Wednesday, June 24, 2009

BARISAN NASIONAL PERLU DIPERKUKUHKAN UNTUK MENARIK KEMBALI SOKONGAN PENGUNDI YANG HILANG DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Mengimbas kembali keputusan Pilihanraya Ke-12 yang lalu, Barisan Nasional seakan dikejutkan dari mimpi indah apabila mengalami kemerosotan undian dengan pencapaian kurang dari 70%. Walaupun masih berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sebanyak hanya 142 kerusi Parlimen tapi kini ianya hanya tinggal 139 kerusi Parlimen.Ini disebabkan 2 kerusi Parlimen dari Sabah telah bertindak menjadi Ahli Parlimen bebas dan 1 lagi kerusi Parlimen kita telah kalah semasa pilihanraya kecil iaitu kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Ianya merupakan rekod terburuk dalam sejarah penubuhan Barisan Nasional. Lebih mengejutkan apabila ianya dilihat seperti melukut ditepi gantang apabila jentera sekuat Barisan Nasional hanya mampu memenangi kawasan Parlimen Setiawangsa,Putrajaya dan juga Labuan. Di manakah agaknya silap yang menjurus kepada merundumnya tahap sokongan warga Wilayah Persekutuan ke atas pembela nasib rakyat dan pemangkin pembangunan di wilayah selama ini?.

Mungkinkah pengundi hari ini tuli untuk menilik kredibiliti sesebuah parti? Atau mereka sengaja ingin menduga kemajuan dan tahap kemampuan parti selain Barisan Nasional? Walau apa jua pandangan, secara telus, mahupun sogokan dari mana-mana penilaian, Barisan Nasional perlu lebih rasional dan prihatin terhadap setiap isu-isu yang diutarakan oleh setiap pengundi. Kehendak dan pandangan pengundi tidak boleh di pandang enteng dan ianya perlu diberi perhatian secara telus.

Selaras dengan motto yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, Barisan Nasional perlu sama-sama seiring merealisasikan pandangan tersebut sebagai salah satu langkah terbaik untuk meraih kembali kepercayaan pengundi sekitar Wilayah Persekutuan khususnya. Barisan Nasional juga seharusnya membuktikan kemampuan mereka dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam meningkatkan kualiti pentadbiran mereka untuk membela nasib pengundi selain memastikan Wilayah Persekutuan ditadbir dengan baik dan cekap berlandaskan kepentingan rakyat dan bukannya di atas kepentingan pihak tertentu sahaja.

Barisan Nasional seharusnya lebih peka terhadap setiap dasar-dasar yang dijanjikan. Setiap segi perlu diambil kira dan sebagai contoh, Barisan Nasional perlu bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan dasar perumahan dalam pembangunan sosial rakyat diketengahkan. Kaji semula dan laksanakan secara menyeluruh isu penempatan semula setinggan mengikut piawaian yang ditetapkan tanpa mengira kepentingan peribadi sesetengah pihak. Kenalpasti juga golongan yang benar-benar berkelayakan dalam pembelian rumah PPR bagi mencapai sasaran setinggan sifar seperti yang di harapkan semua pihak. Dan apa yang perlu dititikberatkan, Barisan Nasional juga perlu memastikan segala pengurusan keselamatan dipenuhi agar warga Wilayah Persekutuan dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
Kualiti keselesaan ini amat penting untuk memastikan setiap penduduk dan pengundi Wilayah Persekutuan yakin dengan pentadbiran dan mandat yang diberikan keatas Barisan Nasional.

Wilayah Persekutuan juga merupakan antara bandar yang mempunyai kadar kependudukan yang tinggi. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu tanggungjawab Barisan Nasional untuk menyelaraskan peruntukan-peruntukan untuk tujuan pembangunan khasnya untuk menyokong kegiatan kemasyarakatan dalam pembinaan kemudahan dan infrastruktur untuk penduduk setempat amnya. Dan pada hemahnya juga, jentera Barisan Nasional yang dilantik oleh pengundi perlu peka dan bertindak terhadap apa jua aduan dan pandangan orang awam ke atas kemudahan-kemudahan ini sekaligus membantu menjayakan program pembangunan di bawah pembangunan ekonomi khusus untuk pengundi sekitar Wilayah Persekutuan. Dengan penumbuhan ekonomi membangun dan pesat, Wilayah Persekutuan pasti menjanjikan peluang yang lebih baik kepada pengundi-pengundi untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing sekaligus meletakkan Barisan Nasional antara pilihan terbaik untuk pembangunan sejagat.

Walaubagaimanapun, setiap kebaikan, dan kejayaan dalam merealisasikan setiap isu yang diperbincangkan ini bergantung kepada diri tiap-tiap individu itu sendiri. Sama-sama bekerjasama memilih dan mengkaji sedalamnya baik buruk sesuatu pentadbiran untuk kepentingan semua. Pengundi di Wilayah Persekutuan juga perlu menilik kembali, adakah rasional mengundi parti atau jentera yang tidak mampu membawa sebarang kemajuan dalam tempoh pentadbiran yang disasarkan pada sesuatu penggal. Imbas semula bermacam jenis pembelaan, bantuan, sokongan dan kemajuan tidak kira sekecil mana pun ia, kerana apa jua yang dibuat oleh Barisan Nasional ternyata mampu menyediakan peluang untuk pengundi bernafas dengan selesa sebelum ini.

Fikir-fikirkanlah dan berikan sokongan padu terhadap jentera BARISAN NASIONAL dan Y.B. Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, selaku Menteri Wilayah Persekutuan dalam usaha mempertingkatkan taraf kemajuan Wilayah Persekutuan untuk menjadi lebih baik dan maju di mata umum. Ianya sekaligus mewujudkan peluang untuk kita sama-sama menikmati kemewahan dibumi sendiri.



~Bijak mengundi untuk pembangunan bersama~

...Salam Perpaduan…

1 comment:

Alias Mohd Yusof said...

cadangan yang bernas tu.