Saturday, January 17, 2009

KINI BERTAMBAH LAGI KERUSI PEMBANGKANG DI PARLIMEN

PAS yang meletakkan Mohd Abdul Wahid sebagai calonnya telah memenangi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,252 undi.
Beliau menang dengan majoriti 2,631
Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

Undi yang terima PAS telah meningkat sebanyak 949 undi dan undi yang terima BN pula telah berkurangan sebanyak 2310 undi.Ini menunjukkan demokrasi masih wujud walaupun kerajaan BN memerintah negara ini.Segala tuduhan yang di lemparkan pada SPR sebelum ini juga adalah sekadar tuduhan yang sengaja di timbulkan pembangkang.
Bagi pihak BN pula kini terbukti calon yang diturunkan memang tidak di senangi pengundi-pengundi di Kuala Terengganu walaupun beliau merupakan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.
Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini sifat beliau yang sombong serta tidak mesra dan bukan calon yang popular telah mengakibatkan BN tewas di Kuala Terengganu.Kini siapa yang yang harus di persalahkan.Pak Lah,Najib atau Wan Farid sendiri?
Apa-apa pun tahniah kepada pengundi di Kuala Terengganu kerana telah memberi pengajaran kepada Wan Farid supaya beliau lebih turun ke bawah mendekati pengundi.Jangan ingat sebagai Ketua Umno Bahagian semua pengundi boleh menerima anda.Dan yang penting sekali seorang lagi panglima Pak Lah telah tumbang.
Kini kita nantikan pula Pemilihan Umno Mac nanti.Harap perwakilan juga dapat membuat satu perubahan yang besar dengan memilih calon yang betul-betul ingin memulihkan Umno.Andai tersilap pilih,Pilihan Raya 13 nanti kita pula yang akan jadi pembangkang.


-Kesilapan besar Pak Lah apabila Pak Lah diminta mengulas kenyataan Tun, Pak Lah dengan bodoh sombong dan penuh keegoaan berkata, "MAHATHIR sudah TIDAK RELEVAN dalam UMNO".
Sedangkan apa yang Tun kata tu ada kebenarannya.Sekarang ini siapa yang tidak relevan?Tun atau Pak Lah?
Kerana Pak Lah,BN yang menangung akibatnya.

6 comments:

add said...

Tun Dr Mahathir mesti masuk menyertai BN tetapi bukan sebagai pemerintah.

KHAIRUL said...

Aku setuju sangat2.Buang yang keruh.Harap DS Najib dpt memujuk kembali Tun ke dalam Umno.Pengalaman Tun sangat berguna untuk Umno.Pandangan beliau boleh kita gunakan untk memulihkan kembali Umno.

perfectwater75 said...

Salam,

Biarlah TDM di luar kerana dasar dan perlembagaan UMNO tidak membenarkan ahlinya menghentam atau menjatuhkan nama UMNO selama mereka menjadi ahli. Ahli UMNO tak boleh sama sekali menegur pimpinan kalau tidak tunggu sahaja sama ada dipecat atau digantung keahlian mereka....

Cuba saudara baca perlembagaan UMNO terutama bab berkaitan tataetika ahli ada menyatakan ahli tak boleh terlibat dalam sebarang bentuk penulisan sama ada di akhbar atau di internet,apatah lagi berblog seperti ini. Ini hakikat UMNO yang membunuh pemimpin pelapis. Natijahnya, kalah dan terus kalah lagi...

thx!

KHAIRUL said...

terima kasih atas pandangan.biarlah ape yang tertulis dalam perlembagaan.hakikatnya ape yang tak betul kita harus berani menegurnya.mereka di atas mungkin takut.hanya ada segelintir sahaja pemimpin d atas yang berani.yang takut tu sebenarnya takut kehilangan jawatan dan projek.

de_kerinchi said...

Paklah dari awal dah tak relevan....dialah tokoh kemusnahan UMNO

UMNO PARTI PENJARA said...

Baru 1 Bukan 10 :-)













Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com