Friday, July 17, 2009

Siasat mereka dan BUBAR Dun Selangor

Apa sudah jadi dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ni.Macam-macam hal timbul..Sampaikan dah ada saksi kes yang mati.Aku rasa kini rakyat Selangor dah tentu menyesal pilih Pakatan Rakyat pada PRU yang lepas.Elok dibubarkan sahaja Dun dan bagi peluang pada rakyat untuk memilih Kerajaan Negeri yang baru.

Dengan isu salah guna kuasa,guna peruntukan secara salah dan ada pula dakwaan Exco terlibat dengan gengster.Ini dah jadi kes bahaya.Kita tak nak pemimpin-pemimpin yang kita pilih terlibat dengan kes-kes jenayah.Inilah akibatnya apabila letak calon secara tangkap muat semasa PRU yang lepas.Tidak kira latar belakang tu baik atau tidak, Pakatan Rakyat main letak sahaja.Ramai yang berharap Sultan Selangor masuk campur dalam hal ini.Sebelum keadaan menjadi lebih tidak terkawal.Pihak Polis dan SPRM juga diminta cepat untuk menjalankan siasatan supaya mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

Ini kerana mereka telah mengkhianati sokongan Rakyat Selangor pada mereka.Kononnya selama ini mereka adalah pemimpin yang bersih.Pentingkan rakyat.Tapi baru setahun memerintah dah macam-macam masalah timbul.Sekarang ni mereka yang menyusahkan rakyat.Hakikatnya harus diakui Kerajaan BN yang mampu membela nasib rakyat dari dulu kini dan selamanya..

No comments: