Monday, April 7, 2008

Luahan Suara Akar Umbi.

Kenapa Pak Lah harus salahkan orang lain yang menyebabkan kekalahan BN semasa PRU 12 di kedah dan perak.Bagaimana dengan penang,selangor dan kekalahan 10 parlimen di kuala lumpur?Siapa yang harus di persalahkan?Kalau betul ada yang sabotaj,kepimpinan harus cari sebab kenapa ia berlaku.Bukannya dengan meletakkan kesalahan pada mereka 100%.Perbalahan dengan Tun pula hanya menguntungkan pembangkang.Pak Lah kita hormati ,Tun harus di sanjungi.Gunakan pengalaman Tun untuk untuk kita memulihkan keyakinan ahli UMNO.Pak Lah tidak harus malu untuk meminta pandangan seorang negarawan.22 tahun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri telah banyak cabaran yang beliau lalui.Carilah jalan terbaik wahai pemimpin ku.Buktikan keikhlasan.Kepada Tun,teruskan kritikkan Tun.Kerana Kritikkan dapat menyedarkan seseorang dari kesilapan. (Salam,Suaraperubahan)

1 comment:

sahabat gunung said...

11 Mei hari UMNO tapi jangan lupa tarikh 4 dan 15 Februari 1988

Hakikatnya, UMNO memang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Tarikh keramat itu harus diinggati oleh setiap ahli-ahli UMNO. Tetapi berapa ramaikah ahli UMNO yang melihat 11 Mei sebagai hari kita sebagai ahli UMNO. Malah tidak keterlaluan sekiranya aku katakan hanya 20% sahaja ahli UMNO yang mengerti tarikh keramat tersebut, itupun di kalangan `ahli-ahli veteran UMNO’ sahaja. Buat generasi muda, kalau tak diinggatkan pada setiap tahun, jangan harap mereka mereka akan sedar betapa besar ertinya 11 Mei 1946.

Tapi sebagai ahli UMNO, kita juga jangan lupakan tarikh 4 dan 15 Februari 1988. Pada 4 Februari, UMNO dikatakan `mati’. Namun ia merupakan sejarah yang amat luas tafsirannya dan implikasinya.

UMNO ’mati’ akibat pertembungan Tengku Razaleigh yang menentang Dr Mahathir Mohamad sejak April 1987, bermodalkan apa yang didakwanya sebagai ’kemungkaran politik dan ekonomi’.

15 Februari 1988, UMNO dihidupkan semula dan diberikan nafas baru. Perjuangan UMNO diteruskan, hasil usaha kepimpinan UMNO ketika itu yang diterajui oleh Dr Mahathir Mohamed.