Saturday, December 19, 2009

Pendapat Orang Muda

Hari ini aku berkesempatan duduk bersembang dengan rakan-rakanku yang tiba-tiba berminat untuk berbincang tentang senario politik semasa.Selama aku mengenali mereka aku tahu yang mereka tidak ambil peduli pun tentang politik.Tapi yang pasti mereka tetap mengundi BN semasa pilihanraya yang lalu dan selamanya.Mereka ini jenis yang tidak ingin kehidupan mereka diganggu dan ingin melihat Negara ini terus aman selamanya.Apa yang menarik perhatian aku ada 3 perkara mereka timbulkan.Pertama kenapa kerajaan BN tidak melantik Tun Mahathir ke tempat yang sepatutnya dan ada pula pemimpin yang bersikap kurang ajar terhadap Tun yang telah banyak berjasa pada UMNO dan rakyat Malaysia keseluruhannya.Sedangkan didalam Pakatan Rakyat,susah untuk kita melihat pemimpin bawahan dan pemimpin yang ada kini bermusuhan dengan pemimpin mereka yang diatas atau yang terdahulu.Kita ambil contoh kes Karpal Singh dan juga Nik Aziz.Walau banyak perkara yang mereka utarakan tak senangi pemimpin lain tapi pemimpin lain tak pun nak malukan atau balas balik apa yang mereka tak setuju.Mereka dengan penuh hormat pergi mengadap dan selesaikan cara baik.Ini lain pula dalam UMNO.Ada pemimpin yang nak menunjukkan diri tu hebat sedangkan diri sendiri pun punya rekod yang tidak memuaskan.Yang kedua pula isu BTN.Kini Kerajaan masih diperintah BN yang ditunjangi UMNO.Kenapa kita perlu tunduk dengan mainan pembangkang.Mereka tak nak sertai kita biarkan sahaja.Kita tak rugi apa-apa pun.Kita masih berkuasa dan kita berhak untuk buat apa yang baik demi untuk semaikan semangat cintakan tanah air kita.Bukannya BTN ni baru diwujud setahun dua.Dah hampir 30 tahun ia dijalankan.Dan lagi satu bukannya keseluruhan rakyat kena pergi BTN.Hanya kakitangan kerajaan dan mereka yang berkenaan sahaja yang terlibat pun.Kalau ikutkan pandangan mereka,lebih baik semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas diwajibkan untuk mengikuti program BTN.Ini membolehkan rakyat tahu akan dasar-dasar kerajaan serta menaikkan semangat untuk pertahankan Negara ini dari mereka-mereka yang inginkan Negara ini kembali dijajah seperti dahulu.Dan akhir sekali yang mengejutkan aku adalah isu Chin Peng.Pada mereka atas dasar kemanusiaan benarkanlah Chin Peng melawat Negara ini.Biar dia tengok kemajuan yang ada sekarang.Kita tunjukkan pada dia yang kita telah berjaya membawa negara ini ke satu tahap yang tinggi dan disegani didunia tanpa mengangkat senjata.Kita boleh tunjukkan pada dia yang perjuangan dia selama ini adalah sia-sia.Janganlah kita terlalu kejam.Kita tak rugi apa-apa pun jika benarkan dia datang melawat sebagai pelancong.Bukankah dulu perjanjian damai telah dipersetujui.Jadi adalah tidak adil untuk kita menghalangnya.Rakyat pun tahu mana yang baik dan mana yang buruk.Tak kan la dengan kedatangan Chin Peng akan menyebabkan edologi komunis kembali bertapak.
Akhir sekali aku berfikir,apa yang mereka utarakan ada benarnya.Pemimpin yang berjasa perlu kita sanjung,BTN perlu kita pertahankan dan isu Chin Peng kita fikirkan secara rasional atas dasar kemanusiaan.Ramai lagi yang lebih kejam dari Chin Peng didunia ini.
Pada aku yang kita perlu berhati-hati dan berikan lebih perhatian adalah DAP.Merekalah yang kita boleh ibaratkan sebagai komunis atau pengkhianat Negara yang ingin menyemarakkan api perkaumman di Negara kita.

No comments: