Kenapa la sejak akhir-akhir ini Sime Darby ada pula macam-macam perancangan yang nak dibuat.Sedangkan projek NCER yang mereka kena uruskan di sebelah utara macam takde apa pun.Nampak segala perancangan macam tergesa-gesa je.Hari tu soal penswastaan IJN.Bila cadangan tersebut mendapat bantahan keras dari rakyat rancangan tersebut telah dibatalkan.Kini timbul pula idea baru dengan kerjasama Tony aka Air Asia untuk membina lcct baru di Labu.Pada hal tempat yang dicadang bukannya jauh pun dengan KLIA.Guna la tempat yang telah di sediakan.Lcct dekat KLIA pun telah siap dibesarkan.Apa yang aku nampak ini adalah satu percubaan untuk "membunuh" KLIA di Sepang yang dibina oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.Tun Musa Hitam sebagai pengerusi Sime Darby ingin menggagalkan semua legasi Tun Dr Mahathir.
Seperti juga soal IJN tempoh hari.Semua orang tahu idea penubuhan IJN adalah dari Tun Dr Mahathir.Itu pun mereka nak ambil alih.
Aku rasa la mereka ni ada perancangan tersembunyi.Maklum la,Tun Musa kan ibarat Penasihat Pak Lah n beliau pun banyak dendam kesumat yang ingin dibalas terhadap Tun Dr Mahathir.
Yang aku bertambah sakit hati lagi terhadap Sime Darby ni kenapa la yang dia nak tolong si Tony tu.Sime darby ni GLC la.Ramai lagi usahawan-usahawan Melayu yang sepatutnya di tolong.Tony tu dah jadi jutawan dengan sekelip mata.Tak kan la dia tak mampu nak bayar kos pada MAHB.Dah la sebelum ni macam-macam kelebihan yang kerajaan pimpinan Pak Lah bagi pada Air Asia.Sehinggakan MAS yang dah tentu syarikat kerajaan di anak tirikan dalam pelbagai perkara.
Ada tiga bulan lagi kepimpinan negara akan bertukar tangan.Kita tengok je la apa yang akan berlaku lagi selepas ini.Mungkin ada kejutan yang lebih besar.Hanya Pak Lah serta penasihat-penasihatnya yang tahu apa yang beliau ingin lakukan.
1 comment:
Kalau dah dasar seperti :
Pak Lah = Pak Lelah
MuSa Hitam =musang hitam legam
Kj =Keling jalang
DSAI=pakar sondol
apa nak heran dengan peragai depa-depa nak musnah kan projek idea TUN
Post a Comment