Thursday, October 23, 2008

MINGGU PENENTUAN BAGI MEREKA YANG BERTANDING

Persidangan UMNO bahagian-bahagian akan masuk minggu ketiga esok (Jumaat). Ia akan diadakan dalam suasana pelbagai pandangan dilontar terhadap perjalanan mesyuarat yang berlangsung ketika ini.
Perebutan jawatan dalam mesyuarat-mesyuarat UMNO kali ini dikatakan lebih hebat berbanding penggal-penggal sebelumnya. Walaupun Umno sedang berhadapan dengan kedudukan yang goyah berikutan keputusan pilihan raya umum lalu namun di kalangan segelintir pemimpin cahaya keinsafan masih belum wujud di kalangan mereka.Masing-masing ingin berebut jawatan.Kononnya ingin memulihkan parti.Tapi tanpa sedar ia membantutkan usaha untuk memulihkan parti.Ini kerana apabila berlaku pertandingan pelbagai usaha baik yang elok atau tak elok yang digunakan.Ia menyebabkan ada pihak yang tak puas hati.Bertandinglah secara bersih dan berhemah.Selepas pertandingan janganlah bermusuh.
Walau apapun, mesyuarat yang bakal berlangsung sudah pasti dinanti-nanti oleh calon yang bertanding,ahli-ahli Umno dan di kalangan pemerhati politik.Saya lebih fokuskan untuk pemilihan jatawatan Ketua Pemuda.Ini kerana calon yang bertanding adalah calon yang hebat-hebat belaka.Ibarat kata seorang Ketua Pemuda yang saya temui,beliau menggelarkan mereka ini,seorang hartawan,seorang bangsawan dan yang seorang lagi pahlawan.Jadi pilihlah mana yang terbaik untuk memimpin Pemuda.

Mesyuarat minggu ini dijangka akan menyaksikan Naib Ketua Pemuda Sdr Khairy Jamaluddin melayakkan diri untuk bertarung bersama-sama Datuk Mukhriz Mahathir di pusingan terakhir. Khairy kini hanya memerlukan dua pencalonan sahaja lagi untuk layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno..
Manakala bagi Datuk Seri Mohd Khir Toyo pula mungkin terpaksa menanti sehingga minggu depan untuk memastikan pencalonan beliau cukup untuk sama-sama bertanding.
Tetapi apa yang pasti tiada siapa diantara ketiga-tiga calon boleh mengatakan mereka kuat.Masing-masing harus bekerja-keras untuk meyakinkan para perwakilan yang akan bersidang.Buat mereka-meraka yang akan bersidang minggu ini,berilah pencalonan pada mereka yang benar-benar layak.Elakkan dari politik wang. Tetapi apa yang pasti tiada siapa pun diantara kita yang boleh memberi jaminan bahawa budaya berkenaan akan berakhir.

No comments: