Thursday, January 22, 2009

Berehat Seketika

Untuk beberapa hari aku akan berehat seketika dari dunia blog serta dunia luar yang cukup merimaskan pada ketika ini.Ini di sebabkan aku akan mengikuti satu program retreat yang di anjurkan Pergerakan Pemuda Umno bahagian aku di Hulu Langat.
Apa yang aku di pahamkan program ini adalah untuk merapatkan hubungan sesama kami di dalam Pergerakan Pemuda Umno Lembah Pantai yang majoriti kebanyakkannya muka-muka baru.Ia juga dapat mewujudkan semangat bekerjasama di antara kami untuk masa-masa akan datang.Dan yang penting bagi aku,kami akan cuba menyerapkan semangat setiakawan,pemuda berani serta berani berubah untuk memastikan Umno masih relevan bagi golongan muda.Ini adalah program sulung yang akan di anjurkan dan selepas ini akan menyusul pula program-program bersama pemuda-pemuda cawangan.
InsyaAllah aku juga akan mencari bahan-bahan baru untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.Mungkin selepas dapat cuci fikiran yang dah berserabut nie banyak idea boleh di terjemahkan kelak.

No comments: