Kemungkinan untuk kita melalui satu lagi pilihanraya kecil sangat kuat.Mungkin ia menjadi penutup bagi tahun 2009 atau permulaan bagi 2010.
Seperti kita semua sedia maklum,kawasan Kota Seputih adalah salah satu kubu kuat kita didalam Parlimen Jerlun yang diwakili YB Datuk Mukhriz Mahathir.Diharap kita dapat mencapai kemenangan seperti mana kita menang di Bagan Pinang dengan cemerlangnya.Cuma yang kita takutkan sekarang pergolakan yang berlaku dalam Umno di Kedah.Luaran kita nampak cantik tapi didalam siapa yang tahu.Banyak sangat kumpulan yang wujud.Kita takut ia mempengaruhi sokongan pengundi kepada kita.Maklumlah,pemerintahan Pas di Kedah tidak banyak isu yang timbul.Mereka bijak dan tidak terikut dengan gaya pemerintahan di PP,Selangor dan Perak yang satu ketika dulu diterajui puak-puak mereka.Diharap sebelum pilihanraya kecil berlaku,pihak kepimpinan pusat dapat selesaikan dulu segala masalah yang wujud ketika ini.Di Kedah ini cara terbaik yang aku nampak,kita harus minta bantuan Tun M untuk turun padang selesaikan masalah pemimpin-pemimpin peringkat bahagian.Tun M seorang yang dihormati tidak kira dimana sahaja terutamanya di Kedah.Jadi kita gunakan kebijaksanaan beliau untuk pulihkan Umno Kedah.Kalau boleh kita letak je Tun M sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri buat sementara.Bila keadaan kembali pulih,kita serahkan kembali pada yang berkebolehan untuk menerajuinya.Pada aku tak salah untuk kita mencuba.Kita harus akui yang pengaruh Tun M masih kuat dalam arena politik.Apa yang diperkatakan Tun Daim tentang peralihan pengundi pada PR semasa PRU lalu ada betulnya didalam wawancara di Mingguan Malaysia semalam.Masih ada masa untuk kita perbetulkan segalanya.
1 comment:
Budak kodiang fikir tok sah la dok kacau orang tua tu. Biarlah Tun M rehat dari politik. lagi pun puak-puak umno kedah ni kerja depa kira nak cantas saja. Dato Jo, Dato Det Khalit cukup tak guna. Biar depa selesai sendiri la.
Post a Comment