Thursday, January 8, 2009

LAUTAN MANUASIA DI KUALA TERENGGANU.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada BN dan PAS kerana berjaya menurunkan sebegitu ramai penyokong-penyokong parti semasa penamaan calon tempoh hari.Hampir 50 000 orang membanjiri jalan-jalan di sekitar stadium negeri.
Tambahan pula seperti yang dilaporkan pihak polis,para penyokong kali ini cukup berdisiplin.Boleh dikatakan tiada langsung laporan pergaduhan yang didengari dari kedua-dua belah pihak.
Ini menunjukkan para penyokong sebenarnya berfikiran matang.Masing-masing boleh menahan provokasi yang dilakukan.Diharap suasana sebegini biarlah berlanjutan dari semasa berkempen sehinggalah kehari mengundi nanti.
Cuma yang membuat aku sedikit terkilan kenapa pemimpin-pemimpin parti yang bertanding tidak berganding bahu untuk membuat satu bantahan besar-besaran terhadap keganasan Israel selepas proses penamaan calon selesai.Sedangkan ramai penyokong-penyokong mereka yang membanjiri Kuala Terengganu.
Sepatutnya gunakan peluang yang ada sebaiknya.Tak salah demi cintakan keamanan kita berganding bahu.Atau pun tidak terlintas langsung difikiran mereka akan untuk membuat perkara tersebut.
Ini kerana mungkin masing-masing ingin menjadi hero atau menonjolkan Pertubuhan mereka sahaja.Akhir sekali apabila mereka berkumpul untuk berarak melakukan bantahan adalah sekitar tiga hingga empat ratus orang yang mengambil bahagian.
Itulah realitinya.

No comments: