Friday, July 3, 2009

Laporan Polis Terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai

Dimaklumkan, Saudara Zailani Abu Bakar, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Lembah Pantai bersama AJK Pemuda Bahagian Lembah Pantai, telah membuat laporan polis pada jam 3 petang di Balai Polis Brickfield terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai berhubung dakwaannya yang menyatakan kebakaran di Bukit B, Kg Kerinchi adalah perbuataan sabotaj pihak-pihak tertentu.Turut bersama membuat laporan polis ialah GPMS Lembah Pantai yang diwakili oleh Saudara Mohd Nazri Abd Rahman.




Pihak kami meminta Polis menyiasat tuduhan tersebut secepat mungkin.Ini adalah tuduhan yang tidak berasas telah dilakukan mereka semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti Menteri Wilayah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan iaitu DBKL.Kenyataan media mereka yang dibuat oleh En. Amin Mian, Naib Ketua PKR Lembah Pantai boleh didapati didalam suratkhabar sinar bertarikh 3 Julai 2009 serta didalam http://www.nurulizzah.com/. Inilah dia PKR yang suka membuat tuduhan tidak berasas serta menghasut rakyat yang Kerajaan hari ini tidak berperikemanusian.Sedangkan Kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL telah memberi penempatan yang cukup selesa pada mereka tanpa mengira mereka penyokong Kerajaan atau pembangkang.Selama ini mereka hanya duduk dikawasan setinggan yang terlalu padat dan tidak sesuai untuk kehidupan dalam bandar.Dalam isu ini apa yang aku nampak PKR hanya ingin mengambil kesempatan kerana sepanjang setahun lebih Parlimen Lembah Pantai dimenangi PKR, mereka tidak berjaya memperjuangkan nasib penduduk setempat.Mereka hanya tahu mencari kesalahan Pihak Kerajaan sahaja.Harap rakyat dapat memikirkan siapa sebenar mereka ini.Yang suka meninbulkan kekecohan dan menyusahkan Kerajaan.Hanya Kerajaan Barisan Nasional yang boleh membela nasib rakyat.Dan ia telah terbukti selama ini.

No comments: