Wednesday, March 4, 2009

PPSMI CABARAN PADA ANAK MELAYU

Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan cepat dan betul berhubung perkara Pengajaran Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar PPSMI ini telah pun dilaksanakan sejak 2003 dan murid-murid tahun 6 yang baru lepas mengambil UPSR 2008 adalah keluaran sulung daripada dasar ini. Murid-murid Tahun 6 ini adalah asas rujukan kepada kejayaan atau kegagalan dasar ini.

Lagi lambat keputusan dibuat lagi macam-macam bantahan yang timbul.Kini ramai yang telah mengaku diri pejuang bahasa.Satu ketika dulu kemana mereka menghilang.Aku penyokong kuat dasar ini.Kerana aku ingin jadi pejuang bangsa.Aku ingin melihat bangsa Malaysia berjaya dan Negara kita dapat menyaingi Negara-Negara maju yang lain.Pada aku sebenarnya dasar ini sedikit sebanyak menguntungkan kita bangsa Melayu.Kita harus sedar ramai anak-anak Melayu yang ketinggalan dalam bahasa inggeris.Kita dari kecil di ajar satu bahasa sahaja.Bila dah masuk sekolah barulah nak belajar bahasa inggeris.Kita sedar tak bangsa cina mereka dari kecil dah pandai sampai tiga bahasa.Mereka dari kecil di ajar bahasa ibunda mereka,bahasa malaysia dan bahasa inggeris.Pasal tu mereka lagi berjaya pada kita.Ekonomi di Malaysia ni mereka yang kontrol.Tapi pejuang-pejuang bahasa tak perasan hal ini.Mereka telah di permainkan.Memang la banyak NGO-NGO cina yang menyokong.Mereka menyokong kerana mereka tak nak tengok bangsa lain dapat menyayangi mereka.

Janganlah terlalu mendesak wahai pejuang-pejuang bahasa.Banyak lagi isu lain yang harus anda perjuangkan.Pada aku apabila bangsa kita berjaya mudahlah kerja kita untuk memertabatkan Bahasa Melayu ke tahap yang tertinggi.

4 comments:

add said...

Isu PPSMI ni sebenarnya : A Samad Said dan Gapena ni nyanyuk seperti Najis (Nik Ajis) yang dah expired nak mampos dah...

awang kata said...

Add nampaknya perlu banyak belajar dan menelaah akan bahasa (perjuangan, tokoh, pertubuhan, cabaran dsb). Kerana saya lihat add dah masuk ke tahap tak reti bahasa.

Siti Payung said...

Nak menguasai bahasa Inggeris dan berketrampilan dalam penggunaannya, terutama dalam penulisan dan pertuturan bukannya melalui PPSMI.
Kami pun mahu anak bangsa hebat dalam penguasaan bahasa Inggeris setanding dengan orang Inggeris juga...tapi belajarlah mata pelajaran bahasa Inggeris betul-betul...grammar, composition, english literature, reading and discrimination, English Play/theatre dan pelbagai bentuk dan kaedah lain lagi untuk memperbaiki mutu bahasa Inggeris anak bangsa kita.

Paling penting Membaca, Menulis dan "Mengucap" dalam bahasa Inggeris bukan mengira dan menghafal formula sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Dengan yang demikian dapatlah anak bangsa menguasai dengan hebatnya bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa.

Dikhuatiri dengan PPSMI kualiti bahasa Inggeris anak-anak bangsa kita hambar juga.

(B.Inggeris bukan lagi bahasa paling utama di dunia kerana ada lagi bahasa lain yang telah mengambil tempatnya).

Maaf kepada Add, tata susila anda sekiranya anda bangsa Melayu sudah terhakis. Saya tak fikir orang tua anda mengajar anda meluahkan rasa tidak puas hati cara itu kepada org yang lebih tua dan dihormati. Soal berbudi dan berbahasa bukan sangat soal parti dan politik. Ini adalah soal jati diri bangsa, budaya dan bahasa Melayu yang sudah diterima dalam perlembagaan dan wajib dijunjung oleh semua warganegara yang mengaku taat setia kepada negara.


Siti Payung

KHAIRUL said...

semua pendapat kalian ada betulnya.tapi kita kena akui ingin maju kita perlu berusaha.tak terhakisnya bangsa melayu kalau kita guna BI dalam sains dan matematik.pasal tu ramai anak-anak melayu tak dapat menguasai dunia it dan yang berkenaan.bila masuk ke peringkat university,sains dan matematik tak di ajar dalam bahasa melayu.bila tak di praktikkan dari awal tu ramai yang tak paham.kenapa takut hadapi kenyataan.bahasa melayu tetap bahasa utama.tapi jgn kita ketepikan bahasa inggeris.aku juga bangsa melayu.tapi pada aku tak rugi untuk kita teruskan dasar ini.