Monday, February 9, 2009

BUKIT GANTANG

Nampaknya kita akan menghadapi Pilihanraya Kecil lagi.Ini di sebabkan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharum yang mewakili PAS.Di beritakan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi ketika sedang mengayuh basikal.
Dalam situasi politik di Perak yang sedang berkecamuk aku rasa pilihanraya kecil ini nanti memberi peluang pada rakyat untuk menunjukkan sokongan pada siapa yang layak bagi mereka.Adakah mereka ingin lagi memilih Parti yang tak menghormati Sultan atau mereka akan beralih pada BN yang ketika ini menerajui Negeri Perak.
Setelah BN tewas di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu ini adalah masa yang sesuai untuk BN memenanginya kembali.Cukuplah dua kali kita melakukan kesilapan.Kali ini letaklah calon yang betul-betul terbaik yang di terima di kawasan tersebut.Bagi peluang pada DS Najib menentukan calon yang beliau rasa sesuai.Ini kerana kawasan tersebut majoriti pengundinya adalah Melayu.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.
Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala BN yang meletakkan Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

No comments: