Sunday, March 15, 2009

POLITIK WANG SEMUA KENA JUJUR

Norza dah kena.Yang lain bila lagi.Harap ramai lagi yang terlibat dengan politik wang di hadapkan ke mahkamah.Jangan hanya menjadikan Norza mangsa sedangkan yang lain masih bebas berkempen menggunakan wang.Aku dari awal tak setuju campur tangan SPRM,tapi perkara ni tetap juga di teruskan.Jadi aku harap SPRM jalankan siasatan dengan adil.Dari 269 calon yang bertanding tak kan la 2,3 orang je yang kena.Ramai lagi yang terlibat.
Pada aku kalau nak bersihkan,bersihkan semua.Sesiapa yang menerima rahsuah pun patut ditangkap.Kadang-kadang calon tak nak keluar duit pun.Tapi perwakilan yang pandai-pandai minta.Ada sesetengah calon yang dapat sms dari perwakilan yang dengan selamba je minta masukkan duit dalam ekaun.Ada pula calon yang akan mencari perwakilan dan keluarkan macam-macam buget seperti ke bilik gelap untuk menghiburkan hati.Kadang-kadang tu sampai tiap-tiap malam.Pada aku mereka-mereka yang bertanding ni perlu jujur pada diri sendiri dan parti.Janganlah terlalu hipokrik.Dalam media bicara soal benteras politik wang,tapi bila dalam pertandingan dia pun sama saja.Ada yang dari pencalonan lagi sanggup berhabis untuk dapatkan pencalonan.Memang duit perlu digunakan.Tapi tak perlulah untuk membeli undi.Lebih baik duit tu di sumbangkan balik pada umno.Boleh juga digunakan untuk menjalankan aktiviti.Akhir sekali pada aku biarlah mereka-mereka yang terlibat ni bertanding.Ini di sebabkan mahkamah masih belum jatuhkan hukum.Andai perwakilan bijak memilih mereka akan memilih yang benar-benar layak.

No comments: