Mengkoordinasi fungsi otak dan badan bagi meningkatkan kecekapan berfikir dan bertindak.
47. Mampu mengatasi masalah alzheimer, multiple scleross, parkinson, dan penyakit berkaitan disorder saraf dan otak.
48. Memulihkan ketagihan berkaitan kafein, alkohol, dan beberapa jenis dadah.
49. Meningkatkan sistem imun serta mewujudkan beberapa lapisan daya tahan.
50. Mengkoordinasi seluruh tubuh badan dan mampu mengubati setiap jenis penyakit.
51. Minuman berfungsi tinggi untuk tenaga, kesihatan dan kecantikan.

http://www.ecpiwaterbangsar.blogspot.com/
HARGA PASARAN
RM 8.10
RM 5.80 (harga Ahli)
Sebotol 1.5 liter
RM 3.00
RM 2.40 (harga Ahli)
Sebotol 500ml

Jika berminat sila hubungi:-
HAIZAM-------019-6626758
AZLAN---------019-2032425
ZAKI------------012-9100651

Sunday, November 8, 2009

Piala Malaysia Melabuhkan Tirainya

Piala Malaysia telah melabuhkan tirainya semalam dengan dimenangi oleh pasukan hoben jang hoben (N9).61 tahun selepas memenangi Piala HMS Melaya dan 2 kali mencuba untuk memenangi Piala Malaysia tetapi dihampakan oleh Perak dan Perlis kini tiada siapa boleh pertikaikan lagi kehebatan N9 dalam arena bolasepak negara.Tahniah buat pasukan N9.Bagi Kelantan pula,walau tewas tapi tahun ini mereka telah menunjukkan peningkatan yang cukup baik.Mungkin rezeki Kelantan cukup sekadar hanya menjadi naib juara Piala FA dan Piala Malaysia.
Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan.Tapi harus di ingat,pasukan lain juga akan perkuatkan pasukan masing-masing untuk musim akan datang.Kini kita tak boleh cakap pasukan mana yang hebat di Malaysia.Siapa yang buat persediaan rapi dan dapat mengikat pemain-pemain berkualiti pasukan itulah akan berjaya.Mungkin tahun depan pasukan kelab akan menonjol.Kita nantikan.
Berbalik pada perlawanan semalam,aku cukup kecewa dengan gelagat penyokong Kelantan.Penyokong-penyokong negeri lain pun fanatik dengan bola,tapi tiada la bertindak sedemikian rupa.Sehinggakan kerusi stadium dibakar,bunga api dan mercun dilempar sana-sini.Secara tak lansung ia menggangu konsentrasi pemain ditengah padang.Sepatutnya tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Beri sokongan padu dengan cara yang berhemah dan terhormat.
Lepas tu pula sebelum perlawanan lagi penyokong-penyokong Kelantan telah memulakan tindakan ganasnya.Ada ke patut mereka rempuh pintu masuk stadium.Kalau tiket dah ada kenapa perlu risau tak dapat masuk.Sabar je la.Aku rasa ini mesti dimulakan mereka-mereka yang tiada tiket dan mereka-mereka yang bawa barang-barang yang dilarang. Diharap penyokong Kelantan berdisiplinlah untuk musim akan datang.Janganlah tunjuk yang diri tu tidak bertemadun.Ambil contoh penonton di England,Jerman dan Spain mereka cukup menghayati sesuatu perlawanan yang sedang berlansung.Walaupun pasukan mereka ketinggalan atau dalam kedudukan tercorot dalam liga,mereka tetap memenuhi stadium untuk memberi sokongan padu.Semoga tahun hadapan saingan bolasepak di Malaysia bertambah hebat dan pasukan Kebangsaan kita kembali menggegar dipentas Antarabangsa.

Thursday, November 5, 2009

Siapa Dibelakang Tabir Isu Dr Asri?

Masih belum terlewat untuk aku berbicara isu yang sedang hangat ketika ini tentang serbuan serta pertuduhan JAIS terhadap Dr Asri mantan Mufti Perlis tempoh hari.
Pada aku apa yang berlaku telah memalukan JAIS sendiri.Apa motif disebalik apa yang berlaku ini?Siapa dibelakangnya?
Tidak kira dipihak kerajaan pusat atau pekatan rakyat pada aku perkara ini tidak sepatutnya berlaku.Jangan disebabkan politik hal agama dibabitkan sama.Dalam isu Dr Asri sepatutnya JAIS gunakan pendekatan yang berhemah.Beliau bukannya mengajar ajaran sesat.Tak perlulah pergi serbu sampai 30,40 orang.Macamlah beliau penjenayah yang mendatangkan bahaya pada Negara.
Bila ditanya sebabnya soal tiada tauliah yang ditimbulkan.Gunakan budi bicara sebaiknya.Peraturan tetap peraturan,tapi berilah kelonggaran pada beliau.Kalau ajaran yang beliau sampaikan tidak betul,bagaimana Raja Perlis boleh perkenan perlantikan beliau sebagai Mufti suatu ketika dulu.
Lagi satu,adakah semua orang yang berceramah di Selangor ada tauliah.Cuba JAIS pergi siasat di surau-surau dan masjid-masjid di taman perumahan,adakah penceramah yang dijemput ada tauliah dari JAIS.Lagi satu andai yang berceramah tentang agama dengan mengunakan pentas politik adakah mereka ada tauliah?Lepas ni suruh semua kakitangan JAIS buat kerja.Pergi pantau semua surau,masjid serta setiap ceramah yang diadakan adakah penceramah-penceramah mempunyai tauliah yang di keluarkan JAIS.
Yang pegawai JAKIM ni sorang lagi.Tiba-tiba pula menyibuk.Timbulkan soal Ijazah palsu Dr Asri.Kalau betul palsu kenapa korang tak buat pendedahan di peringkat awal.Di saat ni pula nak timbulkan macam-macam isu.Lepas tu tak nak mengakulah pula berkata begitu.Boleh pula cakap kalau Dr Asri nak saman,samanlah wartawan Utusan.Mereka yang salah sampaikan.
Sepatutnya kalau betul wartawan Utusan yang salah sampaikan tak payahlah suruh Dr Asri yang saman,Tuan yang punya diri yang bercakap perlu saman wartawan Utusan tersebut.
Buktikan diri tu benar.
Aku harap Dr Asri dapat melalui keadaan ini dengan tabah.Teruskan berdakwah dan menulis di Minda Tajdid.Aku salah seorang pengunjung tetap di situ dan akan terus mengunjungi selamanya.

Sunday, November 1, 2009

Suara Orang Muda

Kebelakangan ini aku perhatikan politik UMNO Lembah Pantai tampak lesu.Lesu maksud aku bukannya dari segi program tapi dari segi semangat untuk bersatu.Apa yang berlaku ini dikhuatiri akan menyebabkan perpecahan.Sepatutnya semua yang ada bersatu untuk membantu RNC selaku Ketua Umno Bahagian merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.
Lupakan soal pemilihan akan datang.Perkara utama yang harus difikirkan adalah cara untuk menarik kembali sokongan pengundi di Lembah Pantai terhadap BN untuk PRU 13.Dalam program UMNO memang kita nampak sokongan dari ahli cukup kuat.Tapi adakah ia cukup.Dengan hanya lebih kurang 16 ribu ahli UMNO di Lembah pantai dan yang mendaftar sebagai pengundi dengan SPR hanya kira 10 ribu ia belum menjamin kemenangan BN.
Pada pendapat aku kini kita harus menjadi jaguh.Kita harus tunjukkan UMNO Bahagian sentiasa kehadapan untuk membantu rakyat.
Jangan kita biarkan RNC keseorangan turun padang sekadar mengunakan tiket Kementerian.
Baru-baru ini semasa Program Taklimat Penjualan Rumah PPR.Aku perhatikan tiada perancangan teliti untuk untuk kita menjuarai majlis tersebut.Memang la dalam sesi soal jawab sesiapa pun boleh bercakap.Tapi pada aku kalau kita nak masyarakat setempat pandang pada UMNO sepatutnya kita yang kontrol sesi tersebut.Jangan kita bagi ruang pada mereka yang pro pembangkang untuk bersuara.Dan isu yang aku nampak banyak disuarakan adalah isu maintenance,pendapatan isi rumah dan jumlah wang yang harus dibayar untuk urusan jual beli yang hampir 5 ribu lebih.
Disitu aku nampak kekurangan kita.Sebab aku perhatikan kita diam.Kita biarkan mereka yang dulu suarakan luahan penduduk.Jangan kita bagi ruang untuk menampakkan mereka hebat.Bukannya kita tiada jurucakap yang hebat.Ramai yang boleh dan berani bercakap.Ini telah terbukti setiap kali Persidangan UMNO Bahagian, ketika ucapan penangguhan wakil-wakil dari cawangan berebut-rebut nak bercakap.Sampaikan Pengerusi Tetap terpaksa pilih beberapa orang sahaja yang boleh bercakap..
Dalam kepimpinan Bahagian pula semua harus bersatu.Tak perlulah Timbalan dengan orang-orangnya,Naib dengan orang-orangnya.Soal pertandingan akan datang lambat lagi.
Pada aku kita harus pastikan BN kembali menguasai Lembah Pantai pada PRU 13 nanti.
Lagi satu banyak yang dibincangkan soal projek.Kunun-kununnya dapat projek nak tolong anak-anak buah.Bila tak dapat projek mula la bising.Habis heboh cakap tak dapat projek.Sampai keluarlah ayat orang tu tak nak bagi projek,orang tu tak nak tolong.Tapi bila dapat projek tak nak pula cerita kat anak-anak buah yang orang tu bagus la bagi projek kat saya.Senyap je.Tahu-tahu untung dah habis atau cakap projek ciput je.Itulah realitinya.
Dalam Pergerakan Pemuda pun aku tengok dah berjangkit.Sibuk sangat nak mewujudkan kumpulan.Aku perhatikan dalam komen di Wilayahkini ada AJK yang bercakap kena tinggal dengan Ketua Pemuda,Ketua Pemuda dah kaya bila jadi Supol.Hakikatnya korang yang tinggalkan Ketua Pemuda.Sibuk sangat nak mencari Ketua lain.Janganlah kita melawan arus.Bila kita melawan arus,tu yang kita rasa kena tinggal.Cukup-cukuplah kita ada seorang Ketua.Belum apa-apa dah sibuk nak cari Ketua lain untuk pemilihan akan datang.
Aku minta maaflah kalau ada yang terasa.Tapi aku bercakap ini kerana aku nak tengok UMNO dan BN kembali gah dimata pengundi di Lembah Pantai.
Jangan kita sibuk nak merebut jawatan tapi satu kerja pun tak jalan.Kita harus perbanyakkan program yang boleh melibatkan semua Cawangan.Dengan itu secara automatiknya akar umbi akan turut merasainya sekali.

Friday, October 23, 2009

Liverpool Harus Bangkit Hujung Minggu Ini


Hujung minggu ni perlawanan yang bakal menentukan hala tuju pasukan kesayanganku Liverpool akan berlangsung.Bukan calang-calang pasukan yang akan di temui.Siapa yang tak kenal MU.Tapi aku tak penah heran pun dengan MU.Kedua-duanya mempunyai sejarah yang hebat.Kini Liverpool dan MU masing-masing memegang rekod 18 kali menjuarai EPL.Andai salah satu pasukan ini menjadi juara,maka sejarah baru akan tercipta dengan menjadi pasukan terhebat dan paling berjaya dalam EPL.
Aku cukup berdebar-debar menanti perlawanan hujung minggu ini.Dengan prestasi Liverpool yang sedang merudum hanya keajaiban yang diharapkan.Ini semua gara-gara krisis kecederaan terhadap pemain utama yang berlaku serentak.Tiada penganti yang boleh mengambil tempat Gerrard,Torres,Reira dan 2,3 orang lagi yang kecergasan masih diragui.
Aku berharap Benitez tidak silap percaturan kali ini.Aku masih percaya Benitez adalah pengurus terbaik diantara mereka-mereka yang pernah menyandang jawatan tersebut.Pemain harus tingkatkan lagi keyakinan dan kesungguhan dan peminat harus terus memberi sokongan walau pasukan sedang bergelut mencari prestasi terbaik.

Sunday, October 18, 2009

Pelancaran Penjualan Rumah PPR Dan MTEN Di Lembah Pantai









Sekadar perbandingan yang ingin aku buat dengan post aku sebelum ini tentang Program di Wangsa Maju.Dengan kehadiran hampir 20 ribu orang di Lembah Pantai tapi tidak pun diasingkan Pemimpin dan Rakyat.Kita harus tengok pada program yang dianjurkan.Pasukan keselamatan kan ada.Biar mereka menjalankan tugas mereka.Tak perlu pagar untuk asingkan rakyat bersama pemimpin.



Pagar Memisahkan Rakyat Dan Pemimpin..




Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran UMNO Bahagian Wangsa Maju telah diserikan dengan kehadiran Presiden bersama Timbalan beliau. Namun disebalik kemeriahan majlis terdengar suara2 yang mengeluh tidak puas hati dengan susun cara kedua dua pemimpin tersebut diasingkan dari rakyat jelata dengan pengadang besi.Kenapa perkara begini berlaku sedangkan itu jamuan hari raya.Biarkan rakyat mudah untuk bermesra bersama pemimpin.Inikah perubahan yang dikatakan?
Harap perkara sebegini tidak berulang lagi.

Friday, October 16, 2009

Pindaan Perlembagaan UMNO Yang Telah Diterima Para Perwakilan


* Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian. Melalui usul pindaan ini juga, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara automatik.
* Memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan. (Syarat minimum untuk menjadi calon akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno); * Pelantikan wakil Pergerakan Wanita untuk mengisi kerusi jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan MT;(Pindaan ini menjadikan jumlah anggota yang dilantik bertambah, iaitu bagi MT daripada 12 kepada 13 orang, anggota jawatankuasa peringkat bahagian daripada tujuh kepada lapan orang, dan jawatankuasa cawangan daripada lima kepada enam orang);
* Pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak, dan dengan itu sebuah Jawatankuasa Pemilihan Umno akan ditubuhkan untuk menyelia dari segi logistik dan kos. (Anggota jawatankuasa akan dilantik Presiden parti);
* Penghapusan yuran tahunan keahlian dan digantikan dengan yuran seumur hidup; * Memberi mandat kepada ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat cawangan untuk mengesahkan keahlian baru; dan
* Mengiktiraf setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno secara automatik.


Dengan lulusnya usul ini,diharap UMNO kembali kukuh dan akar umbi gunakanlah peluang ini sebaiknya.Sama-sama kita kembali perkuatkan UMNO.

Wednesday, October 14, 2009

Selamat Bersidang Kepada Semua Perwakilan

Minggu ini minggu yang penting bagi parti keramat orang melayu iaitu UMNO.Persidangan Agung UMNO tahun ini menentukan hala tuju UMNO untuk menjadi lebih kuat atau berkubur menjelang PRU 13.
Para perwakilan gunakan peluang ini untuk membicarakan idea-idea bernas semasa pembentangan usul pindaan perlembagaan nanti.Anda yang akan menentukan ianya diterima atau tidak.
Andai inginkan perubahan dan UMNO kambali diterima rakyat,buatlah keputusan dengan bijak.Kita dah nampak apa yang berlaku di Bagan Pinang.Rakyat inginkan perubahan.Dan Perdana Menteri kita telah mulakan.Jadi janganlah kita hanya mengharapkan DS Najib.
Kita sebagai ahli UMNO harus bersama membantu aspirasi beliau supaya ia kekal dan diterima setiap lapisan masyarakat.

Friday, October 9, 2009

RNC Di Bagan Pinang
















Senator Dato Raja Nong Chik turun padang di Bagan Pinang untuk berkempen memastikan BN menang pada ahad ini.Pendekatan yang baik.Beliau memberi ceramah di rumah pengundi di Cawangan Taman Desa Rusa Bagan Pinang.Dengan cara ini pengundi lebih dekat dengan pemimpin.Turut sama memberi ceramah Datuk Abdul Aziz Timbalan Pengerusi Tatap Umno serta Lokman Nor Adam Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Tuesday, October 6, 2009

HADIAH LUMAYAN MENANTI BLOGGER..

KEMENTERIAN WILAYAH TELAH MENGAMBIL SATU PENDEKATAN DENGAN MENGANJURKAN PERADUAN BLOGFORFT SELAMA 3 BULAN BERMULA SEMALAM SEHINGGA 5 JANUARI 2009.PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG ANTARANYA SEBUAH KERETA PEUGEOT 309 VTI DAN KIA OPTIMA 2.0.SELAIN ITU ADA HADIAH LAIN JUGA MENANTI PEMENANG SEPERTI KOMPUTER,TIKET PENERBANGAN,MOTOSIKAL DAN PENGINAPAN DI HOTEL MEWAH.
PERADUAN MELALUI INTERNET INI TERBUKA PADA SEMUA ORANG YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAINYA.
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN SENATOR DATO RAJA NONG CHIK DALAM UCAPANNYA BERKATA,PERADUAN INI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN INTERNET SECARA POSITIF DAN SECARA TIDAK LANSUNG IA DAPAT MEMPROMOSIKAN KUALA LUMPUR,PUTRAJAYA DAN JUGA LABUAN.
IA BOLEH DISERTAI DALAM BENTUK PENULISAN TEKS,VISUAL,AUDIO ATAU VIDEO MENGIKUT KREATIVI PERSERTA MELALUI BAHASA MALAYSIA DAN INGGERIS DENGAN KONSEP BERCERITA.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI WEB www.blogforft.com

Saturday, October 3, 2009

Buat Pengundi-Pengundi Bagan Pinang

KENYATAAN AKHBAR MELALUI SMS OLEH YB HJ. AHMAD MASLAN, KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA; DIHANTAR PADA JAM 6PTG, 2/10 DARI BAGAN PINANG.

1. Gagasan 1Malaysia.. Rakyat didahulukan.. Pencapaian diutamakan adalah usaha gigih kerajaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.. komposisi rakyat Bagan Pinang (67% melayu/Bumiputera, 32% India/cina) adalah hampir menyerupai komposisi rakyat Malaysia (66%Bumiputera, 33% bukan bumiputera).. oleh itu, gagasan ini sesuai diterima dan kena pada tempatnya disini.
2. Pembangunan yang baik di kawasan ini adalah bukti kerajaan BN menunaikan tanggung jawabnya dengan amanah.. sekolah, masjid, prasarana awam, hospital, politeknik, kawasan perniagaan dan pelancongan yang terkenal adalah contoh-contoh utama.. BN akan meneruskan pembangunan ini.. Limpahan kerja, perniagaan, keceriaan kawasan untuk manfaat rakyat adalah kebaikan industri pelancongan yang ada.
3. Tan Sri Isa adalah calon BN adalah anak tempatan yang banyak jasa,, dia dibesarkan di kawasan ini, bersekolah disini, arwah isterinya juga berasal di sini.. Beliau mudah didekati, mesra rakyat dan setia berkhidmat, 22 tahun menjadi MB, 30 tahun jadi wakil rakyat, calon PAS adalah orang luar yang langsung tiada jasa apa-apa di sini.
4. PD telah diumumkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh YAB PM pada 29/10.. Ini mengangkat status tentera yang ada sebuah Bandar sendiri lebih-lebih lagi yang dipilih ialah Port Dickson yang terkenal kepada semua.. Selain itu, banyak perkara kebajikan ATM yang telah di umumkan oleh PM yang sebelum ini adalah Menteri Pertahanan.. Orang awam yang lalu lalang di PD boleh melihat kawasan tentera yang menarik khasnya pusat latihan dan perumahan.
5. Ahli Parlimen PKR Telok Kemang serta 3 lagi ADUN PKR dan DAP yang menang di kawasan ini hanya menumpang tuah pembangunan BN yang telah dilaksanakan.. Pembangunan apa yang mereka buat untuk rakyat? .. jangan diulang kesilapan. Tugas wakil rakyat adalah auntuk member yang terbaik untuk rakyat.. Ini boleh dilaksana oleh Tan Sri Isa yang banyak pengalaman dengan kerajaan negeri dan hubungan baik dengan Pemimpin pusat.. Terima Kasih..

Tuesday, September 22, 2009

Singgah Sahur Di KL Sentral











Program singgah sahur TV3 episod terakhir di KL Sentral telah berlansung dengan jayanya.Menteri Wilayah Persekutuan turut sama turun padang bersama-sama dengan rakan-rakan dari UMNO bahagian Lembah Pantai seperti Sdr Ir Ikhsan selaku Timbalan Ketua UMNO bahagian,Sdr Ramlan Askolani dan ramai lagi untuk melihat serta mengucap selamat jalan kepada mereka-mereka yang ingin pulang ke kampung halaman meraikan Hari Raya bersama keluarga.Bagi TV3 pula ia diwakili oleh Datuk Farid Ridzuan.Program ini sungguh berjaya dengan sokongan dari banyak penaja yang sudi turut serta menjayakannya.

Tuesday, September 15, 2009

F1 1 MALAYSIA IMPIAN JADI KENYATAAN

Hari ni sejarah telah tercipta.Malaysia maju setapak lagi.Kini kita bole berdiri sama tinggi dengan Negara-Negara lain yang lebih maju dalam bidang permotoran.Sebagai rakyat Malaysia aku cukup berbangga denagan tertubuhnya pasukan F1 1 Malaysia yang di ilhamkan Perdana Menteri kita DS Najib.Kini jenama 1 Malaysia serta Proton akan menjadi sebutan di merata dunia.Tentunya kini rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk menonton perlumbaan F1 2010 di Sepang pada tahun hadapan.Ini lah yang di inginkan.Kita ada pasukan sendiri dengan kepakaran yang lengkap.Kita juga harus lebihkan kepakaran anak tempatan dalam Team ini.Sebagai mana yang kita tahu Petronas telah melibatkan diri lebih awal dalam F1.Ada kakitangannya yang terlibat dalam Team F1 sebelum ini.Jadi kita harus gunakan kepakaran mereka sebaiknya.Dalam pemilihan pelumba aku berharap 2 pemandu harus datangnya dari anak Malaysia.Seorang pelumba ujian dan seorang lagi pelumba kedua.Pelumba utama kita harus cari mereka yang berpengalaman yang boleh membimbing pelumba-pelumba kita untuk maju ke hadapan serta boleh membawa jenama kita dengan jayanya.Diharap F1 1 Malaysia akan berjaya dan mendapat sokongan keseluruhan rakyat Malaysia.

Samy dan MIC lupa diri

Hatiku cukup tersentuh apabila melihat pemimpin-pemimpin dalam UMNO kembali bersatu.Inilah yang kita inginkan.Ada rahmatnya apabila Tun Mahathir dihina.Kini tidak kira orang itu pernah dikritik oleh Tun tetapi sebagai seorang pemimpin yang dihormati kita harus mempertahan beliau.Sebagai Negarawan Ulung yang dihormati seluruh dunia tidak sepatutnya Tun dilayan sebegini rupa.Telah banyak jasa yang Tun telah curahkan untuk kesenangan anak bangsa kita.Tidak kurang juga untuk menaikkan martabat bangsa lain.Ianya berjalan seiring.Cuma siapa yang pandai mengunakan peluang yang diberi dia lah akan berjaya.Siapa yang malas di situlah kekal taraf hidupnya.
Dalam hal penghinaan ini pada aku MIC n Samy perlu bertangungjawab.Selipar dikalungkan pada leher adalah satu penghinaan yang besar.Bila kita bawa kepala lembu tahu pun marah.Sedangkan lembu terlalu enak untuk di makan.Selipar ini hanya layak letak dikaki.Mana ada orang letak selipar dileher.Jadi tak kanlah kita nak kalungkan selipar pada Negarawan Ulung kita.Apa perasaan orang india andai kita pula kalungkan selipar pada pemimpin agung mereka.?Adakah mereka suka?MIC ambillah tindakan secepat mungkin pada ahli mereka.Jangan biarkan hal ini berlajutan.Ramai rakyat Malaysia telah terguris dengan keyataan yang dibuat.

Monday, September 14, 2009

Pemuda Turun Padang Untuk Menyemarakkan Semangat Aidilfitri
















Rakan-rakan Pemuda Lembah Pantai telah turun padang untuk menaikkan banner-banner Hari Raya disekitar Lembah Pantai.Sebanyak 11 banner telah dipasang merangkumi banner dari Pemuda UMNO dan juga dari GPMS.

Friday, September 11, 2009

KEDATANGAN SYAWAL


KEMERIAHAN SYAWAL MENGIMBAU KENANGAN
RAKYAT PEMIMPIN BERGANDING BAHU
SAUDARA YANG JAUH KITA DEKATKAN
SYAWAL DIRAI BERSEMANGAT BARU


TINGGAL KURANG LAGI 2 MINGGU SELURUH UMAT ISLAM AKAN MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL.DIHARAP SYAWAL INI MEMBERI SINAR BAHAGIA BUAT SELURUH UMAT ISLAM.SALAM AIDILFITRI 1430 HIJRAH MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA SEKELUARGA BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN.

Tuesday, September 1, 2009

PERTAHANKAN KEMERDEKAAN KITA SELAMANYA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52 KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA..TERAPKAN SEMANGAT SATU MALAYSIA SUPAYA KEMERDEKAAN KITA BERKEKALAN SELAMANYA..MERDEKA!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!!

Friday, August 28, 2009

Politik Cantas-Mencantas

Entah bila la masalah dalam BN akan selesai..Yang kita ni sibuk nak perkuatkan kembali sokongan rakyat terhadap BN,tapi MCA lain pula caranya.Sekadar ingin bertukar pendapat,adakah dengan pemecatan Soi Lek imej MCA dan BN kembali pulih?Adakah ini konspirasi untuk menjatuhkan beliau?Aku simpati pada Soi Lek.
Pada aku perkara telah lama berlaku.Dah berlalu hampir 2 tahun.Tapi kenapa sekarang baru tindakan di ambil.?Tak logik kalau dikatakan merosakkan imej MCA.Sedang seperti yang kita tahu Soi Lek telah diterima akar umbi MCA dengan memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA pada pemilihan MCA yang lepas.Dan kenapa tindakan tidak diambil semasa isu ini timbul mula-mula dahulu.Pelikkan?
Nampaknya memang sokongan masyarakat cina tidak akan kembali terhadap BN selepas ini.Ini kerana politik cantas mencantas masih wujud.Ini akan memberi ruang pada DAP untuk mendapat undi dari masyarakat cina yang kecewa dengan keputusan tersebut.Memang kita tidak nampak kesannya sekarang.Tapi dalam diam ia akan menular seperti apa yang berlaku pada PRU yang lalu.Tahu-tahu sahaja sokongan pengundi pada BN hilang.Siapa sangka populariti Anwar yang dah hilang semasa PRU 2004,tiba-tiba naik mendadak semasa PRU 12 yang lalu.Ingatkan bila dibebaskan beliau akan insaf.Tapi rupa-rupanya lagi teruk dari kes 1998..Siapa pula salah dalam hal ini?Semua tahukan.Yang pergi bebaskan mamat pengkhianat ni kenapa?Sekarang kitalah yang kena tanggung akibatnya.Sedangkan sokongan pada beliau semakin meningkat.Inilah yang aku takutkan.
Di saat ini apa yang aku nampak BN akan hilang kuasa pada PRU akan datang jika masalah-masalah dalaman masih belum dapat diselesaikan.Seperti yang kita ketahui,hanya UMNO sahaja yang mahu berubah,tapi parti lain dalam BN seperti MCA,MIC dan PPP masih bercakaran sesama sendiri.Pemimpin yang diterima akar umbi habis kena cantas.Harap DS Najib perlu masuk campur dalam hal ini.Jangan biarkan hal-hal sebegini berterusan.Atau kita biarkan mereka dan kita cari formula baru untuk menyatukan kembali masyarakat Melayu untuk memberi sokongan pada UMNO.Pada aku jangan harap undi mereka bangsa lain akan kembali pada BN pada PRU akan datang.Mereka semua semakin jauh...jauh...dan jauh...

Sunday, August 23, 2009

PEMUDA LEMBAH PANTAI SEDIA KEHADAPAN




INILAH DIA PEJUANG-PEJUANG LEMBAH PANTAI..YANG AKAN KEHADAPAN BERJUANG UNTUK MERAMPAS KEMBALI KERUSI PARLIMEN LEBAH PANTAI DARI TANGAN PKR PADA PRU 13 NANTI..GAMBAR SEMASA MENYAMBUT KETIBAAN DS HISHAMUDDIN SEMASA PERASMIAN PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI 2009.

Wednesday, August 19, 2009

PENGKHIANAT HARUS DIHALAU..

KEPADA RAKAN-RAKAN SEKALIAN JOM KITA SAMA-SAMA BERKEMPEN LAUNGKAN 'ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA'.TIDAK PERLU KITA RASA TAKUT DENGAN BELIAU.KERANA BELIAULAH YANG TELAH MEMECAH BELAHKAN KITA BANGSA MELAYU SERTA MEMALUKAN NEGARA DI MATA DUNIA..

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PEMUDA,WANITA SERTA PUTERI UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI


"Masa depan Pemuda perlu bersandarkan kepada idealisme yang bertunjangkan jati diri bangsa Melayu. Tanpa jati diri, identiti akan hilang. Tanpa identiti, tidak mungkin kesetiaan terhadap Agama, Bangsa dan Negara dapat dipertahankan.Jati diri adalah bagaimana hati, perasaan dan akal budi memahami dan mengenali diri kita sendiri serta bagaimana orang pula mengenali kita. Inilah jati diri atau identiti kita yang paling asasi. Sebuah bumi tempat dipijak dan lapisan langit tempat dijunjung. Di sepanjang sejarahnya bumi ini dikenali sebagai dunia Melayu.Bumi yang bernama alam Melayu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Melayu, di mana setiap bentuk landskap alamnya, fauna dan floranya dinamakan dalam Bahasa Melayu. Terbangun pula tamadun dan kebudayaan Melayu yang tercatat jauh dalam sejarah.Umatnya berajakan Melayu, berkerajaan Melayu membentuk pelbagai negara dan setiap corak kehidupannya bersendikan adat budaya Melayu. Manakala Islam bertunjang teguh sebagai agama anutan umat Melayu.Bumi yang dipijak ini, Bahasa Melayu, adat Melayu, kebudayaan Melayu, tamadun Melayu, Kerajaan Melayu dan Islam inilah ciri-ciri yang kita perjuangkan selama lebih setengah abad di atas nama UMNO.Atas perjuangan UMNOlah, ciri-ciri jati diri ini dan sejumlah hak yang berkaitan dengannya menjadi sah dalam Perlembagaan negara. Pemuda sebagai pewaris hak dan legitimasi ini, wajib memahami sedalam-dalamnya makna dan implikasi setiap aspek jati diri ini, lantas memperjuangkannya agar umat Melayu kekal sebagai teras kedaulatan negara.Sebagai pewaris hak, Pemuda juga memikul tanggungjawab untuk menghidupkan kembali nilai dan semangat murni yang terkandung dalam adat resam, budaya dan warisan yang membina jati diri orang Melayu."

Sunday, August 2, 2009

Sembang Pemuda

Sdr Zailani ketika memberi ucapan dalam program tersebut


sebahagian dari ketua-ketua Pemuda Cawangan yang hadir


Majlis sembang-sembang Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Lembah Pantai bersama Ketua-Ketua Pemuda Cawangan..Majlis telah berlansung di Dewan Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai.Hampir keseluruhan Ketua Pemuda Cawangan hadir ke majlis tersebut.Pemuda Bahagian di ketuai oleh Sdr Zailani selaku Naib Ketua Pemuda Bahagian bersama barisan Jawatankuasa yang lain.Ketua Pemuda Bahagian Sdr M Sazali Kamilan tidak dapat turut sama kerana beliau berada di luar kawasan ketika itu.

sedang mendengar idea-idea dari ketua pemuda cawangan.


SUK bersama Nawari Yaacob serta ajip dari cawangan Bangsar Baru