Thursday, February 5, 2009

Tsunami Melanda Pembangkang

Aku berharap gelombang penghijrahan parti yang belaku ketika ini dapat berterusan dan merebak ke negeri-negeri lain..Tanda-tanda penerimaan terhadap BN dan UMNO am nya telah nampak adanya perubahan..
Mungkin di negeri lain susah untuk kita dapat kembali memerintah.Tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan jumlah kerusi Kerajaan Pembangkang di negeri tersebut.
Kita harus memastikan apa yang berlaku ini kekal untuk kita mendapat kembali kepercayaan rakyat terhadap kita serta mudah untuk kita bersedia menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.
Dalam setuasi di Perak,aku sangat berharap meraka yang menjadi Adun bebas akan dapat masuk ke dalam Umno apabila kes mereka di mahkamah selesai.Itu pun jika mereka di dapati tidak bersalah.Ini kerana kita harus menjaga imej parti kita yang sekarang ini di landa dengan imej yang kurang elok.Jangan sampai nanti rakyat mengatakan Umno dan BN adalah parti perahsuah.Begitu juga mereka yang akan dicalonkan menjadi Menteri Besar.Biarlah mereka yang bersih dari isu-isu yang boleh merosakkan parti serta boleh menyatukan kembali Umno dan BN di Perak demi untuk menarik kembali keyakinan rakyat terhadap parti kita.
Harap selepas ni Kedah pula kembali pada BN..Kerana di Kedah Pakatan Rakyat memerintah hanya berkelebihan 8 kerusi..Di Kedah PR 22 kerusi dan BN pula 14 kerusi.Kini kita perlukan 5 kerusi untuk memerintah Kedah kembali.Semoga ada adun yang terbuka hati untuk menyertai BN seperti rakan-rakan mereka di Perak.

No comments: