Tuesday, September 23, 2008

SETUASI PEMILIHAN UMNO.

Kini mesyuarat Umno cawangan-cawangan telah pun selesai.Bermacam-macam perkara timbul.Ada yang tak cukum korum dan ada pula ketua cawangan yang sengaja melengah-lengahkan mesyuarat kerana takut untuk menerima kekalahan.Akibatnya banyak cawangan-cawangan yang tergantung statusnya.Maklumlah persidangan tahun ini adalah untuk memilih kepimpinan baru tidak kira di peringkat cawangan,bahagian dan juga nasional.Masing-masing mempunyai kepentingan.Di harap perkara ini tak berjangkit ke Presiden Umno yang sedang tertekan dengan isu peralihan kuasa.Manalah tahu demi untuk menyelamatkan jawatannya sekarang dan menambah kekuatan yang ada beliau pula menunda perhimpunan agung Umno pada bulan disember kelak.Ini semua tidak mustahil untuk berlaku.Dalam setuasi pemuda pula berlaku pertandingan 4 ke 5 pejuru dalam jawatan ketua pergerakan pemuda Umno Malaysia.Masing-masing bersemangat untuk bertanding.Bertandinglah secara bersih.Jangan mandikan perwakilan dengan wang ringgit.Walaupun di akui semua itu penting tapi cukup sekadar ia sebagai pemberian ikhlas.Biarlah perwakilan-perwakilan menilai mana yang terbaik untuk menerajui kepimpinan pemuda itu nanti.Seperti nama blog aku iaitu suaraperubahan sudah semestinya aku memilih Dato' Mukhriz yang senada dalam perjuangan dengan slogannya berani berubah.Kepada calon-calon lain seperti Dato Seri Khir Toyo dan Datuk Zahidi yang sama keazamannya ingin membuat perubahan lebih molek andai kalian semua berganding bahu bersama Dato' Mukhriz untuk melawan Sdr Khairy.Biarkan pertandingan menjadi 1 lawan 1.Dato Seri Khir Toyo boleh bertanding Naib Presiden dan Datuk Zahidi bertanding MT.Jangan kita pecahkan undi dari kita yang inginkan perubahan.Buat rakan-rakan pemuda Umno dan perwakilan yang akan terpilih nanti sekadar untuk aku mengingatkan andai yang di pilih itu kekayaan dalam politik pilihlah Sdr Khairy tapi jika kita semua sayangkan bangsa serta pergerakan pemuda umno itu sendiri seharusnya kita memilih Dato' Mukhriz.Fikir-fikirkanlah.Salam

Wednesday, September 17, 2008

PENGUMUMAN YANG DI NANTI,HARAP DAPAT DIPERCEPAT.

Nampaknya setuasi yang berlaku sekarang telah menunjukkan akan berlaku pertukaran kepimpinan negara dan umno dalam masa terdekat ini.Ia di lihat satu keputusan yang tepat telah di lakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi menjaga kestabilan ekonomi Negara dan keutuhan parti.Kita ketepikan soal Pakatan Rakyat yang ingin berkuasa melalui jalan belakang.Perkuatkan Umno dan Bn.Parti-parti dalam komponen juga harus berubah.Jangan sekadar mengharap Umno sahaja yang berubah.Tak perlu untuk minta yang bukan-bukan.Bersama kita berganding bahu untuk menarik kembali keyakinan rakyat yang telah hilang sebelum ini.Kemasukan kembali Tun Mahathir ke dalam Umno juga akan memberi demensi dan semangat baru kepada Umno dan Bn.Tun adalah seorang Negarawan,beliau d kagumi di seluruh dunia.Kita gunakan pengalaman yang beliau ada untuk menarik pelabur-pelabur luar datang kembali ke Negara kita.Pak Lah juga tidak harus malu untuk minta nasihat Tun.Buangkan ego demi kesejahteraan Negara dan parti.Kepada Datuk Seri Najib buktikan yang anda berkemampuan untuk memulihkan keadaan.Diharap apa yang berlaku sekarang akan berterusan dan sebaik-baiknya peralihan kuasa harus berlaku sebelum pemilihan Umno untuk mengelakkan pertandingan jawatan tertinggi serta bagi membolehkan Datuk Seri Najib memilih Timbalan beliau dengan lebih awal untuk memudahkan kerja beliau selepas ini.

Saturday, September 13, 2008

Sanusi perjelas punca Tun Mahathir mahu kembali ke Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat menyertai semula Umno kerana mahu mengukuhkan kembali parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang kini dilihat semakin parah tetapi bertegas mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.
Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir dalam perjumpaannya bersama Tengku Razaleigh Hamzah; Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik; Pemangku Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang; veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan beliau sendiri, Sabtu lalu.

“Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin mencadangkan supaya Tun kembali semula ke dalam Umno kerana hanya dengan cara itu, Tun dapat menyuarakan pandangannya kepada Umno.
“Sekarang ini, orang Umno nak panggil kita pun serba salah kerana kita bukan ahli Umno.
“Tun kata beliau sanggup pertimbangkan... yang lain terpulang kepadanya. Beliau belum buat permohonan dan belum umum bila beliau nak masuk (semula Umno) serta cawangan mana dan bahagian mana (mahu menjadi ahli),” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Sanusi berkata, walaupun Dr. Mahathir sebelum ini meletakkan syarat yang beliau akan kembali semula kepada Umno hanya apabila Abdullah berundur, tetapi apabila melihatkan parti itu menjadi bertambah teruk, beliau mempertimbangkan keputusan itu.
“Kita fikir tentang penyerahan (kuasa daripada Abdullah kepada Najib) pada 2010... nak menghadapi pilihan raya berikutnya cuma ada lebih dua tahun sahaja.
“Jadi dalam keadaan Umno dan BN yang semakin parah dan keyakinan rakyat yang semakin terhakis, sempatkah kita nak menang pada pilihan raya tahun 2013... kalau (2010) baru nak serah kuasa, kita hendak jamin kekalahan Umno pada 2013.
“Kita tidak boleh kata andaian itu melampau kerana terbukti pada 2008 kita dah punah,” katanya.
Sanusi berkata, kedudukan Umno dan BN semakin parah apabila teguran dibuat terhadapi Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berikutan kenyataannya menyentuh sensitiviti kaum Cina pada kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.
“Patutnya ada satu jawatankuasa menyelidik seperti polis atau paling tidak pun Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat).. ini tiba-tiba beliau digantung (keahlian) begitu sahaja dan kita nak tahu apakah masalah ini selesai dengan penggantungan itu.
"Ini menjadi lebih parah...orang Umno ada yang marah, orang bukan Umno nak barangkali beliau (Ahmad) dihukum lebih teruk. Jadi makin tidak puas hati (di kalangan ahli) dan kita kena cari jalan," katanya.
Sanusi berkata, Dr. Mahathir tetap bertegas mahukan Abdullah berundur atas alasan beliau yang dikatakan menjadi punca kepada krisis dalam Umno dan BN.
“Ini katanya ada banyak perkara yang hendak dilakukan kepada Umno (merujuk akhbar hari ini) sampai orang tegur pun marah.
“Kenapa marah-marah Muhyiddin... beliau tidak boleh cakap apa-apa dah. Beliau (Abdullah) kecam Muhyiddin kerana menegur keputusan Kabinet sedangkan beliau hanya mengeluarkan pandangan melihat kepada keadaan,” katanya.
Sanusi, bekas Menteri Besar Kedah dan anggota Kabinet persekutuan berkata, tindakan Dr. Mahathir menyokong Tengku Razaleigh disebabkan hanya beliau seorang sahaja yang mahu bertanding jawatan Presiden Umno.
Ketika ditanya sama ada beliau akan turut menjejaki langkah Dr. Mahathir menyertai semula Umno, Sanusi menyifatkan beliau hanyalah 'orang kecil' dan enggan mengulas lanjut.
Sanusi berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan tentang masalah Umno termasuk kekalahan BN pada pilihan raya umum yang lalu.
“Kita menang dengan majoriti besar pada pilihan raya 2004 tapi pada 2008, tidak patut kita kalah.
“Kemudian Tun memikirkan akan berlaku perubahan yang baik dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi lagi teruk. Itu bermakna masih tiada perubahan sedangkan di Permatang Pauh, jentera parti seluruh negara telah bekerja dan dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Thursday, September 11, 2008

SEJARAH AWAL BANGSA BUGIS.

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,Sarawak
Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di
Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.
Di Sabah Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.
Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.
Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.
Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.
Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.

Bagi Tanah Melayu pula Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di
Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Wednesday, September 10, 2008

KEMBALINYA TUN KE DALAM UMNO




Terharu mendengar berita yang Ayahanda Tun akan kembali ke dalam Umno.Usaha yang tidak sia-sia telah di lakukan oleh beberapa pemimpin umno terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin.Diharap Umno dapat menerima Tun kembali demi untuk mengukuhkan Umno serta Barisan Nasional.Pemimpin-pemimpin dalam Umno hari ini pun nampaknya ramai yang telah mengakui pandangan dan nasihat Tun seperti Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib serta pemimpin-pemimpin dari Sabah,Pahang serta Kedah.Untuk kebaikan parti sebaik-baiknya lantiklah Tun sebagai Penasihat Umno,Bn serta Kerajaan.Banyak yang boleh dipelajari dari Tun dan banyak yang Tun boleh bantu dari segi merapatkan kembali hubungan kaum serta menarik pelabur-pelabur luar ke malaysia.Kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundurlah secepat mungkin.Beri ruang pada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memulihkan parti.Mereka adalah gandingan terbaik buat waktu ni.

Tuesday, September 9, 2008

BERANI BERUBAH!!!



BERANI BERUBAH!!!
Ringkasan Ucapan Pengumuman YB Dato' Mukhriz Mahathir
6 September 2008,bersamaan 6 Ramadhan 1429.
Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.


Krisis Kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina Kerajaan dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri. Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan UMNO yang sebenar, yakni perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita. Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan UMNO. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.
Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan. Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa UMNO akan membetulkan dirinya sendiri. Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli UMNO, maka jangan terkejut jikalau hayat UMNO berakhir.
Kita harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.
Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan UMNO. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula UMNO. Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.
Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sekian. Terima kasih.
Dato' Mukhriz Mahathir
(Calon Ketua Pemuda Umno)
-Saya berharap agar Dato' Mukhriz akan menang pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno nanti..Buatlah satu pembaharuan, dekatkan diri dan ajak anak-anak muda buka minda mereka untuk selamatkan parti dan hak-hak orang orang melayu.. Sekarang ni generasi muda mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang gila kuasa..Carilah pendekatan yang terbaik insyaAllah.Saya tidak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan perjuangan Dato dan selamatkan tanahair kita.

Thursday, September 4, 2008

MAAF!MAAF!!MAAF!!!..SAMPAI BILA??


Kenapa hari ini kita bangsa melayu perlu minta maaf bila berkata benar.Sejarah telah membuktikan hanya bangsa melayu sahaja yg memperjuangkan dan mempertahankan bumi ini.Mati kerana bumi ini.Terseksa kerana mempertahankan bumi ini.Lupakah kita pada sejarah.Bukan kita menolak terus sumbangan bangsa lain,tapi mereka harus ingat,mereka hidup senang sekarang pun disebabkan kita bangsa melayu terlalu bermurah hati .Kita telah beri peluang yang cukup terbuka pada mereka.Kita tak kacau pun ekonomi mereka.Bahkan kita beri peluang seluas-luasnya tanpa ada rasa dengki.Salahkah kita untuk pertahankan nasib bangsa kita?Salahkah kita untuk mengingatkan mereka bangsa lain bahawa jangan mereka sentuh tentang bangsa dan agama kita.
Sepatutnya mereka yang harus membuktikan kesetiaan pada kita.Mana undi-undi bangsa mereka pada PRU yg lalu.dan yang terbaru Pilihanraya kecil Permatang Pauh.Kita BN tak mungkin kalah andai mereka bangsa lain setia bersama kita.Kenapa dulu semasa PRU 10 orang melayu berpecah di sebabkan Anwar Ibrahim mereka boleh sokong kita.Tapi kenapa tidak sekarang.Adakah kerana Perdana Menteri kita terlalu berlembut dengan mereka.Bagi je apa yang mereka tuntut.akhirnya sekali hak kita bangsa melayu yang tergadai.Buat pemimpin-pemimpin di atas sesekali berani la untuk kebenaran.Tak perlu untuk kita minta maaf.Jangan hanya berani pada bangsa sendiri.Bila mereka bersuara kita diam tapi bila kita bersuara kita yang perlu minta maaf.Akhirnya kita tetap melukut di tepi gantang di bumi sendiri..