Sebagai anak jati Pantai Dalam aku sungguh kecewa dengan apa yang berlaku.Memang pembangunan diperlukan tapi kenapa perlu dihilangkan nama asal sesuatu kawasan.Apa yang ingin aku timbulkan adalah hilangnya nama Kg Kerinchi dan digantikan dengan nama Bangsar South.Ada sesiapa yang boleh bagi penjelasan kenapa nama asal harus ditukar?Pada aku tiada alasan yang logik untuk diterima.Semua orang tahu yang Bangsar terletak dikawasan Bangsar tapi bukannya di Pantai Dalam dan Kg Kerinchi.
Kini siapa harus dipersalahkan?Pihak tuan punya pembangunan ini juga iaitu UOA kenapa tidak memikirkan hati dan perasaan penduduk setempat.Jangan ingat yang kami ini tiada perasaan.Walau kami diam ketika ini tapi diam kami ada batasnya.Lepas tu wujud pula pub dikawasan tersebut.Ingatlah yang Kg Kerinchi dan Pantai Dalam ini 80% penduduknya beragama Islam dan Melayu.Pada mulanya kami masih boleh menerima dan menganggap ia sekadar kafe atau restoran biasa.Tapi sungguh mengejutkan kini telah naik pula banner yang mempromosi minuman keras.Cukup-cukuplah dengan tempat hiburan yang dah ada.Jangan nak jadikan Pantai Dalam dan Kg Kerinchi seperti Jalan Telawi di Bangsar.
Pada aku inilah dia bentuk penjajahan baru yang berlaku ketika ini.Tanpa sedar sedikit demi sedikit segalanya dirampas dan ditukar sewenangnya.Pada UOA tolong tukar nama tempat ini kembali ke asal.tak salah kalau letak nama Kerinchi South.Ia sedap juga didengar.Dan ia lebih sesuai kerana akan menaikkan nama asal sesuatu kawasan itu pada dunia luar.

3 comments:
baguih la artikel hang ni bro. berani!
saya berminat pasal artikel ni. boleh saya tahu asal usul nama kampung kerichi dan perubahan yang telah dialami oleh kg kerinchi
Aku cukup bangga dga kau yg cukup peka dgn perubahan camni,tapi ko kne tahu ini lah fitrah kehidupan...kte ni dah lama jadi pendatang di tnh air sendiri,cuma kte x sedar yg kte ni dah lma dijajah,bukan saja kita je dijajah tapi,bahasa ,pakaian, makanan,corak kehidupan semua dah kne jajah...bahasa melayu dah jadi bahasa rojak,makanan pulak cuba ko tnya budak skrng bubur som som tu camner diaorng pon x tahu,tpi cuba ko tanya nasi pataya ke,spyggetike,stick,piza,coklat kek,biskut amurlondon,semua bebudak pon tahu.penah ko nampak budak ponpuam pakai kain batik lepas...xde kan semua pakai seluar,atau jeans,Kenduri kahwin mana buat gotong loyong lagi ...semua catering uruskan...sedara cuma dtg mkn pastu balik..kan kan kan
Melayu dah xde apa yg nak di banggakan lagi hampir semua da pupus di telan penjajah. cuma yg ada satu je lagi yg Melayu boleh bangga kan itu pon dah hampir2 nak pupus iaitu BAJU MELAYU tu pon da diubah pesen nya...maka dengan itu marilah kita sama bersatu hati dengan nama Allh berpegang teguh pada Bangsa Melayu agar tidak pupus ditelan pembangunan.
Post a Comment