KUALA LUMPUR-Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kebimbangan sesetengah pihak bahawa pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris boleh menghakis Bahasa Malaysia, sebagai tidak berasas.
Dr Mahathir berkata beliau dikritik oleh nasionalis kerana mahukan kerajaan meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi menurutnya bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa di mana rakyat Malaysia boleh menimba ilmu dalam kedua-dua subjek itu.
"Sebelum saya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri saya perkenal sistem itu kerana saya berasa ia adalah perlu bagi kita untuk menimba ilmu pengetahuan.
"Jika anda ingin terjemah semua kerja Sains dan Matematik ke dalam bahasa Malaysia, ia akan mengambil masa yang panjang dan kita akan ketinggalan. Tetapi sejak kebelakangan ini, ada perdebatan mengenainya bahawa kita perlu kembali kepada sistem lama menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar dan belajar Sains dan Matematik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada persidangan Antarabangsa Pertama 2008 mengenai Bahasa dan Linguistik anjuran Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini. "Kementerian Pelajaran akan memutuskan perkara itu tidak lama lagi. Ada kebaikan dan keburukan mengenainya dan saya agak bimbang mengenainya. Orang kita patut tahu bagaimana untuk membaca, menulis dan bercakap bahasa Kebangsaan tetapi pada masa yang sama untuk menimba ilmu pengetahuan mereka patut menggunakan bahasa Inggeris," katanya.
Katanya jumlah ilmu pengetahuan baru adalah "pantas dan hebat" dan rakyat Malaysia perlu merebut ilmu pengetahuan yang kebanyakannya di dalam bahasa Inggeris.
"Saya harap dapat menghalang kerajaan daripada berpatah balik menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar Matematik dan Sains tetapi saya tidak lagi memegang kuasa. Saya terpaksa menerima apa juga yang diputuskan walaupun ia mungkin tidak baik untuk negara ini," katanya.
Katanya kekurangan guru untuk mengajar kedua-dua subjek itu di dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan alasan kerana ia boleh digantikan dengan perisian komputer.
-Aku dari dulu setuju Matematik dengan Sains di ajar dalam Bahasa Inggeris.Pada aku takde salahnya.Tak hilangnya Bahasa Malaysia di bumi Malaysia yang bertuah ini.Kita harus memikirkan untuk jangka masa panjang.Bukannya untuk mencari keputusan sekelip mata.Di samping itu kita perkasakan bahasa kebangsaan ke tahap yang lebih tinggi.Kenapa la kita perlu risau.Ada banyak lagi subjek-subjek lain yang di ajar dalam Bahasa Malaysia.Dan Bahasa Malaysia tetap Bahasa Rasmi kita.Tak perlu kita samakan negara kita dengan negara seperti Jepun,Perancis dan beberapa lagi negara yang menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa utama.Mereka semua sudah menjadi negara maju.Kuasa ekonomi di tangan mereka dan segala bentuk peluang serta kajian telah mereka terokai.Yang kita ni baru nak bermula.Jadi kita harus berani untuk mencuba jika kita ingin maju dalam semua bidang.Marilah kita fikir bersama-sama.Masing-masing ada pendapat.
No comments:
Post a Comment