Friday, February 6, 2009

MELAYU DERHAKA,BANGSA LAIN TEPUK TANGAN

Mengikut laporan-laporan yang diterima ketika ini, Pakatan Rakyat telah menyeru pada para penyokongnya untuk beramai-ramai pergi ke Masjid Ubudiah Kuala Kangsar untuk mengadakan demontrasi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Baginda Sultan semalam.
Aku cukup terkilan dengan sikap pembangkang yang boleh di katakan telah menderhaka terhadap titah Sultan dan kini ingin pula menunjukkan keegoan mereka terhadap Sultan Perak dengan menyeru penyokong-penyokongnya ke sana.Cukuplah kalian sahaja menderhaka pada Sultan,tak perlu babitkan rakyat dalam setuasi ini.Ini juga telah menunjukkan yang PAS telah di perkotak-katikkan..Sejarah politik baru tercipta pemimpin melayu menderhaka pada pada Sultan sambil DAP bertepuk-tangan dalam hal ini.DAP cukup bijak..Selepas peristiwa ini imej melayu cukup tercalar di mata bangsa-bangsa lain.
Aku cukup berharap rakyat Negeri Perak tidak terlalu emosional dalam hal ini.Ketepikan perbezaan politik dan bersatulah demi kesejahteraan Negeri Perak.Hormatilah apa yang telah diputuskan Baginda Sultan.Baginda lebih tahu mana yang terbaik untuk seluruh Rakyat Negeri Perak.

1 comment:

Padiyappa said...

A'kum...

Lihat ulasan saya dalam blog saya.
http://suaramelayubaru.blogspot.com

Sudikan lah melinkkan blog saya dalam blog tuan.

terima kasih...