Sunday, April 27, 2008

Adakah Keris Penyebab Utama Kekalahan BN?Renung-Renungkan..


Jauh di sudut hati saya memang tidak dapat menerima permohonan maaf Dato Seri Hisham.Kenapa kita harus mengalah.Sedangkan keris adalah lambang warisan kekuatan melayu sejak turun-temurun.Saya masih tertanya-tanya apa maksud tersurat dan tersirat di atas apa yang berlaku ketika ini.Adakah di sebabkan desakan org2 tertentu atau ia datang dari hati Dato Seri Hisham sendiri?Ayuh bangsa melayu.Mari kita bersatu untuk mempertahankan warisan bangsa kita.Jangan sampai suatu hari nanti lambang keris di bendera umno pula yang harus di korbankan.Kita bukan hendak bermusuh dengan bangsa lain.Sebagai negara majmuk,kita menghormati hak-hak mereka.Kita cuma mahu bangsa lain menghormati bangsa kita.Kerana melayu adalah tuan di bumi sendiri.Kepada Dato Seri hisham saya dan rakan-rakan tetap bersama-sama Dato Seri walau apa yang berlaku.Kami adalah suara pemuda melayu yang tidak mudah lupa pada jasa pejuang dan pemimpin terdahulu. (salam suara perubahan)

1 comment:

Sahabat-Gunung said...

Kadang-kadang kita terpaksa memohon maaf walaupun kita tahu kita tidak melakukan apa-apa kesalahan kepda sesiapa. Mohon maaf kerana untuk membendung emosi dan sentimen yang berlaku disebabkan kegagalan setiap kaum memahami atau berkompromi dengan sesuatu warisan kebangsaan yang wujud pada setiap kaum adalah satu tindakan yang matang walaupun berat untuk dilakukan.

Kita hanya melakukan sesuatu yang membangkit rasa kebangsaan terhadap satu symbol warisan kita turun temurun tapi jika ia telah menjadi polemic yang tidak berpenghujung, maka memohon maaf mungkin satu dari jalan untuk melenyapkan ketidak rasionalan yang telah terjadi.

Sudah pasti Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah memikirkan satu agenda yang lebih besar dari konsep Malaysia Malaysian iaitu untuk perpaduan dan keharmonian sebenar di dalam kemajmukkan rakyat Malaysia.