Kebelakangan ini aku perhatikan politik UMNO Lembah Pantai tampak lesu.Lesu maksud aku bukannya dari segi program tapi dari segi semangat untuk bersatu.Apa yang berlaku ini dikhuatiri akan menyebabkan perpecahan.Sepatutnya semua yang ada bersatu untuk membantu RNC selaku Ketua Umno Bahagian merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.
Lupakan soal pemilihan akan datang.Perkara utama yang harus difikirkan adalah cara untuk menarik kembali sokongan pengundi di Lembah Pantai terhadap BN untuk PRU 13.Dalam program UMNO memang kita nampak sokongan dari ahli cukup kuat.Tapi adakah ia cukup.Dengan hanya lebih kurang 16 ribu ahli UMNO di Lembah pantai dan yang mendaftar sebagai pengundi dengan SPR hanya kira 10 ribu ia belum menjamin kemenangan BN.
Pada pendapat aku kini kita harus menjadi jaguh.Kita harus tunjukkan UMNO Bahagian sentiasa kehadapan untuk membantu rakyat.
Jangan kita biarkan RNC keseorangan turun padang sekadar mengunakan tiket Kementerian.
Baru-baru ini semasa Program Taklimat Penjualan Rumah PPR.Aku perhatikan tiada perancangan teliti untuk untuk kita menjuarai majlis tersebut.Memang la dalam sesi soal jawab sesiapa pun boleh bercakap.Tapi pada aku kalau kita nak masyarakat setempat pandang pada UMNO sepatutnya kita yang kontrol sesi tersebut.Jangan kita bagi ruang pada mereka yang pro pembangkang untuk bersuara.Dan isu yang aku nampak banyak disuarakan adalah isu maintenance,pendapatan isi rumah dan jumlah wang yang harus dibayar untuk urusan jual beli yang hampir 5 ribu lebih.
Disitu aku nampak kekurangan kita.Sebab aku perhatikan kita diam.Kita biarkan mereka yang dulu suarakan luahan penduduk.Jangan kita bagi ruang untuk menampakkan mereka hebat.Bukannya kita tiada jurucakap yang hebat.Ramai yang boleh dan berani bercakap.Ini telah terbukti setiap kali Persidangan UMNO Bahagian, ketika ucapan penangguhan wakil-wakil dari cawangan berebut-rebut nak bercakap.Sampaikan Pengerusi Tetap terpaksa pilih beberapa orang sahaja yang boleh bercakap..
Dalam kepimpinan Bahagian pula semua harus bersatu.Tak perlulah Timbalan dengan orang-orangnya,Naib dengan orang-orangnya.Soal pertandingan akan datang lambat lagi.
Pada aku kita harus pastikan BN kembali menguasai Lembah Pantai pada PRU 13 nanti.
Lagi satu banyak yang dibincangkan soal projek.Kunun-kununnya dapat projek nak tolong anak-anak buah.Bila tak dapat projek mula la bising.Habis heboh cakap tak dapat projek.Sampai keluarlah ayat orang tu tak nak bagi projek,orang tu tak nak tolong.Tapi bila dapat projek tak nak pula cerita kat anak-anak buah yang orang tu bagus la bagi projek kat saya.Senyap je.Tahu-tahu untung dah habis atau cakap projek ciput je.Itulah realitinya.
Dalam Pergerakan Pemuda pun aku tengok dah berjangkit.Sibuk sangat nak mewujudkan kumpulan.Aku perhatikan dalam komen di Wilayahkini ada AJK yang bercakap kena tinggal dengan Ketua Pemuda,Ketua Pemuda dah kaya bila jadi Supol.Hakikatnya korang yang tinggalkan Ketua Pemuda.Sibuk sangat nak mencari Ketua lain.Janganlah kita melawan arus.Bila kita melawan arus,tu yang kita rasa kena tinggal.Cukup-cukuplah kita ada seorang Ketua.Belum apa-apa dah sibuk nak cari Ketua lain untuk pemilihan akan datang.
Aku minta maaflah kalau ada yang terasa.Tapi aku bercakap ini kerana aku nak tengok UMNO dan BN kembali gah dimata pengundi di Lembah Pantai.
Jangan kita sibuk nak merebut jawatan tapi satu kerja pun tak jalan.Kita harus perbanyakkan program yang boleh melibatkan semua Cawangan.Dengan itu secara automatiknya akar umbi akan turut merasainya sekali.
No comments:
Post a Comment