Thursday, January 28, 2010

Rakyat diminta bertenang



Rakyat diminta bertenang..Itulah ungkapan YB Senator Datuk Raja Nong Chik bersama YB Senator Mejar General(B) Datuk Jamil Khir Baharom semasa mereka hadir melawat sebuah Masjid di Sri Sentosa yang diletak kepala babi semalam.
Beliau berharap penduduk sekitar beri kepercayaan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan seterusnya menjejaki mereka yang terlibat.Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Ketua Pengarah Jawi,Wakil-Wakil Parti Politik dan NGO-NGO dari sekitar kawasan tersebut.

Wednesday, January 27, 2010

Aura Yang Telah Hilang

Suasana panas apabila pihak Polis mula bertindak.Segelintir penyokong PR yang tidak berpuas hati telah mengerumuni khemah yang menempatkan pentas utama.

Anwar Ibrahim..Suatu ketika dulu beliau adalah pemidato terhebat dalam arena politik tanah air.Tapi kini perlahan-lahan auranya hilang.Cakap beliau kini hanya cakap kosong.Hanya tahu menghentam dan suka menimbulkan spekulasi semata-mata.Terbaru beliau telah berucap di Kg Kerinchi.Segala isu yang ditimbulkan semuanya gendang lama.Ia semata-mata untuk meraih sokongan terhadap beliau yang kini berhadapan tuduhan liwat.Lagi satu konon-kononnya beliau berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor beliau hanya dibayar RM1.Ini semua perancangan beliau yang ingin meraih sokongan Rakyat yang dah mula hilang terhadap beliau.Sesiapa pun boleh cakap dibayar RM1.Mainan pemimpin atasan seperti beliau lebih licik dari seekor ular.Lagi satu dalam ucapan beliau,beliau cakap beliau baru balik dari India dan Timur Tengah.Di India beliau berucap dihadapan lebih 40 ribu orang.Itu kata beliau la.Aku sikit pun tak pernah percaya.Kiranya standard beliau tinggi.Tapi yang membuat aku tergelak,beliau bercakap soal kehadiran 40 ribu orang di India.Di Kg Kerinchi hanya 500 orang je yang hadir.Apabila ditolak dengan anggota Polis dan pemerhati dari NGO dan Ahli Umno tinggal la kira-kira 200 orang ahli PKR dan Pas yang hadir.Itukah Standard Anwar Ibrahim???Aku harap Rakyat dan mereka yang menyokong PR telah sedar yang selama ini mereka telah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.



Friday, January 15, 2010

2010 Tahun Penting Bagi UMNO Dan BN..

Kebelakangan ini banyak isu-isu panas yang timbul seperti isu kalimah Allah,isu kesihatan Sultan Kelantan yang bermacam laporan bercanggah serta isu dalaman institusi Diraja Kelantan.Pada aku semua ini boleh diselesaikan dimeja rundingan..
Tak perlu kita bincangkan hal ini secara terbuka.Kerana lebih banyak buruknya dari yang baik.Sebagai contoh isu kalimah Allah,banyak hati yang terguris.Kini kita harap golongan bijak pandai selesaikan hal-hal sebegini dengan pantas.Kita rakyat Malaysia ingin hidup aman damai tanpa ada gangguan..Kata SATU MALAYSIA,jadi kita semua tanpa mengira bangsa atau agama harus menunjukkan semangat SATU MALAYSIA .
Bagi kepimpinan Kerajaan yang ada pula,jangan diulangi kesilapan kepimpinan sebelum ini.Inginkan sangat beri kebebasan,sehinggakan bermacam-macam perkara yang tak sepatutnya telah ditimbulkan oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab.Dalam hal UMNO pula,UMNO harus berterusan mendampingi rakyat..Elakkan hal-hal yang akan membebankan rakyat.UMNO harus kehadapan untuk lebih dahulu selesaikan masalah-masalah yang ada.Cuma ada satu perkara aku tak boleh terima.Tempoh hari semasa pelancaran klinik 1 Malaysia di Pantai Dalam,pihak kami dengan sukarela telah memasang bendera BN.Ini untuk menunjukkan yang BN sentiasa ingin membantu rakyat tidak kira di sesuatu kawasan itu ramai penyokong parti pembangkang.Tapi yang menyedihkan,pada pagi sebelum program ada pihak-pihak dalam Kementerian Kesihatan yang telah munurunkan bendera tersebut.
Kerajaan yang ada ni Kerajaan BN atau Kerajaan PR?Tak salah untuk kita tunjukkan pada rakyat yang Kerajaan BN ingin berkhidmat pada Rakyat.Kenapa harus takut.Kita bukannya menunjuk.Tapi itulah hakikatnya Kerajaan yang ada sekarang adalah Kerajaan BN.
Harap perkara sebegini tidak timbul lagi.Kami Pemuda yang sayangkan Parti Keramat UMNO dan Negara.Bukannya pengecut yang bersikap talam dua muka.

Saturday, January 9, 2010

Pendekatan Terbaik Dari UMNO

Tahniah..UMNO JUARA RAKYAT.Tapi aku berharap Pemimpin-Pemimpin didalam UMNO yang harus lebih dahulu menjadi PEMIMPIN JUARA RAKYAT.Dekati RAKYAT serta selesaikan masalah yang timbul.Jangan hanya pandai bercakap dan mengharapkan Presiden dan Tim Presiden mendekati RAKYAT serta AHLI UMNO AKAR UMBI.

Saturday, January 2, 2010

Futsal Belia Lembah Pantai




Sempena meraikan Tahun Baru 2010 Kelab Sukan Petaling Putra dengan kerjasama Biro Penerangan UMNO Bahagian Lembah Pantai telah menganjurkan Pertandingan Futsal Belia-Belia Di Lembah Pantai.Program telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.RNC dalam ucapannya memuji peserta-paserta yang kebanyakkannya golongan belia bawah 21 tahun diatas penyertaan mereka.


Dari mereka merempit atau menghabiskan masa tidak berfaedah lebih baik mereka menyertai program sebegini.Beliau juga meminta belia-belia berumur 18 tahun menyertai UMNO dan mereka-mereka yang cukup 21 tahun segeralah mendaftar sebagai pengundi di Lembah Pantai seterusnya mengundi Kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 nanti.


Friday, January 1, 2010

2010

Selamat menyambut tahun baru,didoakan 2010 menjadi tahun yang lebih bermakna dalam perjuangan kita untuk memertabatkan agama,bangsa dan negara..