Sunday, June 22, 2008

PEMIMPIN MIC YANG TAK CERDIK...


Ramai rakan-rakan terkejut dengan reaksi Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Hindraf.
Sebagai pemimpin no 2 tertinggi di dalam MIC sepatutnya beliau perlu menunjukkan kematangan dan bukannya emosional sehingga kelihatan menghina negarawan yang telah banyak berjasa kepada Negara.

Harus di akui pandangan Tun Dr. Mahathir dikongsi oleh banyak pihak terutama mejoriti orang Melayu di akar umbi yang melihat Hindraf sebagai gerakan pelampau.Dalam soal keselamatan Negara kita tidak boleh bertolak ansur.Sebagai contoh kumpulan al-maunah,Tun telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengutamakan keselamatan Negara walaupun ia datang dari bangsanya sendiri.

Timbalan Presiden MIC sewajarnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.Andai anda ingin memperjuangkan nasib bangsa anda, perjuangkan dengan cara yang betul.Jangan di sebabkan MIC telah hilang sokongan akar umbi semasa PRU yang lepas anda sanggup menyokong perkara yang boleh menggugat keselamatan Negara.
Ingat lah bahawa melayu adalah tuan di bumi ini.Kita tidak pertikaikan hak bangsa lain dan bangsa lain harus tahu menghormati bangsa kita dan jangan minta lebih dari apa yang bangsa melayu dapat.

Akhirkata sebagai rakyat yang setia pada Negara tercinta, kita harus menolak sebarang usaha pelampau tidak kira dari apa bangsa sekali pun demi untuk memastikan kestabilan politik serta ekonomi negara kita terus kukuh dan rakyat dapat hidup dengan tenang dalam melalui kehidupan harian.

No comments: