Tuesday, December 7, 2010

Surau dijadikan Markas PAS..

Baru-baru ni diberitakan PAS Lembah Pantai cukup marah pada Dato' Raja Nong Chik dan DBKL diatas tindakan DBKL yang ingin merobohkan Madrasah AL-Falah.Pada aku mamat PAS ni janganlah melenting tak tentu pasal.Korang sedar tak korang bukan kariah situ pun.Jangan nak menipu org yang tak tahu.Dah nyata kat situ dah tiada penempatan.Semua penduduk situ telah berpindah di PPR Kerinchi dan DBKL dah sediakan satu Surau disitu.Lagi pun tak jauh dari PPR Kerinchi telah ada sebuah Masjid yang tersergam indah.Janganlah kita politikkan soal Surau dan Masjid ni.
Kalau guna ke jalan yang betul tiada siapa nak marah pun.Ni korang nak duduk dalam kepompong sendiri je.Bincang hal politik korang,buat ceramah lepas tu burukkan pemimpin yang korang tak suka.Adakah itu sesuatu yang baik?Bila sesebuah Surau atau Masjid dipenuhi mereka yang pro Kerajaan korang semua menjauhinya.Banyak contoh dah berlaku..Apa korang ingat Islam tu hak korang je ke.Pada aku,aku setuju dengan tindakan DBKL.Tak perlulah politikkan isu ini.Aku bercakap atas kapasiti aku tinggal disitu suatu ketika dulu.Aku tahu segala perkembangan disitu.YB Dato' Raja Nong Chik dan DBKL tak salah apa-apa pun.Yang salah adalah orang yang politikkan isu ini.

Rakyat Terbeban

Mereka diatas tolonglah memahami Rakyat yang berpendapatan rendah.Kenapa skrg semua barang penting perlu naik serentak.'Minyak,Gula n Gas' semua barang keperluan yang memang digunakan hari2.Tambah pula dengan musim cuti sek nie.Sana sini org buat kenduri kahwin.Ada yg bercuti nak balik kampung.Ini semua telah meningkatkan kos perbelanjaan.Walau naik sikit tapi ia tetap mendatangkn kesan besar pada Rakyat.Kerajaan harus fikir mcm mana nak naikkn pendapatan Rakyat dibawah dulu.Bila kakitangan Kerajaan minta bonus taw pun cakap kerajaan tak cukup duit.Tapi bila naikkan harga barang tak fikir pula soal Rakyat tak cukup duit.Jangan tambahkan beban Rakyat yang dah memang terbeban dengan pelbagai kos yang bertambah.Ni ada ura-ura air pula nak naik.Naik pun biar la berpatutan.Jangan disebabkan dendam pasal Kerajaan Selangor bagi air percuma Syabas nak bertindak sesuka hati.Pandanglah secara keseluruhan.Buat yang terbaik untuk Rakyat.Aku bukan sokong pembangkang.Hatiku tetap selamanya pada UMNO.Tapi soal kehendak Rakyat kita harus jaga.Rakyat dah mula kembali pada kita.Jangan nanti mereka berpatah balik,kita juga yang rugi..