Ekoran desas-desus kemungkinan pemimpin pilihan MIC tidak dipilih sebagai calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor,dengar cerita Samy dan pengikut-pengikutnya telah memberi kata dua pada UMNO dan calon lain selain yang mereka inginkan.Calon lain yang dimaksudkan adalah Naib Ketua Pemuda MIC.
Jika beliau tercalon MIC akan pecat beliau dari parti.
Apa nak jadi la dengan Samy ni.Terima je la apa yang pucuk pimpinan parti tentukan.Tak perlu untuk ugut macam-macam.Lain la kalau MIC kuat seperti dulu.Ni nak dapatkan 60% sokongan pun belum pasti lagi.
Aku rasa la kita dah patut tolak je MIC keluar dari BN.Cari parti lain yang boleh membela masyarakat india dengan lebih berkesan.Samy perlu ingat walau pemimpin-pemimpin MIC peringkat bahagian menunjukkan sokongan pada beliau tapi tidak bagi akar umbi..Ni buka masa untuk untuk ugut dan buat tuduhan macam-macam.
Mereka siap mengatakan jika calon lain yang diletak calon itu adalah proksi UMNO.
Pada aku kalau dah sebegitu tuduhan mereka baik pucuk pimpinan parti letak je calon dari UMNO..Tak rugi apa pun kalau kita berani mencuba.Ini kerana kita menang di 3 Dun dalam Hulu Selangor,2 UMNO 1 MCA.Sudah terbukti UMNO diterima pengundi dikawasan tersebut.Mesti ada sebab-sebab tersendiri bila calon dari MIC tumbang pada PRU yang lalu.
Kini aku tak sabar untuk menanti pengumuman dari TPM siapa calon yang akan diletakkan.Adakah kita masih lagi perlu mengikut rentak mereka yang tidak sedar diri atau Kepimpinan berani untuk buat keputusan terbaik yang terima pengundi Hulu Selangor.
No comments:
Post a Comment