Thursday, July 9, 2009

Hakikatnya ramai ibu bapa yang kecewa dengan keputusan yang dibuat

Keputusan untuk memansuhkan PPSMI telah dikeluarkan.Pada aku,aku cukup tidak bersetuju.Sepatutnya kita perlu perbaiki apa yang kurang.Ini semua gara-gara nak memuaskan hati mereka yang konon-kononnya pejuang Bahasa Melayu.
Dan apa yang aku nampak ini semua cara nak menarik kembali sokongan di Manik Urai.Segala gendang lama telah digunakan kembali.Nampaknya masih tiada perubahan yang dibuat.Dah la keputusan yang dibuat nampak pelik.Kalau nak sangat mansuhkan,mansuhkan terus tahun depan.Tak payah la nak tunggu sehingga 2012.Kalau nak tunggu juga 2012 sepatutnya buat kajian lagi.Janganlah buat keputusan dulu.Sekarang baru Julai 2009.Ada lagi hampir 2 tahun setengah nak sampai 2012.Lepas tu kata nak mengagungkan dan memartabatkan Bahasa Melayu.Sepatutnya gunakan Bahasa Melayu disemua sekolah yang ada di Malaysia.Ini sekolah cina dan tamil boleh pula sains dan matematik guna dalam Bahasa Ibunda masing-masing.Pada aku sepatunya buat kaji selidik lebih menyeluruh.Tanya pendapat PIBG,tanya pendapat sekolah,tanya pendapat guru yaang mengajar dan yang penting sekali tanya pendapat pelajar-pelajar itu sendiri.Baru la boleh dapat keputusan yang tepat untuk meneruskan atau tidak.
Dan sekarang entah apa-apa punya keputusan yang dibuat.Dan dalam suratkhabar hari ini ada lagi kenyataan dari Gapena.Nak peringkat tingkatan 6,matrikulasi dan university pun dimansuhkan penggunaan Bahasa Inggeris.Apa la mereka ni.Tak kan semua permintaan mereka perlu kerajaan ikut.Cukup-cukuplah.Korang mertabatkan Bahasa Melayu.Buat program,jangan semangat masa nak membantah je.Sampaikan sanggup berdemonstasi dan menyusahkan rakyat yang ingin hidup tenang.Aku harap lepas ni kerajaan kalau nak buat apa-apa keputusan tolonglah kaji sedalam-dalamnya.

No comments: