Sunday, August 2, 2009

Pilihanraya kecil dan demontrasi pembangkang

Salam buat rakan-rakan semua.Lama aku tak menulis.Maklumlah buat waktu ni terlalu sibuk dengan persiapan untuk Persidangan Pemuda Bahagian nanti..
Yang menarik perhatian aku dalam 2,3 hari ini ialah Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang bakal berlansung nanti.Kali ini diberitakan UMNO akan meletak calonnya.Ini kerana kerusi itu kosong bukan disebabkan mainan politik pembangkang tapi ia disebabkan kematian Adun dari PAS yang sebelum ini menang pada PRU yang lalu.
Pada aku di Permatang Pasir inilah yang dapat membuktikan adakah sokongan rakyat kembali pada BN atau tetap bersama PR.Ini kerana majoriti yang PAS dapat sebelum ini adalah 5 ribu lebih.Di sini kita kita boleh menilainya.Walau tidak menang tapi andai dapat kurangkan majoriti yang besar itu dah cukup bagus.Mana Tahu dari 5 ribu lebih kita boleh jadikan 5 ratus lebih.Harap-harap begitulah jadinya.Andai menang pula ia akan jadi satu bonus pada BN.
Lagi satu yang menarik perhatian aku tentang demonstrasi jalanan yang dilakukan pembangkang semalam.Pada aku segala perancangan adalah dari pembangkang.Mereka hanya mengunakan NGO untuk berselindung.Aku begitu sakit hati begitu juga dengan majoriti warga kota yang lain.Menyusahkan..Habis jalan nak masuk KL ditutup dan nak membeli-belah kat KL pun susah.Harap Kerajaan jangan tunduk dengan desakan mereka.Tangkap mereka yang menjadi dalang dalam perkara ini.Pada aku mereka yang sentiasa melakukan kesalahan dan yang suka bersekongkol dengan penjenayah sahaja yang tak suka dengan ISA.Pada DS Najib dan DS Hisham selaku Menteri Dalam Negeri,pedulikan apa yang mereka minta.Tolong tegas dalam hal keselamatan negara.Tidak perlu tunduk kerana majoriti warga Malaysia tetap bersama Kerajaan yang ada hari ini.

No comments: