Kenapalah kebelakangan ni celcom broadband terlalu teruk..Terlalu menyakitkan hati.Dari cogankata BERBALOI-BALOI terus jadi sunguh tak BERBALOI dengan apa yang pengguna bayar.Macam aku yang ambil pakej RM98 sebulan,ingatkan ok la,tapi jauh sekali dari apa yang diharapkan.Pada hal aku cuma tinggal di Kinrara.
Bukannya di kawasan pendalaman pun.Lain la kalau aku tinggal didalam hutan atau dalam gua.Harap pihak celcom tolonglah ambil perhatian.Jangan hanya mengira keuntungan semata-mata,tapi perkhidmatan yang diberi pada pelanggan jatuh gred c.
Sampaikan sekarang kalau aku nak perkhidmatan yang bagus aku terpaksa pergi tempat yang menyediakan wifi atau pun kena kena pergi ke tempat yang ok perkhidmatannya seperti ke kawasan tumpuan ramai.Sampai bila harus sebegini?Kalau pengguna bayar lambat cepat je nak potong.Tapi jika sebaliknya berlaku pada perkhidmatan yang disediakan sampailah msg pada pelanggan yang sistem nak dinaik taraf atau sebagainya.Janganlah buat pengguna tertipu.Beri khidmat terbaik dengan apa yang telah dijanjikan pada pelanggan semasa sesi pendaftaran.Buktikan Slogan BERBALOI-BALOI kena pada tempatnya.
No comments:
Post a Comment