Tuesday, September 9, 2008

BERANI BERUBAH!!!



BERANI BERUBAH!!!
Ringkasan Ucapan Pengumuman YB Dato' Mukhriz Mahathir
6 September 2008,bersamaan 6 Ramadhan 1429.
Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.


Krisis Kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina Kerajaan dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri. Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan UMNO yang sebenar, yakni perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita. Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan UMNO. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.
Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan. Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa UMNO akan membetulkan dirinya sendiri. Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli UMNO, maka jangan terkejut jikalau hayat UMNO berakhir.
Kita harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.
Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan UMNO. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula UMNO. Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.
Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sekian. Terima kasih.
Dato' Mukhriz Mahathir
(Calon Ketua Pemuda Umno)
-Saya berharap agar Dato' Mukhriz akan menang pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno nanti..Buatlah satu pembaharuan, dekatkan diri dan ajak anak-anak muda buka minda mereka untuk selamatkan parti dan hak-hak orang orang melayu.. Sekarang ni generasi muda mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang gila kuasa..Carilah pendekatan yang terbaik insyaAllah.Saya tidak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan perjuangan Dato dan selamatkan tanahair kita.

No comments: