Kebelakangan ini banyak cerita tentang kepincangan PKR dan PR keluar.Mengapa ini terjadi?Adakah disebabkan terlalu inginkan Putrajaya sehingga apa yang diperjuangkan lupa begitu sahaja.Rakyat yang menyokong mereka telah dipinggirkan.Pemimpin yang dari awal bersama-sama berjuang dalam reformasi pula telah disepak ketepi.
UMNO dan BN harus mengambil perhatian dalam hal ini.Perkuatkan kembali sokongan rakyat.Kepada pemimpin-pemimpin sambutlah apa yang Perdana Menteri rancangkan.Jangan kita biar Perdana Menteri kita jalan bersendirian.
Perkara yang paling merisaukan kini adalah kepimpinan Perg Pemuda UMNO Pusat.Pendapat ramai mengatakan Pemuda UMNO kini telah hilang taring.Pemuda UMNO tidak bersatu dan masih belum nampak program yang menjurus untuk menarik sokongan golongan muda.
Kita sedia maklum Ketua Pemuda yang menang bukan pilahan akar umbi.Dan dikalangan Exco yang menang pun ramai yang bukan pilihan beliau.
Jadi sepatutnya Ketua Pemuda harus selesaikan hal dalaman ini dari awal.Satukan kembali ahli-ahli pemuda.Pemuda adalah benteng hadapan UMNO dan Kerajaan.Kalau hal ini pun tak boleh diselesaikan macam mana kita nak menarik mereka yang duduk diluar parti UMNO.
Buktikan dulu yang Pemuda kembali kukuh barulah jawatan dalam Kerajaan dikejar.Berapa lama lagi kami harus menunggu Perg Pemuda UMNO kembali bertaring seperti zaman Tan Sri Rahim,Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Hisham.Jangan sampai ramai orang menganggap yang pemuda tidak wujud dalam UMNO.
Harap direnung-renungkanlah wahai kepimpinan Perg Pemuda UMNO Malaysia.
No comments:
Post a Comment