Tuesday, December 7, 2010

Rakyat Terbeban

Mereka diatas tolonglah memahami Rakyat yang berpendapatan rendah.Kenapa skrg semua barang penting perlu naik serentak.'Minyak,Gula n Gas' semua barang keperluan yang memang digunakan hari2.Tambah pula dengan musim cuti sek nie.Sana sini org buat kenduri kahwin.Ada yg bercuti nak balik kampung.Ini semua telah meningkatkan kos perbelanjaan.Walau naik sikit tapi ia tetap mendatangkn kesan besar pada Rakyat.Kerajaan harus fikir mcm mana nak naikkn pendapatan Rakyat dibawah dulu.Bila kakitangan Kerajaan minta bonus taw pun cakap kerajaan tak cukup duit.Tapi bila naikkan harga barang tak fikir pula soal Rakyat tak cukup duit.Jangan tambahkan beban Rakyat yang dah memang terbeban dengan pelbagai kos yang bertambah.Ni ada ura-ura air pula nak naik.Naik pun biar la berpatutan.Jangan disebabkan dendam pasal Kerajaan Selangor bagi air percuma Syabas nak bertindak sesuka hati.Pandanglah secara keseluruhan.Buat yang terbaik untuk Rakyat.Aku bukan sokong pembangkang.Hatiku tetap selamanya pada UMNO.Tapi soal kehendak Rakyat kita harus jaga.Rakyat dah mula kembali pada kita.Jangan nanti mereka berpatah balik,kita juga yang rugi..

No comments: