Tuesday, December 2, 2008

UMNO PATUT BANGKIT BERSUARA..KOMPONEN BN PERLU TUTUP MULUT

Isu ketuanan Melayu nampaknya masih belum reda, malah parti komponen BN pun turut menghentam. Sebelum ini, Ketua Wanita Gerakan, Dato' Tan Lian Hoe telah membangkitkan perkara itu. Khamis lalu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek pula menolak konsep ketuanan Melayu dengan mengatakan ia tidak relevan dan ditolak pelbagai kaum. Kenyataan beliau kemudian disokong oleh Ketua Wanita MCA, Dr Che Mei Fun yang mengatakan bahawa tanah air ini milik semua rakyat dan mereka adalah tuan tanah Malaysia. Terbaharu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendakwa istilah ketuanan Melayu menggambarkan seolah-olah seperti hubungan hamba dengan tuan. Kelantangan mereka ini mungkin kerana pemimpin Melayu berdiam diri kononnya ingin menjaga hati dan perasaan kaum lain. Lantas mereka terus menerus dihina. Perkara ini diakui sendiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir. “UMNO harus bangkit bersuara dan parti-parti komponen di dalam BN pula harus tutup mulut dan jaga hal masing-masing. “Orang luar dari UMNO, termasuk parti-parti komponen BN tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, khususnya ketuanan Melayu. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen dalah tidak sihat dan boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti di dalam BN,” katanya. “Selama ini kita bersikap toleransi, tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat kebelakangan ini memang mengundang reaksi. Parti-parti komponen harus mengelak daripada terus bercakap mengenai isu ini yang mengguris hati UMNO. Beliau mengakui isu ketuanan Melayu timbul akibat salah faham dan pengertian kerana setiap orang mempunyai kefahaman dan pandangan berbeza mengenainya, terutamanya penggunaan istilah “tuan”. “Adalah lebih baik kita menumpukan perhatian mencari jalan cara terbaik menyatupadukan rakyat.,” tambahnya. Sehubungan itu Mukhriz mencadangkan supaya langkah menyatupadukan rakyat dibuat di peringkat sekolah. “Semua sekolah harus diserapkan ke dalam satu sistem persekolahan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perantara, kecuali bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. “Sistem ini telah digunakan di hampir seluruh negara di dunia. Sudah tiba masanya kita melahirkan satu bangsa yang bersatu padu daripada peringkat sekolah. Sistem ini boleh dinamakan sebagai sistem pendidikan Malaysia. Mengikut sistem, kita boleh menetapkan mata pelajaran Bahasa Mandarin diwajibkan bagi pelajar Cina dan Bahasa Tamil diwajibkan bagi pelajar India. Pada masa yang sama mata pelajaran ini juga terbuka kepada kaum lain. Dengan cara ini kita boleh menggalakkan pelajar menguasai tiga bahasa. Apabila ditanya samada beliau tidak bimbang cadangan ini akan dijadikan isu oleh kaum lain, Datuk Mukhriz berkata, sistem yang dicadangkan ini adalah sistem yang demokrasi. “Kita boleh mengekalkan sekolah-sekolah yang sedia ada seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan, cuma sistem pelajarannya sahaja yang berubah,” katanya.


-Aku setuju dengan pendapat Mukhriz.Cuma kajian mendalam harus di lakukan dahulu.Ini kerana sistem yang ada sekarang telah lama diguna pakai.Mungkin bukan sekarang ia berubah.Akan datang siapa yang tahu.Yang aku terkilan Pakatan Rakyat boleh pula kata Mukhriz menghasut.Itu sekadar pendapat.Bukan Mukhriz yang buat keputusan pun.Kenapa bila pemimpin bangsa lain dalam komponen BN yang buat kenyataan pasal ketuanan Melayu mereka parti pembankang seperti Anwar atau PAS senyap je.Mereka juga Melayu.Tapi demi kepentingan politik mereka,mereka sanggup gadaikan hak-hak orang Melayu.Mereka sebenarnya yang ingin menjadi hero.Hero kepada bangsa-bangsa lain.Apa yang aku nampak sekarang mereka semua memusuhi Umno.Begitu juga parti-parti komponen dalam BN seperti Gerakan,MCA dan PPP.Masing-masing mahu suarakan ugutan.Pada hal parti mereka yang dalam keadaan lemah ketika ini.Mereka yang banyak kalah masa PRU yang lalu.Aku amat berharap orang-orang Melayu semua bangkit.Kita harus bersatu demi Agama,Bangsa dan Negara.Tinggalkan PKR.Tinggalkan PAS.Hanya UMNO yang benar-benar memperjuangkan nasib Agama Islam serta orang Melayu dari dulu kini dan selamanya.

No comments: