Kebelakangan ini banyak isu-isu panas yang timbul seperti isu kalimah Allah,isu kesihatan Sultan Kelantan yang bermacam laporan bercanggah serta isu dalaman institusi Diraja Kelantan.Pada aku semua ini boleh diselesaikan dimeja rundingan..
Tak perlu kita bincangkan hal ini secara terbuka.Kerana lebih banyak buruknya dari yang baik.Sebagai contoh isu kalimah Allah,banyak hati yang terguris.Kini kita harap golongan bijak pandai selesaikan hal-hal sebegini dengan pantas.Kita rakyat Malaysia ingin hidup aman damai tanpa ada gangguan..Kata SATU MALAYSIA,jadi kita semua tanpa mengira bangsa atau agama harus menunjukkan semangat SATU MALAYSIA .
Bagi kepimpinan Kerajaan yang ada pula,jangan diulangi kesilapan kepimpinan sebelum ini.Inginkan sangat beri kebebasan,sehinggakan bermacam-macam perkara yang tak sepatutnya telah ditimbulkan oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab.Dalam hal UMNO pula,UMNO harus berterusan mendampingi rakyat..Elakkan hal-hal yang akan membebankan rakyat.UMNO harus kehadapan untuk lebih dahulu selesaikan masalah-masalah yang ada.Cuma ada satu perkara aku tak boleh terima.Tempoh hari semasa pelancaran klinik 1 Malaysia di Pantai Dalam,pihak kami dengan sukarela telah memasang bendera BN.Ini untuk menunjukkan yang BN sentiasa ingin membantu rakyat tidak kira di sesuatu kawasan itu ramai penyokong parti pembangkang.Tapi yang menyedihkan,pada pagi sebelum program ada pihak-pihak dalam Kementerian Kesihatan yang telah munurunkan bendera tersebut.
Kerajaan yang ada ni Kerajaan BN atau Kerajaan PR?Tak salah untuk kita tunjukkan pada rakyat yang Kerajaan BN ingin berkhidmat pada Rakyat.Kenapa harus takut.Kita bukannya menunjuk.Tapi itulah hakikatnya Kerajaan yang ada sekarang adalah Kerajaan BN.
Harap perkara sebegini tidak timbul lagi.Kami Pemuda yang sayangkan Parti Keramat UMNO dan Negara.Bukannya pengecut yang bersikap talam dua muka.
No comments:
Post a Comment